Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MENGETAHUI FAKTA-FAKTA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MENGETAHUI FAKTA-FAKTA"— Transcript presentasi:

1 MENGETAHUI FAKTA-FAKTA
A I D S Pembunuh PERANGILAH IA DENGAN MENGETAHUI FAKTA-FAKTA MENGENAINYA

2 APA ITU AIDS? Penyakit AIDS adalah “Acquired Immune Deficiency Syndrome” (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). Ia disebabkan oleh jangkitan virus yang melemahkan atau melumpuhkan sistem pertahanan badan. Akibatnya, badan tidak berupaya melawan serangan pelbagai jenis kuman dan kuman lain yang biasanya tidak menyebabkan penyakit di kalangan individu yang sihat.

3 KUMAN HIV Kuman penyebab penyakit AIDS dipanggil “Human Immuno-deficiency Virus” (HIV). Ia hanya boleh hidup dan membiak di dalam badan manusia. Di luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56°C dan juga oleh bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air paip. Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya (konsentrasi yang tinggi) dalam darah, air mani dan cairan vagina orang-orang yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV).

4 Reverse Transcriptase
Struktur Kuman HIV Gambar kuman HIV yang dilihat menerusi elektron mikroskop yang diperbesarkan 135,000 kali. RNA Reverse Transcriptase Gambarajah Human Immunodeficiency Virus (HIV). p24 p18 gp41 gp120

5 CARA BERJANGKIT HIV Berkongsi jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti Contoh: Penagih dadah Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti kuman HIV sama ada secara homoseksual, biseksual atau heteroseksual Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran atau semasa penyusuan ibu Penerimaan organ, darah, tisu, sperma dan lain-lain dari penderma yang dijangkiti HIV

6 SIAPA MENGHADAPI RISIKO TERHADAP AIDS
Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman HIV ialah… Mereka yang mengamalkan tingkah laku tidak sihat dan tidak selamat seperti perhubungan seks sejenis (homoseksual), seks kedua-dua jantina (biseksual), seks dengan pelacur atau bertukar-tukar pasangan seks. Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan. Anak kepada ibu yang dijangkiti kuman HIV. Penerima organ, tisu atau darah yang tercemar dengan kuman. Mereka yang melakukan hubungan jenis dengan mana-mana kumpulan di atas.

7 Cirit-birit berterusan Bengkak kelenjar limfa
PERKEMBANGAN AIDS MATI KAPOSI SARCOMA HERPES ZOSTER CANDIDIASIS LYMPHOMAS CRYPTOCOCOSIS PERINGKAT PESAKIT AIDS Badan kurus kering Batuk berpanjangan Cirit-birit berterusan Keletihan Demam berpanjangan Bengkak kelenjar limfa TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT AIDS SIHAT (Tanpa sebarang Tanda) 2-10 tahun PERINGKAT PEMBAWA KUMAN HIV DIJANGKITI KUMAN AIDS

8 PERKEMBANGAN AIDS Peringkat penyakit AIDS:
 Tempoh purata peringkat tanpa gejala atau sebagai pembawa HIV boleh mencapai sehingga 10 tahun. Mereka ini telah dijangkiti kuman HIV namun masih kelihatan sihat. Mereka boleh menjangkiti orang lain.  Peringkat AIDS atau menjadi pesakit AIDS ialah mereka yang di tahap akhir jangkitan HIV. Di peringkat ini, sistem daya tahan melawan penyakit telah musnah menyebabkan badan tidak berupaya melawan serangan penyakit walaupun ia penyakit ringan dan biasa. Pada peringkat ini juga pembawa akan mempunyai tanda-tanda klinikal.

9 AIDS SINDROM Tanda dan gejala
*Hilang berat badan secara mendadak *Cirit-birit berpanjangan *Bengkak kelenjar *Keletihan teruk *Keputihan di mulut dan tenggorok *Batuk berpanjangan dan sesak nafas *Kulit melepuh Jangkitan *Pneumocystis Carini pneumonia *Cytomegalovirus *Candidiasis *Tibi *Toxoplasmosis *Herpes simplex dan Herpes Zoster Penyakit barah *Kaposi Sarcoma *Lymphoma

10 AIDS SINDROM KAPOSI SARCOMA ORAL HAIRY LEUKOPLAKIA HERPES ZOSTER
BENGKAK KELENJAR LIMFA CANDIDIASIS HERPES ZOSTER (KAYAP) DI MATA KAPOSI SARCOMA ORAL HAIRY LEUKOPLAKIA HERPES ZOSTER (KAYAP) DI PINGGANG

11 UJIAN DARAH  Ujian darah ini adalah untuk mengesan antibodi terhadap kuman HIV. Antibodi ini adalah bahan yang dihasilkan oleh badan seseorang yang dijangkiti kuman HIV. Pengesanan awal jangkitan HIV boleh membantu pengidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah dari menjangkitkan virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.  KEPUTUSAN POSITIF, bermakna wujud antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.  KEPUTUSAN NEGATIF, tidak bermakna anda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam waktu jendela (window period), iaitu hari dari tarikh kuman HIV masuk ke dalam tubuh, iaitu satu jangkamasa di mana antibodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.

12 UJIAN DARAH  Ujian ini boleh diperolehi di kebanyakan hospital dan klinik kerajaan serta swasta. Ia ringkas dan tidak sakit. Semua keputusan ujian dirahsiakan. Peringatan: Dapatkan nasihat dari kakitangan kesihatan untuk mendapatkan kaunseling terlebih dahulu sebelum dan selepas mengambil ujian darah.

13 JENIS UJIAN MAKMAL  Ujian Antibodi HIV
Selain dari ujian antibodi HIV, seseorang pembawa HIV perlu menjalankan beberapa lagi ujian makmal. Ini termasuklah ujian CD4 dan “viral load”.  Ujian CD4 Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan. Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara sel/mm3 darah. Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3 rawatan anti-retrovirus (HAART) akan dimulakan.

14 JENIS UJIAN MAKMAL  Ujian ‘Viral load’
Ujian ini mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.  Perkhidmatan kaunseling Perkhidmatan kaunseling – pra-ujian, selepas ujian serta sokongan – boleh didapati di kemudahan-kemudahan kesihatan. Kaunseling boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling secara bersemuka atau secara berkumpulan (support group). Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau khidmat kaunseling melalui talian khidmat bantuan.

15 RAWATAN & VAKSIN  Rawatan
Sehingga kini masih TIADA rawatan bagi AIDS. Semua pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini. (Tanpa rawatan pesakit AIDS boleh maut dalam masa dua tahun)  Vaksin Masih tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi di peringkat percubaan.

16 JENIS RAWATAN  Rawatan Anti-Retrovirus (HAART)
Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV. Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:2 Jenis Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI). Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang: 1) Mempunyai tanda-tanda AIDS 2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml 3) Viral load melebihi 30,000 copies/ml Dan patuh kepada jadual rawatan.

17 JENIS RAWATAN  Rawatan profilaktik
Rawatan ini akan diberi untuk mencegah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP).  Lain-lain perkhidmatan Rujukan sokongan (Kesihatan & Bukan kesihatan) Semasa dalam rawatan susulan pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.

18 HIV TIDAK BERJANGKIT SEKIRANYA ANDA…
INGAT! Berkongsi Kemudahan Awam Menderma Darah Berpelukan/Ciuman/ Bersalaman Berenang di Kolam Renang

19 HIV TIDAK BERJANGKIT SEKIRANYA ANDA…
INGAT! Tinggal/ Bekerja Bersama-sama Pesakit AIDS Makan Bersama Berkongsi Tandas Bersukan

20 TIDAK BERJANGKIT MELALUI….
HIV TIDAK BOLEH BERJANGKIT MELALUI GIGITAN SERANGGA

21 Sekiranya anda dijangkiti…
Ingat: Jumpa doktor Berhenti dari melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menjagkiti kuman HIV kepada orang lain Jauhilah amalan seks yang tidak selamat Jangan menderma darah, tisu atau organ Jangan berkongsi jarum suntikan Mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988, seksyen 12(2) adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mengetahui dirinya dijangkiti oleh penyakit berjangkit menyebarkan jangkitannya kepada orang lain.

22 AIDS? BAGAIMANA MENJAUHI Setia kepada seorang pasangan sahaja:
Kemungkinan anda dijangkiti AIDS bertambah jika anda mempunyai pasangan seks lebih daripada satu Penggunaan kondom serta krim pembunuh sperma semasa hubungan seks hanya dapat mengurangkan risiko jangkitan Jauhi diri anda dari mendapat darah yang tercemar: Jangan menagih dadah dan berkongsi jarum yang sama Jangan berkongsi pisau cukur, berus gigi ataupun alat-alat lian yang dapat melukakan kulit Untuk “acupuncture, tatoo” atau bertindik telinga, pilihlah tempat yang menggunakan alat-alat yang telah disterilasasi atau “disposable”

23 AIDS? BAGAIMANA MENJAUHI AIDS Cegah sekarang
Kaum wanita sepatutnya mengelakkan diri dari mengandung jika mereka terdedah kepada kuman HIV. Ini adalah untuk mengelakkan bayi dari dilahirkan dengan jangkitan HIV. Cegah AIDS sekarang

24 TAHUKAH ANDA? Majoriti dari pengidap AIDS dan pembawa kuman HIV adalah dari golongan belia berumur di antara tahun. Mereka merupakan tonggak harapan negara dalam mencapai hasrat WAWASAN 2020. Semua darah yang didermakan oleh orang ramai akan diuji terhadap penyakit AIDS, Hepatitis B dan Sifilis. 1 Disember adalah Hari AIDS SEDUNIA. AIDS menyerang tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat. Jika anda mengamalkan aktiviti yang berisiko, anda mungkin dijangkiti kuman HIV.

25 PERANAN ANDA Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab anda perlu:
Menjauhkan diri anda dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Anda perlu menasihati dan mempengaruhi sahabat, saudara mara anda dan orang lain yang mengamalkan aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Bekerjasama dengan kelab PROSTAR Malaysia, Sarawak AIDS Concern Society dan pelbagai lagi. Bantu dan sokonglah pembawa kuman HIV dan pesakit AIDS. Jangan sisihkan mereka.

26 AIDS BERKAITAN DENGAN TINGKAH LAKU Bijak Berwaspada Hargai Kesucian Diri Jauhi Dadah Dan Maksiat

27 MEMBANTERAS AIDS ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Amalkan CARA HIDUP yang Sihat

28 Jika Anda Mempunyai Sebarang Kemusykilan Berkenaan Penyakit
AIDS, Hubungi Doktor atau Klinik Kesihatan atau Hospital Yang Berhampiran.

29 Hargailah Kehidupan Anda
LINDUNGILAH KELUARGA ANDA DARIPADA DIJANGKITI KUMAN HIV


Download ppt "MENGETAHUI FAKTA-FAKTA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google