Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KERAJAAN ISLAM DI MADINAH"— Transcript presentasi:

1 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

2 BERIKAN ISI KERAJAAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam Sedia mempertahankan Islam

3 MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S. A
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DAN ORANG-ORANG ISLAM BERHIJRAH KE MADINAH Perintah Allah menerusi wahyu Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam Mengatasi ancaman orang Aus dan Khazraj Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

4 BERIKAN HUJAH-HUJAH BAGI MENYANGKAL PANDANGAN ORIENTALIS BARAT YANG MENTAFSIR HIJRAH ADALAH SUATU PELARIAN Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah Orang Islam diberikan tempat tinggal Dijamin keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah

5 PADA PENDAPAT ANDA, MENGAPAKAH PENGHIJRAHAN YANG BERLAKU HARI INI BERBEZA DARIPADA PENGHIJRAHAN ORANG ISLAM DARI MEKAH KE MADINAH? Penghijrahan berlaku akibat peperangan Mereka dianggap pelarian Kehadiran mereka tidak diundang Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal

6 MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S. A
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W MEMILIH MADINAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENERUSKAN PENYEBARAN ISLAM? Wahyu - Perintah Allah menerusi wahyu Ancaman - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam Aman - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah Jemput - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj Terima - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah Taat - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w Sanggup - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam Jamin - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan Bantuan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah Kerajaan - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam

7 HIJRAH MEMPUNYAI NILAI YANG SANGAT PENTING KEPADA PENINGKATAN TAMADUN MASYARAKAT ARAB PADA MASA ITU DAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA INI Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam Persaudaraan – Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam dan orang Islam Madinah Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang Pengorbanan - Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wqnita dalam perjuangan Islam Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.aw mengatur strategi perjuangan Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah

8 NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM PIAGAM MADINAH
POLITIK Pemimpin - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah Hakim - Baginda adalah hakim Pertahan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar Undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh Amal - Peraturan kabilah yang selari dengan Islam boleh diamalkan EKONOMI Sama - Peluang ekonomi yang sama rata Kerjasama - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan negara Riba - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan SOSIAL Ummah - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah Musuh - Masyarakat Madinah tidak boleh bernusuhan sesama sendiri Bebas - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka Jamin - Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah

9 HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
POLITIK Panduan - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam Kaedah - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Allah - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi Terima - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat Ikut - Satu perundangan yang boleh diikuti oleh kesemua masyarakat Praktik - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum Lengkap - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat EKONOMI Larang - Melarang amalan riba, rasuah, penipuan, dan penindasan Galak - Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah Masalah - Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi Telus - Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan Meningkat - Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat SOSIAL Satu - Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman Adil - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat Susun - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik Hak - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan Kuat - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani

10 NYATAKAN KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN UMAT ISLAM BERPERANG
Dengan keizinan Allah Apabila diserang oleh musuh Untuk mempertahankan maruah diri Untuk mencari keamanan Memelihara tempat ibadat Menjaga maruah negara Menjaga harta benda dan nyawa Mengikut prinsip-prinsip Islam

11 APAKAH PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM?
Apabila diserang oleh musuh Bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara Dilarang membunuh sesuka hati Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang Jika ditawarkan perdamaian, orang Islam harus memilih perdamaian

12 APAKAH BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ISLAM BERKEMBANG BUKANNYA MELALUI PEPERANGAN
Peperangan dalam Islam bukan bertujuan menyebarkan Islam Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa Islam tidak berkembang melalui paksaan Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan tawanan perang Tentera Islam dilarang bertindak ganas / membunuh sesuka hati / memusnahkan tanaman / menyeksa tawanan

13 MENGAPAKAH ORANG ISLAM BERCADANG UNTUK MENZIARAHI KOTA MAKKAH?
Di situ terletaknya Kaabah Tempat asal orang Muhajirin Tempat turunnya wahyu yang pertama Ingin mengerjakan umrah Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w

14 NYATAKAN KELEBIHAN YANG ADA PADA USMAN BIN AFFAN BAGI MEWAKILI ORANG ARAB ISLAM UNTUK BERUNDING DENGAN ORANG ARAB QURAISY DI MAKKAH Mempunyai ramai saudara mara di Makkah Matang berbanding sahabat lain Sifatnya yang lembut / bertolak ansur

15 SEBUTKAN KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

16 APAKAH PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA PERJANJIAN HUDAIBIYAH?
Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah Orang Arab bebas menganut sebarang agama Islam berkembang meluas Bilangan penganut Islam meningkat Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah Perintis pembukaan semula kota Makkah

17 APAKAH FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD S. A
APAKAH FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD S.A.W BERTINDAK MEMBUKA SEMULA KOTA MAKKAH? Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah Gencatan - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun Kebebasan - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama Memihak - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah Bunuh - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam Strategi - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam Mantap - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah

18 HURAIKAN KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM
Peluk - Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam Perpaduan - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah Sebar - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah Berhala - Terhapusnya amalan menyembah berhala Suci - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam Tumpuan - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia Kukuh - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat Jalan - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab Aman - Dakwah Islam tersebar secara aman


Download ppt "KERAJAAN ISLAM DI MADINAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google