Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu"— Transcript presentasi:

1 Kriteria Penskoran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5: 2011

2 Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Peringkat Skor Konstruk (Pendekatan- impression – gambaran keseluruhan) Kriteria/Keterangan Cemerlang/ Sangat baik Menerangkan atau memperkatakan sesuatu dengan lancar, tepat, jelas dan berkesan 09-10 1. Tatabahasa dan kosa kata Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul. 2. Sebutan, intonasi dan nada Sebutan betul, sangat jelas dan tepat. Intonasi dan nada betul seperti penutur jati. 3. Kefasihan (gaya orang Melayu) Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar. 4. Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang

3 Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Peringkat Skor Konstruk (Pendekatan- impression – gambaran keseluruhan) Kriteria/Keterangan Baik Menerangkan atau memperkatakan sesuatu dengan lancar, tepat dan jelas. 07-08 1. Tatabahasa dan kosa kata Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul. 2. Sebutan, intonasi dan nada Sebutan betul, jelas dan, tepat. Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati. 3. Kefasihan (gaya orang Melayu) Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar. 4. Bermakna Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

4 Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Peringkat Skor Konstruk (Pendekatan- impression – gambaran keseluruhan) Kriteria/Keterangan Memuaskan Menerangkan atau memperkatakan sesuatu dengan lancar 05-06 1. Tatabahasa dan kosa kata Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul. 2. Sebutan, intonasi dan nada Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat serta kebanyakan intonasi dan nada masih betul. 3. Kefasihan (gaya orang Melayu) Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar. 4. Bermakna Kebanyakan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

5 Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Peringkat Skor Konstruk (Pendekatan- impression – gambaran keseluruhan) Kriteria/Keterangan Kurang Memuaskan Kurang lancar apabila menerangkan atau memperkatakan sesuatu 03-04 1. Tatabahasa dan kosa kata Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadangkala salah. 2. Sebutan, intonasi dan nada Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat serta intonasi banyak yang salah. 3. Kefasihan (gaya orang Melayu) Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar. 4. Bermakna Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.

6 Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Peringkat Skor Konstruk (Pendekatan- impression – gambaran keseluruhan) Kriteria/Keterangan Lemah Tidak menunjukkan penguasaan apabila menerangkan atau memperkatakan sesuatu 01-02 1. Tatabahasa dan kosa kata Keseluruhannya, lemah. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu 2. Sebutan, intonasi dan nada 3. Kefasihan (gaya orang Melayu) 4. Bermakna

7 Jumlah Besar PERINGKAT SKOR Cemerlang/ Sangat Baik 36-40 Baik 28-35
Memuaskan 20-27 Kurang Memuaskan 12-19 Lemah 4-11

8 Selamat bertugas

9 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Tatabahasa Peraturan bahasa. Catatan bahasa baku.. satu sistem peraturan yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat: terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. tatabahasa perlu ditekankan dalam lisan untuk: bercakap dengan baik dan berkesan Kosa kata Perbendaharaan kata Keseluruhan kata Yang ditekankan penggunaan kata yang tepat kesesuaian dengan keadaan tempatan

10 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Sebutan Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat dengan tepat dan jelas. Cara melafazkan atau menyebut perkataan yang diterima sebagai yang betul atau yang wajar Catatan Bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna

11 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Intonasi - Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu - Turun naik atau tinggi rendah suara sewaktu bercakap (sesuatu ayat itu dilafaskan). Catatan Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Boleh menaik, menurun dan boleh mendatar. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat. Ayat penyata mempunyai intonasi yang menurun di akhir ayat.

12 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Nada Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Bunyi tinggi rendah suara (sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata diucapkan) yang membayangkan sesuatu perasaan atau sikap. Rentak dalam deklamasi sajak dan lain-lain. Catatan Ikut cara orang Melayu berkomunikasi.

13 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Kefasihan Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar . Mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat, sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Lancar (boleh bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Mudah bercakap Pandai berkata-kata. Pantas dan tidak tersangkut-sangkut.

14 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Gramatis Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang mengikut peraturan tatabahasa. Catatan Tekankan hukum DM sebab asas bahasa Melayu. Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

15 Glosari Ujian Lisan Bahasa Melayu
Ungkapan atau Istilah Maksud Bermakna Komunikasi yang bermakna. Pengucapan yang mengandung erti atau bererti. Pengucapan yang mencapai maksud atau kehendak tugasan. Bertatasusuila – beradab, bersopan dan menyatakan maksud dengan jelas. Catatan Budi bahasa orang Melayu. Isi terletak di dalam bermakna. Tetapi tidak ditetapkan isinya. Ada olahan.

16 Isu-isu penskoran: 1. Tumpukan kepada kriteria bukannya skor (konsep rujukan kriteria bukannya rujukan norma). 2. Untuk beri kriteria baik kena berhati-hati/teliti. 3. Hati-hati dengan dialek bahasa ibunda – kalau masih difahaminya tahapnya hanya memuaskan. 4. Impression/ gambaran keseluruhan- tentukan item-item (konstruk) terlebih dahulu – baru berikan markah keseluruhan. 6. Untuk calon yang telah ditaksir 3 kali tetapi belum memuaskan taksiran 4 perlu dibuat oleh orang lain untuk berikan second opinion (pandangan kedua).

17 Selamat bertugas Terima kasih


Download ppt "Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google