Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Karya Tatabahasa Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Karya Tatabahasa Melayu"— Transcript presentasi:

1 Karya Tatabahasa Melayu
MINGGU 02 Karya Tatabahasa Melayu dan Pembentukan Kata

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu mengenal pasti kata tunggal dan kata terbitan bahasa Melayu

3 KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta, Elbinck dan C. Houtman pada abad ke-16. Bentuk kamus dan huraian tatabahasa oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts (1623), Heumius (1650), dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899), dan R.O. Winstedt (1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888), dan Roorda Van Eysinger (1939).

4 KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
Bustanul Katibin (1857) Pemimpin Johor (1878) Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman Senjuh Suratan (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Rencana Melayu (1928) oleh Raja Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za’ba Kitab Penanggam Bahasa (1936) oleh Ibrahim bin Hj. Salam Kitab Permulaan Mengarang (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato’ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (1939) oleh Dato’ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za’ba

5 TATABAHASA RUJUKAN Asmah Haji Omar. (2011). Nahu Melayu Kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Hasan Alwi et. al. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim; Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Za’ba. (2000). Pelita bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

6 Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka. Daftar Isi Bab I Pendahuluan… … … … 01 Bab II Beberapa Pengertian Dasar… … 25 Bab III Bunyi Bahasa dan Tata Bunyi… … 47 Bab IV Verba… … … … … 87 Bab V Adjektiva… … … … 171 Bab VI Adverbia… … … … 197 Bab VII Nomina, Pronomina, dan Numeralia … 213 Bab VIII Kata Tugas… … … … 287 Bab IX Kalimat… … … … 311 Bab X Hubungan Antarklausa… … … 385 Bab XI Wacana… … … … 419

7 Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Variasi Bahasa Melayu Morfologi: Satu Pengenalan Pembentukan Kata Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Pembentukan Kata Baharu Sintaksis: Satu Pengenalan Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Proses Penerbitan Ayat

8 Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi Pendekatan Morfem dan Penambah Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata Nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata Sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman

9 Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata Nafi Kata Supraayat: pun, juga, jua, pula, sahaja Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk Penggandaan Frasa Frasa Nama Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem Ayat dan Modus

10 Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Daftar Isi Kata Nama dan Kata Ganti Nama Kata Bilangan dan Kata Sifat Kata Kerja Kata Keterangan Kata Tugas Imbuhan Kata Majmuk dan Kata Ganda Frasa Bahagian Ayat dan Fungsinya Ayat dan Ayat Inti Klausa Ragam dan Jenis Ayat

11 Rumusan Penulisan awal tatabahasa Melayu telah diterokai oleh penulis Belanda dan Inggeris. Karya yang dianggap besar dan berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736), Marsden (1812), Shellabear (1899), dan Winstedt (1913). Karya penulis tempatan yang paling awal ialah Bustanul Katibin (1857), dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal tatabahasa Melayu yang terpenting ialah Pelita Bahasa oleh Za’ba. Karya tatabahasa Melayu moden yang terkemuka ialah Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga (2000), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Nahu Melayu Mutakhir (1993), dan Nahu Melayu Moden (1994). Bidang yang dicakupi dalam kebanyakan buku tatabahasa moden ialah morfologi dan sintaksis.

12 PEMBENTUKAN KATA Proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber, iaitu: Asal bahasa Pembentukan melalui proses tertentu

13 PEMBENTUKAN KATA Asal Bahasa
Keluarga Indonesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Keluarga Polinesia

14 PEMBENTUKAN KATA Pembentukan kemudian melalui proses tertentu
Peleburan Fonem Peluasan Kata Penyingkatan Pinjam Terjemah Peluasan Makna Penyempitan Makna Perubahan Makna Pengimbuhan Penambahan Penggabungan Analogi Makna Khusus Penciptaan Akronim

15 Proses Pengimbuhan (affixation)
Proses menambah imbuhan kepada kata akar / dasar, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan (Morfem Terikat Terbahagi Serentak atau Morfem Terikat Terbahagi Bertingkat). Contoh: Serap diserap, menyerapi, diserapi, menyerapkan, diserapkan, penyerapan, penyerap, terserap, zat penyerap, kedayaserapan, daya serap tapa bertapa kemampuan berkemampuan

16 Proses Penambahan Memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata. Contoh: Penambah bu yang bermaksud sesuatu yang berbentuk bulat atau seumpama dengannya. bu + lat bulat bu + kit bukit bu + jur bujur bu + luh buluh bu + lan bulan bu + sut busut bu + ih buih bu + tir butir Penambah kit yang bermaksud naik ke atas bang + kit bangkit ra + kit rakit jung + kit jungkit ung + kit ungkit

17 Proses Penggabungan (incorporation / incapsulation)
Peleburan akrab kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata akar / kata dasar. Kemudian diberikan makna yang berbeda daripada kata asal. Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu: > Perangkaian menjadi satu Contoh: beritahu, jawatankuasa, olahraga, bumiputera, tandatangan > Penggunaan sempang Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin kira > Penulisan secara terpisah Contoh: atur acara, rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis, kahwin campur

18 Proses Analogi (analogy)
Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berobah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan. Contoh: Jurumudi: jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding, jurubahasa, jurupusaka… Tatabahasa: tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup, tataguna, tatausaha , tatalaksana, tatanegara, tatacara… Lelaki: cecair, sesendi, pepenjuru, pepejal, cecincin, gegelang… Tunasusila: tunaaksara, tunabusana, tunadaksa, tunaganda, tunalaras, tunagrahita, tunanetra, tunawicara, tunapolitik, tunawisma… Prasangka: pralahir, prameswari, prakala, prakarsa, prakonsep, pradesa, pradini, prakata, prakarya, praseminar, prasejarah…

19 Pemberian Makna Khusus
Kata umum diberikan makna khusus sehingga menjadi istilah, iaitu kata atau gabungan kata yang mengungkapkan makna konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu. Contoh: surih: gores, garis, bekas, jejak atau kesan yang dilalui siput atas daun pisang surih: menyurih peta (istilah Geografi) rumah: bangunan untuk tempat tinggal rumah: rumah duka, rumah judi, rumah panas (istilah sosial) morfologi: struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian kata (istilah Linguistik) morfologi: ilmu tentang bentuk luar dan susunan makhluk hidup (istilah Biologi) morfologi: struktur luar batu batan dan hubungannya dengan ciri topografi (istilah Geografi)

20 Proses Penciptaan (coinage)
Proses pembentukan kata baharu daripada unsur morfologi yang sedia ada, secara sengaja atau berdasarkan kiasan. Contoh: kiwi: Burung sebesar ayam jantan yang bersayap kecil, tetapi tidak dapat terbang, berbulu seperti rambut dan terdapat di Australia kiwi: Jurupetak dalam perahu; orang yang menyewa ruang perahu kiwi: Jenama pengilat kasut Contoh lain: Fab, Breeze, Ajinomoto

21 Akronim (acronym) Kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contoh: ABIM UMNO PAS ASAS 50 MESTI ASEAN BERNAMA INTAN GERAKAN IPTAR KEJORA LUTH PROTON GAPENA PORTUGAL

22 Peleburan Fonem dan Suku Kata
Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama. Suku kata ialah satu struktur yang terdiri daripada fonem atau urutan fonem. Contoh: meN + salin menyalin meN + kagum mengagum beR + rantai berantai beR + rakit berakit beR + rentetan berentetan

23 Peluasan Kata Proses meluaskan kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: Bikini: Nama sebuah pulau di lautan Pasifik Barat Bikini: Pakaian renang wanita yang hanya terdiri daripada celana dalam, dan kain penutup payu dara Monokini: Celana renang wanita

24 Penyingkatan (abbreviation)
Istilah umum yang mencakupi akronim, kontraksi, pemendekan dan pemangkasan huruf atau gabungan huruf. Contoh: bas Prof. TV LLN SMA dsb dll hlm. Dr. UPM UKM USM

25 Pinjam Terjemah Peminjaman kata atau frasa yang melibatkan penerimaan sepenuhnya pola tatabahasa dan maknanya, tetapi unsurnya digantikan dengan bunyi dan morfem bahasa sasaran dan / atau bahasa pinjaman. Contoh: bound morpheme morfem terikat yellow culture budaya kuning honey moon bulan madu network jaringan balanced budget anggaran berimbang status quo esprit de corps ceteris paribus

26 Peminjaman Kata Penerimaan unsur daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran melalui pertembungan atau peniruan. Bahasa sumber mungkin terdiri daripada bahasa sekeluarga atau bahasa asing. Contoh: bahasa sekeluarga bahasa Sanskrit bahasa lain gambut (Banjar) pujangga baldi nyeri (Sunda) penjara almari gawai (Jawa) puspa biologi luah (Bali) amra psikologi purbakala senapang

27 Peluasan Makna Proses meluaskan makna kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: belayar: - memakai layar - mengharungi lautan dengan kapal / perahu - tidur dengan lena - meninggal dunia dara: - anak perempuan yang belum kahwin; gadis; perawan - ternakan betina yang berumur lebih daripada satu tahun dan belum pernah beranak atau bertelur - burung merpati (columba domestica) - dara laut = burung camar

28 Penyempitan Makna Proses menyempitkan makna kata atau frasa dengan menyempitkan konteks penggunaannya. Contoh: Tuan: - orang tempat mengabdi - orang yang memberikan pekerjaan; majikan - orang laki-laki yang patut dihormati - wanita bangsawan - kata ganti nama kedua lelaki dan perempuan Puan - tempat sirih emas atau perak - isteri datuk - nyonya (lawan tuan) - kelapa yang enak isinya, dan mudah hancur - cairan susu asli (kambing, sapi) - wanita yang patut dihormati

29 Perubahan Makna Perubahan makna kata yang boleh berupa peluasan, penyempitan, atau pengalihan, dan positif atau negatif. Contoh: hamba: - abdi, budak suruhan - kata ganti pertama (merendah diri) khalwat - mengasingkan diri di tempat sunyi untuk bertafakur; beribadah - berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi atau tersembunyi patik - budak belian, hamba tebusan - kata ganti diri ketika menghadap raja - anak anjing contoh lain: gerombolan, wisma, berahi, mengancam…

30 PERKATAAN Unit ujaran yang bebas Mengandung makna yang lengkap Satu atau gabungan beberapa bentuk fungsi bahasa

31 PERKATAAN Kata Tunggal/Dasar Kata Jadian/Turunan pengimbuhan pemajmukan penggandaan

32 KATA TUNGGAL/DASAR Satu bentuk dasar/tunggal
Tidak mengalami proses morfologi Unit Bebas: Kata tunggal bentuk bebas Tidak bergantung pada unit lain Dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap Kata Tugas: Memerlukan unit bebas yang lain Tidak dapat berdiri sendiri Akronim: Terbentuk melalui proses gabungan Berupa suku kata atau huruf

33 KATA JADIAN/TURUNAN Kata Terbitan: kata dasar yang menerima imbuhan Kata Majmuk: dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan - kata nama majmuk - kata kerja majmuk - kata adjektif majmuk - kata tugas majmuk Kata Ganda: pengulangan/penggandaan kata dasar - dwipurwa - dwilingga - pengulangan berimbuhan - pengulangan variasi bunyi

34 PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL
> satu suku kata > dua suku kata > tiga suku kata > empat suku kata atau lebih > akronim

35 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA
yu am cat draf bank skru skrip had pos cip bab bas tik rab ram rak sup sut

36 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
ubi u + bi usang u + sang impi im + pi embun em + bun buih bu + ih leka le + ka pulut pu + lut sendu sen + du benteng ben + teng kayu ka + yu jual ju + al kacau ka + cau layak la + yak runcit run + cit sukar su + kar mata ma + ta batu ba + tu roti ro + ti abstrak abs + trak rantai ran + tai

37 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
niaga ni + a + ga siuman si + u + man idea i + de + a mulia mu + li + a tempua tem + pu + a belangkas be + lang + kas maruah ma + ru + ah tempias tem + pi + as aroma a + ro + ma isyarat i + sya + rat antara an + ta + ra berita be + ri + ta kembara kem + ba + ra ilmiah il + mi + ah sastera sas + te + ra riwayat ri + wa + yat matlamat mat + la + mat kerangka ke + rang + ka sempurna sem + pur + na rahsia rah + si + a Kelantan Ke + lan + tan kelmarin kel + ma + rin

38 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH
keluarga ke + lu + ar + ga bijaksana bi + jak + sa + na senantiasa se + nan + ti + a + sa selesema se + le + se + ma munasabah mu + na + sa + bah sentimeter sen + ti + me + ter singgahsana sing + gah + sa +na nasional na + si + o + nal universiti u + ni + ver + si + ti cenderawasih cen + de + ra + wa + sih Kurikulum ku + ri + ku + lum maharajalela ma + ha + ra + ja + le + la darmawisata dar + ma + wi + sa + ta senderayan sen + de + ra + yan utilitarian u + ti + li + ta + ri + an zabaniah za + ba + ni + ah kodifikasi ko + di + fi + ka +si onderneming on + der + ne + ming papakerma pa + pa + ker + ma paradigma pa + ra + dig + ma paramasastera pa + ra + ma + sas + te + ra Makrokosmos mak + kro + kos + mos

39 AKRONIM Singkatan gabungan huruf awal suku kata, atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan disebut dengan wajar CARA PENULISAN AKRONIM Singkatan huruf awal rangkai kata ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan huruf awal atau suku kata bukan nama khas Tadika Taman Didikan Kanak-Kanak Tabika Taman Bimbingan Kanak-Kanak Gabungan huruf awal atau suku kata nama khas MARA Majlis Amanah Rakyat GAPENA Gabungan Penulis Nasional

40 CONTOH AKRONIM Angkasa Angkatan Kerjasama Kebangsaan ASAS 50 Angkatan Sasterawan 1950 ASEAN Association of South East Asian Nation Bernama Berita Nasional Malaysia FAMA Federal Agricultural Marketing Authority FELDA Federal Land Development Authority INTAN Institut Tadbiran Awam Negara IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak KOBENA Koperasi Belia Nasional MALINDO Malaysia Indonesia SETPOL Setiausaha Politik

41 KATA TERBITAN Kata yang terhasil melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar JENIS IMBUHAN Awalan: hadir sebelum kata dasar Akhiran: hadir selepas kata dasar Apitan: hadir serentak pada bahagian awal dan bahagian akhir kata dasar Sisipan: hadir di celahan kata dasar

42 KATA TERBITAN BERAWALAN
Awalan Kata Nama pe - penyimpan juru - jurutulis pem - pembantu maha - mahaguru pen - pendamai tata - tatabahasa peng - penggoda pra - pratonton penge - pengekod sub - subkultur pel - pelajar supra - supranasional per - perburu eka - ekakutub ke - ketua dwi - dwikepak swa - swakaji panca - pancaindera

43 AWALAN KATA KERJA me merasa, meraba mem membantu, membuta men mendayung, menduda meng menggaru, mengganas menge mengeram, mengehad memper memperindah ber bersantai, berlagu be berantai, berenang bel belunjur, belajar ter terlaju, terlayang di diketawa, dijeling diper diperoleh, diperdua

44 AWALAN KATA ADJEKTIF ter termerah te teruncing tertinggi terendah tertua teranum tergagah teramah termuda terancak terlaju terendam teringin se seindah, sehitam, setebal, sekeras, selena, sekotor, sependek, sejarang, serapi, setinggi

45 KATA TERBITAN BERAKHIRAN Akhiran Kata Nama
an makanan, tulisan, manisan, kritikan wan budayawan, hartawan, sasterawan, karyawan man budiman, seniman wati seniwati isme kapitalisme, kelantanisme, nasionalisme in, at, ah hadirin, muslimin, hadirat, muslimat, sultanah ustazah

46 Akhiran Kata Kerja kan gunakan luaskan menangkan tuangkan musnahkan merdekakan kenakan sampaikan matikan padamkan biarkan i sakiti jauhi dekati hindari baiki sirami masuki hadiahi mulai pelajari

47 KATA TERBITAN BERAPITAN Apitan Kata Nama
pe…an - pelaksanaan, pelantikan, pelucutan pem…an - pembuatan, pembunuhan, pembaikan pen…an - pencapaian, penswastaan, pendudukan peng…an - penggantungan, pengguguran penge…an - pengeraman, pengeboman, pengehadan per…an - persatuan, perdamaian, pertubuhan pel…an - pelajaran, pelbagaian ke…an - keadilan, kebahasaan, kesungguhan

48 APITAN KATA KERJA me…kan melukakan men…kan mendermakan mem…kan membebankan meng…kan menggoyangkan menge…kan mengehadkan ber…kan berbantalkan ber…an berdekatan di…kan dibiarkan me…i memerahi men…i mendepani meng…i menganggotai di…i disayangi diper…kan dipertontonkan diper…i dipergauli memper…kan memperkatakan memper…i mempercayai ke…an ketulangan kedinginan

49 APITAN KATA ADJEKTIF ke…an - kemelayuan kecinaan keinggerisan kearaban kejantanan keemasan keamerikaan keanak-anakan kebetinaan kelaki-lakian kemalu-maluan

50 KATA TERBITAN BERSISIPAN
Sisipan Kata Adjektif el - kelebak selerak gelembung er - serabut gerigi jerebu em - gemilang gemuruh semerbak gemerlap kemilau Sisipan kata Nama el - telunjuk kelabut kelengkeng telapak er - seruling keruping

51 KATA MAJMUK Proses yang merangkaikan dua atau lebih perkataan, dan perangkaian perkataan itu akan mewujudkan makna tertentu yang berbeda daripada makna sebelumnya. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu: - rangkai kata bebas, termasuk nama jawatan - istilah khusus - maksud kiasan

52 RANGKAI KATA BEBAS cita rasa janji temu alat tulis menteri besar pegawai tadbir jaya diri kapal terbang kereta lembu lembu kereta ketua polis negara jalan raya meja tulis terima kasih ketua menteri naib canselor kereta api kemas kini kenal pasti pasar raya timbalan ketua sidang

53 ISTILAH KHUSUS ulang kaji reka bentuk kertas kerja mata pelajaran isi padu reka cipta lut cahaya reka letak kaji selidik urus niaga kaji bumi hasil darab kaji cuaca latih tubi rukun negara segi tiga surat cara susut nilai kata sandang kata terbitan

54 MAKSUD KIASAN buah hati duit kopi pilih kasih kaki bangku bulan madu tumbuk rusuk kaki judi mulut tempayang naik minyak telinga putih naik angin nujum Pak Belalang pahit darah anak bena telinga nipis kecil hati patah hati buah tangan bahasa dalam buaya darat

55 BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

56 PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Gandaan Unsur Pertama: kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir naib-naib canselor Gandaan Seluruh Unsur: kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara

57 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Imbuhan Awalan dan Akhiran: ambil kira mengambil kira ubah suai diubah suai uji bakat menguji bakat daya serap daya serapan kemas kini dikemas kini Imbuhan Apitan: ubah suai mengubahsuaikan kemas kini pengemaskinian pindah milik dipindahmilikkan tandatangan menandatangani cina buta dicinabutakan

58 KATA GANDA Kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruh kata dasar PENGGANDAAN PENUH Penggandaan seluruh kata dasar, dan diberi tanda sempang. Contoh: bodoh-bodoh manis-manis duduk-duduk pegawai-pegawai kehendak-kehendak kekasih-kekasih pemimpin-pemimpin tanaman-tanaman apa-apa mana-mana hidup-hidup mangga-mangga jemput-jemput bukan-bukan siapa-siapa

59 GANDAAN SEPARA Penggandaan sebahagian kata dasar sahaja sama ada di hadapan atau di belakang. PENGULANGAN SUKU KATA PERTAMA laki - lalaki - lelaki langit - lalangit - lelangit kuda - kukuda - kekuda tupai - tutupai - tetupai daun - dadaun - dedaun PENGULANGAN KATA DASAR UTAMA Berjalan-jalan, seindah-indah, tercari-cari, cinta-mencintai, tolong-menolong, kejar-mengejari, dirayu-rayu, intai-mengintai…

60 GANDAAN BERENTAK Penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Gandaan Suku Kata Awal: licin-licau, remuk-redam, warna- warni, corat-coret, kelap-kelip, serba-serbi… Gandaan Suku Kata Akhir: sayur-mayur, saudara-mara terang-benderang, punah-ranah, kuih-muih, saki-baki, calar-balar, haru-biru…

61 GANDAAN YANG LAIN Gandaan Konsonan: gunung-ganang, susup-sasap, gopoh-gapah, suku-sakat, deram-derum, desas-desus, gedebak-gedebuk… Gandaan Bersisipan: tali-temali, jari-jemari, awan-gemawan, kilau-kemilau, gilang-gemilang, tayum- temayum, tulang-temulang… Gandaan Bebas: porak-peranda, simpang-perenang, anak- pinak, lintang-pukang, mentua-taya, patah- riuk, ulang-alik, ipar-duai, gelap-gulita…

62 KESIMPULAN Secara umum, kata dibentuk melalui dua sumber, iaitu asal-usul bahasa itu sendiri, dan proses tertentu. Secara khusus, kata dibentuk melalui pembentukan kata tunggal, dan kata turunan / jadian. Kata tunggal dibentuk daripada kata satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan akronim. Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Kata majmuk dibentuk daripada rangkai kata bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan. Kata ganda dibentuk secara gandaan penuh, gandaan separa, dan gandaan berentak.


Download ppt "Karya Tatabahasa Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google