Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TEORI PEMBELAJARAN DALAM PSIKOLOGI
A. Teori Stimulus – Teori ini berpandangan bahawa perilaku itu termasuk perilaku berbahasa, bermula dengan adanya stimulus atau rangsangan, aksi, yang menimbulkan reaksi atau gerak balas. Semua perilaku menurut behaviorisme, termasuk tindak balas yang ditimbulkan oleh adanya rangsangan. Jadi, jika gerak balas telah diamati dan diketahui, maka rangsangan pun dapat diprediksikan.
2
B. Teori Kognitif - Teori ini pada awal kelahirannya dimulai dengan penggabungan Teori S-R dan Teori Gestalt yang dilakukan oleh Tolman dan kawan-kawannya. Teori Kognitif adalah pengkajian bagaimana caranya persepsi mempengaruhi perilaku dan bagaimana pengalaman mempengaruhi persepsi. Teori Kogniitif mengkaji proses akal atau mental yang berlaku pada waktu proses pembelajaran berlangsung. Pieget berpendapat bahawa pemerolehan bahasa merupakan bahagian yang tidak terpisah dari perkembangan kognitif secara keseluruhan dan khususnya sebagai bahagian dari kerangka fungsi simbolik. Dengan kata lain, bahasa merupakan hasil dari perkembangan intelek secara keseluruhan dan sebagai lanjutan pola-pola perilaku yang sederhana.
3
Menurut Chomsky, Teori Genetic Kognitif didasarkan pada satu hipotesis yang disebut hipotesis nurani (The innateness hypothesist). Hipotesis ini mengatakan bahawa otak manusia dipersiapkan secara genetik untuk berbahasa. Untuk itu otak manusia dilengkapi dengan struktur bahasa yang universal, yang disebut dengan Language Acquisition Aevice (LAD).
4
ASPEK NEUROLOGI BAHASA
Otak (serebrum dan serebelum) adalah salah satu komponen dalam sistem susunan saraf manusia. Otak mempunyai peranan yang bernada bagi fungsi kortal. Fungsi bicara dipusatkan pada hamisfer kiri bagi orang yang tidak kidal. Hasil penelitian tentang kerosakan otak oleh Broca dan Wernicke serta penelitian Penfield dan Robert, mengarah pada kesimpulan bahawa hamisfer kiri dilibatkan dalam hubungannya dengan fungsi bahasa.
5
Krashen (1977) mengemukakan bahawa lima alasan yang mendasari kesimpulan itu seperti berikut :
1. Hilangnya kemampuan berbahasa akibat kerosakan otak disebabkan kerosakan jaringan saraf hemisfer kiri daripada hemisfer kanan. 2. Ketika hamisfer kiri dianestesia kemampuan berbahasa menjadi hilang, tetapi ketika hamisfer kanan dianestesia kemampuan berbahasa itu tetap ada.
6
3. Sewaktu bersaing dalam menerima kemasukan bahasa secara bersamaan dalam tesdikotik.
4. Ketika materi bahasa diberikan melalui penglihatan mata kanan dan mata kiri, maka mata kanan lebih cepat dan lebih tepat dalam menangkap materi bahasa itu daripada mata kiri. 5. Pada waktu melakukan kegiatan berbahasa baik secara terbuka mahupun tertutup, hemisfer kiri menunjukan kegiatan elektris lebih hebat daripada hemisfer kanan.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.