Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri"— Transcript presentasi:

1 Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
WQ813 ULUM AL-QURAN 1 Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri

2 PERBAHASAN SESI : 2 1. Makna Sebab Turun Ayat ( أسباب النزول)
2. Faedah mengetahui sebab turun ayat 3. Contoh-contoh asbab nuzul. 4. Pengertian Nasikh & Mansukh. 5. Jenis-jenis Nasikh & Mansukh. 6. Hikmah Nasakh

3 ASBAB AL-NUZUL

4 Asbābun-nuzūl (أسباب النزول) adalah ilmu yang membahaskan mengenai latar belakang/kisah /sebab-sebab disebalik turunnya satu surah atau beberapa ayat al-Quran. Asbab nuzul didefinisikan : “ Sesuatu hal/keadaan sama ada berupa peristiwa atau pertanyaan yang kerananya ayat-ayat al-Quran diturunkan”.

5 TURUNNYA AYAT SECARA UMUM
Tidak berarti bahawa semua ayat al-Quran diturunkan kerana disebabkan sesuatu peristiwa atau kerana suatu pertanyaan. Tetapi ada di antara ayat al-Quran yang diturunkan tanpa bersangkut dengan sesuatu sebab atau pertanyaan. Spt: Kisah-kisah umat terdahulu, mengenai Akidah, kewajiban Islam dan syariat Allah dalam kehidupan.

6 Turunnya ayat berdasarkan suatu peristiwa atau kejadian.
SEBAB TURUN AYAT Turunnya ayat berdasarkan suatu peristiwa atau kejadian. Turunnya ayat apabila Rasullullah S.A.W ditanya tentang sesuatu perkara/hukum.

7 Contoh Turunnya ayat berdasarkan suatu peristiwa atau kejadian
Peristiwa Nabi naik ke bukit Safa, lalu berseru: “ wahai kaumku! Maka mereka berkumpul dekat Nabi. Ia berkata lagi: Bagaimana pendapatmu bila aku beritahu kepadamu bahawa ada sepasukan kuda hendak menyerangmu; percayakah kamu apa yang aku katakan? Mereka menjawab: kami belum pernah melihat engkau berdusta.

8 Dan Nabi meneruskan: “Aku memperingat kan kamu tentang siksa yang pedih.” Ketika itu abu Lahab berkata: “Celakalah engkau; apakah engkau mengumpulkan kami hanya untuk urusan ini? Maka turunlah surah ini ( al-Masad) ‘Celakalah kedua tangan Abu Lahab’.

9 Contoh Turunnya ayat berdasarkan soalan/pertanyaan yang diajukan kepada Nabi S.A.W
Riwayat dari Aisyah R.A : “ Aku mendengar Khaulah binti Sa’labah datang mengadu hal suaminya, Aus bin Samit kepada Rasulullah. Katanya: “ Rasullullah, suamiku telah menghabiskan masa mudaku dan sudah beberapa kali aku mengandung kerananya, sekarang setelah aku menjadi tua dan tidak beranak lagi, ia menjatuhkan zihar kepadaku!

10 Aisyah berkata: “ Tiba-tiba Jibril datang membawa ayat-ayat ini ( beberapa ayat dari permulaan surah Mujadalah) : قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِير * Ayat ini menjelaskan tentang hukum Zihar .

11 CARA MENGETAHUI SEBAB TURUN AYAT
1- Riwayat yang sahih/jelas daripada Rasullullah S.A.W. 2- Riwayat daripada sahabat secara jelas dan pasti. 3- Riwayat daripada tabi’in secara jelas dan pasti diterimanya dari sahabat.

12 FAEDAH MENGETAHUI SEBAB TURUN AYAT
Mengetahui hikmah sebalik sesuatu hukum dan perhatian syara’ terhadap kepentingan umat dalam menghadapi segala peristiwa. Mengkhususkan hukum yang diturunkan Cara terbaik untuk memahami & mantafsir al-Quran serta menyingkap kesamaran yang tersembunyi dalam ayat-ayat al-Quran.

13 Mengetahui dengan lebih jelas tentang siapa ayat itu diturunkan, sehingga ayat itu tidak ditujukan kepada orang lain kerana permusuhan dan perselisihan. Ilmu yang sangat berfaedah dalam lapangan pendidikan dan pengajaran. Terutama boleh menarik minat kanak-kanak ketika sesi pembelajaran.

14 PERKARA-PERKARA BERKAITAN SEBAB TURUN AYAT
Berbilang riwayat pada sebab nuzul untuk satu ayat Banyaknya nuzul dengan satu sebab Penurunan ayat lebih dahulu daripada hukumnya. Banyaknya ayat yang turun mengenai satu orang.

15 Banyaknya Nuzul Dengan Satu Sebab
Terdapat banyak ayat yang turun, sedang sebabnya hanya satu atau kerana satu peristiwa/kejadian. Cth: Surah Ali Imran ayat 195, Surah al-Ahzab ayat 35 dan an-Nisa’ ayat 32. Ketiga-tiga ayat tersebut turun kerana satu sebab iaitu mengenai bahagian yang ditetapkan kepada laki-laki dan perempuan Muslim.

16 Penurunan Ayat Lebih Dahulu Daripada Hukumnya
Terdapat ayat-ayat yang turun secara mujmal (umum) yang mempunyai arti lebih dari satu, kemudian penafsirannya dihubungkan dengan salah satu arti-arti tersebut, sehingga ayat tersebut menjelaskan hukum yang datang kemudiannya.

17 Cth : Surah al-A’la ayat 4 yang bermaksud:
“sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri”. Ayat tersebut diturunkan di Mekah, sedangkan di Mekah belum ada kewajipan Zakat.

18 Banyaknya Ayat Yang Turun Mengenai Satu Orang
Terkadang seorang sahabat mengalami satu peristiwa lebih dari satu kali. Kerana itu terdapat ayat yang turun mengenai satu orang mengikut kesesuaian peristiwa-peristiwa yang terjadi. Cth: Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitabnya tentang berbakti kepada orang tua. Dari Sa’ad bin Abi Waqas mengatakan : “ada empat ayat al-Quran turun berkenaan denganku”

19 Pertama: ketika ibu bapaku bersumpah tidak makan dan minum sebelum aku meninggalkan Muhammad. Kedua: Ketika aku mengambil sebilah pedang dan mengaguminya, lalu turunnya ayat mengenai harta rampasan perang. Ketiga: Ketika aku sedang sakit dan Rasulullah menziarahiku. Aku bertanya Rasulullah mengenai wasiat. Keempat: Sewaktu aku minum Khamar, aku bertanya Rasulullah, lalu turun ayat larangan minum khamar.

20 NASIKH DAN MANSUKH

21 DEFINISI NASIKH & MANSUKH
NASAKH Bahasa : menghilangkan/memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain. Di dalam al-Quran dinyatakan: ”إِنّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ“ “Kami memindahkan (mencatat) amal perbuatan ke dalam lembaran catatan amal”. al-Jasiyah 29 Istilah: Mengangkat sesuatu hukum syara’ dengan sesuatu dalil hukum syara’ yang lain.

22 NASIKH : Yang menghapus.
Diartikan juga: 1. “Allah” yang menghapus sesuatu. ” مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا “ Artinya: “Apa-apa ayat yang Kami nasakhkan atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yg lebih baik daripadanya atau yg sepadan dengannya” (al-Baqarah:106)

23 Diartikan juga: 2. “Ayat” yang menghapuskan ayat yang lain. Cth: هَذِهِ الآيةُ نَاسِخَةُ الآيةِ كَذَا ... “ Ayat ini menghapus ayat yang itu”. 3. “Hukum” yang menghapuskan hukum yang lain. MANSUKH: Hukum yang telah dihapuskan.

24 SYARAT NASAKH Hukum yang dimansukhkan adalah Hukum Syara’ .
Dalil yang menghapuskan/menasakh hukum tersebut datang kemudian dari dalil yang hendak di mansukhkan. Dalil yang mansukh hukumnya tidak terikat dengan waktu tertentu. Cth: فَاعْفُوْا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ “Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sehingga Allah mendatangkan perintahnya” (al-Baqarah:109)

25 RUANG LINGKUP NASAKH Perintah dan Larangan sahaja
Nasakh hanya terjadi pada: Perintah dan Larangan sahaja Sama ada perintah dan larangan tersebut menggunakan ayat yang jelas atau dalam bentuk berita.

26 NASAKH TIDAK BERLAKU pada:
Persoalan Akidah Perkara asas dalam Ibadah,Muamalat & Jenayah. Akhlak/adab, janji baik, janji buruk dan kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran.

27 Cth Ttg Akidah : ( Surah Syura: 13 )
Cth Ttg Asas Ibadat: (Al-Baqarah:183 ) Cth Ttg Jenayah: ( Al-Maidah: 45 ) Cth Ttg Akhlak: ( Luqman:18 )

28 CARA MENGETAHUI NASAKH
1. Keterangan yang jelas dari Nabi S.A.W atau sahabat. Cth Hadis: ”كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ. أَلاَ فَزُوْرُهَا“ 2. Kesepakatan Ijmak Ulama’ bahawa yang ini nasikh dan yang itu mansukh. 3. Mengetahui dalil mana yang datang lebih dahulu dan mana yang kemudian menurut sejarah yang pasti.

29 PENDAPAT MENGENAI NASAKH
1. Pendapat Yahudi : Tidak mengakui adanya nasakh. Pendapat Mereka: Konsep nasakh seolah-olah hikmah dalil yang dimansukhkan tidak jelas dan hikmah dalil yang datang kemudian (nasikh) terdapat kejelasan.

30 Jumhur Menolak pendapat mereka:
1. Pendapat mereka tidak benar kerana hikmah nasikh dan mansukh adalah jelas dalam pengetahuan Allah. - Allah menetapkan hamba-hamba dari satu hukum kpd hukum yang lain kerana sesuatu maslahah yang diketahuinya sejak azali dan sesuai dgn kekuasaan terhdp segala miliknya. 2. Kaum Yahudi sendiri mengakui bahawa syari’at Musa menghapuskan syari’at yang sebelumnya.

31 2. Pendapat Shiah: Mereka sangat berlebihan dan meluaskan konsep nasakh. - Mereka memberi pemahaman yang salah berkaitan ayat : ” يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتْ “ Artinya: “ Allah menghapuskan apa yang IA kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki” ( ar-Ra’d: 39) - Tafsiran Mereka: Allah siap (pada bila-bila) untuk menghapuskan dan menetapkan sesuatu.

32 Jumhur menolak pendapat mereka:
- Pemahaman yang sedemikian merupakan kesesatan dan penyelewengan terhadap al-Quran. - Sebab maksud ayat terebut ialah: Allah menghapuskan sesuatu yang di dalam pengetahuanNYA perlu dihapuskan dan menetapkan penggantinya jika mengandungi maslahah.

33 3. Pendapat Abu Muslim Al-Asfahani ( Mu’tazilah) : Nasakah secara umum boleh terjadi secara aqal/logik tetapi tak boleh secara syara’. - Ia menolak sepenuhnya terjadi nasakh dalam al-Quran. - Hujjah yang digunakan adalah berdasarkan pentafsiran yang salah dari ayat 42 surah Fussilat.

34 Ayat 42 surah Fussilat : ”لاَ يَأْتِيْهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلاَ مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيْلٌ مِّنْ حَكِيْمٍ حَمِيْدٍ“ Artinya : Tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, (al-Quran) itu diturunkan dari Tuhan yang maha bijaksana lagi Maha Terpuji” Pentafsiran salah yang diberikan olehnya: “Tidak ada pembatalan terhadap hukum-hukum dalam al-Quran selama-lamanya”.

35 Jumhur menolak pendapat mereka:
- Pendapat Abu Muslim ini tidak benar dan tidak dapat diterima, kerana makna sebenar ayat tersebut ialah : “Bahawa tidak ada kitab-kitab yang datang sebelum dan sesudah al-Quran membatalkannya”. - Ini jelas bahawa Syari’at yang terdapat di dalam al-Quran boleh membatalkan Syari’at yang sebelumnya tetapi tidak sebaliknya.

36 4. Pendapat Jumhur Ulama’ (Ahli Sunnah Wal Jama’ah): Nasakh boleh berlaku dan dapat diterima akal serta boleh berlaku dalam hukum-hukum syara’. Hujjah Jumhur: 1. Perbuatan/kehendak Allah tidak bergantung kepada alasan dan tujuan. Allah berkuasa memerintahkan sesuatu pada suatu waktu dan melarangnya pada waktu yang lain.

37 2. Terdapat dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan keharusan berlaku nasakh.
- Cth ayat yang menjelaskan tentang keharusan Nasakh: ” مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا “ (al-Baqarah: 106)

38 JENIS-JENIS NASAKH 1. Nasakh Quran dengan Quran Cth: ‘Iddah setahun diganti dengan ‘iddah 4 bulan 10 hari. 2. Nasakh Quran dengan Sunnah. -Pendapat Imam Malik, Abu hanifah & Ahmad dlm satu riwayat : Hadis Mutawatir boleh menasakhkan hukum dlm al-Quran tetapi hadis ahad tidak boleh. - Pendapat Imam Syafi’I dan Imam Ahmad dlm riwayat yang lain : Tidak mengharuskan nasakh al-Quran dgn Hadis sama ada mutawatir atau ahad.

39 ” فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ “
3. Nasakh Sunnah dengan Quran. - Jumhur harus. - Cth: Masalah menghadap kiblat ke Baitul Maqdis yang ditetapkan oleh Sunnah dan ketetapan ini dinasakhkan oleh ayat al-Quran. - Firman Allah dlm surah al-Baqarah ayat 144. ” فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ “ “Maka palingkanlah muka mu ke arah Masjidil haram”

40 4. Nasakh Hadis Dengan Hadis
- Ada 4 bentuk : 1. Nasakh Mutawatir dgn Mutawatir. 2. Nasakh Ahad dgn Ahad. 3. Nasakh Ahad dgn Mutawatir. 4. Nasakh Mutawatir dgn Ahad. ** Bentuk 1,2,3 : Diharuskan. ** Bentuk ke 4 : Terdapat khilaf ulama’.

41 HIKMAH NASAKH Memelihara kepentingan dan maslahah manusia.
Menunjukkan tingkat kesempurnaan dalam tasyri’ sesuai dengan perkembangan dakwah dan kondisi/situasi kehidupan umat manusia. Cobaan atau ujian bagi setiap Mukallaf untuk megikutinya atau tidak.

42 Terdapat kebaikan dan kemudahan kepada umat manusia.
- Kerana jika nasakh itu beralih kepada hal yang lebih berat maka di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang lebih besar, tetapi jika beralih kepada hal yang lebih ringan, maka ia menunjukkan kemudahan dan keringanan yang diberikan kepada umat manusia.


Download ppt "Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google