Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG"— Transcript presentasi:

1 POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG
SAINS DAN TEKNOLOGI FEM 3106 POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG DR. SA’ODAH AHMAD JPMPK, FEM, UPM.

2 SAINS DAN TEKNOLOGI Perkembangan sains dan teknologi membawa perubahan sosial dalam masyarakat. Samada kita sedar atau tidak kehidupan seharian kita telah dipengaruhi oleh teknologi ini - guna telefon, tv, VCD, ketuhar gelombang mikro, komputer dll. Perkembangan sains dan teknologi boleh mengubah pandangan manusia tentang nilai, cara pemikiran, tingkah laku, moral dan norma masyarakat. Impak teknologi - positif dan negatif. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

3 SAINS DAN PEMBENTUKAN KELUARGA
Impak positif - bantu pasangan yang tidak boleh mendapat anak menggunakan teknologi terkini untuk mendapat anak seperti cara IVF. Impak negatif - teknologi disalahgunakan. Contoh : Kes Diane Blood, seorang balu menjalani rawatan IVF dengan menggunakan sperma suaminya yang telah mati. Mahkamah di England enggan mengiktiraf suaminya yang telah mati sebagai bapa kepada anak yang dilahirkan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

4 EUTHANASIA Tindakan mematikan mesin ventilator yang membantu perjalanan darah dan pernafasan pesakit yang tiada harapan untuk hidup tanpa mesin tersebut. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan mesin ini boleh mengambil alih fungsi jantung. Menjadi isu kerana walaupun dilakukan atas kerelaan pesakit tetapi ia seumpama membunuh. Euthanasia sukarela diharamkan oleh Islam. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

5 SAMBUNGAN... Euthanasia sukarela adalah kesalahan di Malaysia dan sesiapa yang melaukannya boleh didakwa. Di Amerika, pada Februari 2000 Dewan perwakilan US telah meluluskan undang-undang mengharamkan bunuh diri dengan bantuan. Di England, pada November 2001, House of Lords telah memutuskan dalam kes Diane Petty bahawa bunuh diri dengan bantuan adalah kesalahan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

6 SAMBUNGAN... Walaubagaimanapun, bunuh diri tanpa bantuan orang lain di England bukan satu kesalahan - Suicide Act 1961. Belanda merupakan negara pertama yang menggubal undang-undang membenarkan euthanasia dengan syarat; pesakit mestilah pesakit kronik dan telah mendapat pandangan kedua mengenai penyakitnya daripada doktor lain.- Mac 2000. Belgium sedang dalam proses menurut jejak Belanda. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

7 PENGKLONAN MANUSIA November Severino Antinori seorang embriologis Itali mendakwa akan emulakan usaha pengklonan manusia. Eksperimennya melibatkan 200 wanita yang menjadi ibu tumpang. Komisyen Eropah mengkritik hebat usaha ini atas alasan teknologi pengklonan manusia masih di peringkat awal, embrio berisiko tinggi dan menyalahi etika kemanusiaan serta hak asasi. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

8 SAMBUNGAN... Usaha pengklonan juga cuba dilakukan di US oleh Advance Cell Technology di mana embrio yang sama genetik dengan penderma wanitanya telah dihasilkan. Pengklonan mula dilakukan pada kambing biri-biri yang dinamakan Dolly. Untuk menghasilkan Dolly 200 embrio musnah dan Dolly juga mengalami masalah penuaan pramatang dan risiko kanser yang tinggi. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

9 SAMBUNGAN... Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) pada Februari 2002 telah mengadakan seminar pengklonan manusia. Resolusinya - patut digubal undang-undang bagi menyokong pendirian Malaysia menentangnya atas dasar bercanggah dengan etka, agama dan moral serta membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

10 SAMBUNGAN... Islam mengharamkan pengklonan manusia kerana ia mengaburkan nasab keturunan seseorang. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA
Internet adalah alat komunikasi canggih yang membolehkan maklumat disebarkan dengan lebih pantas. Pada akta telah digubal di bawah peruntukan Akta Hakcipta 1997 iaitu: Akta Tandatangan Digital 1997 Akta Jenayah Komputer 1997 Akta Teleperubatan 1997 SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

12 Sambungan... 2 lagi akta telah diluluskan pada 1998 iaitu;
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 Kedua-dua akta ini menggantikan Akta Komunikasi 1950 dan Akta penyiaran 1988. Penyalahgunaan internet telah ditangani di negara seperti Australia, Singapura dan Britain di mana kod kandungan laman web telah diperkenalkan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

13 SAMBUNGAN... Di Australia terdapat Akta Perkhidmatan Penyiaran (Perkhidmatan Online) 1999 manakala di Britain terdapat Investigatory Powers Act dan di Singapura terdapat Akta Pihak Berkuasa Penyiaran Langkah ini mungkin wajar diikuti oleh Malaysia. E-dagang juga merupakan kemudahan yang timbul bersama kemudahan internet di mana perdagangan dijalankan melalui komputer. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

14 SAMBUNGAN... Undang-undang berkaitan e-dagang meliputi perlindungan hak cipta, keselamatan akses dan lain-lain perlindungan kepada pengguna. Akta-akta baru: Akta Cakera Optik 2001 Akta Perlindungan Data Akta Penyepaduan Multimedia. Akta Kerajaan Elektronik. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM


Download ppt "POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google