Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH"— Transcript presentasi:

1 BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

2 Nama Ahli Kumpulan (401) Nur Adriana bt Zakaria (KP155101)
Noor Hazifah bt Ahmad (KP154017) Auni Hayati bt Badrul Hisham (KP154101)

3 Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, kita akan dapat, Menyatakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan kesannya. Menjelaskan kepentingan Piagam Madinah Menerangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula Kota Mekah.

4 Pengenalan Madinah terletak di utara Makkah.
Kota yang penting bagi pedagang Arab. Merupakan tempat persinggahan. Penduduknya terdiri daripada Nasrani, Yahudi dan Arab. Suasana hidup kurang aman disebabkan oleh pergeseran yang berlaku dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi. Madinah: bandar bercahaya, juga dikenali dengan nama Yathrib sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW.

5 PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA
Aqabah ialah sebuah tempat yang terletak di antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian peluk Islam. Pada tahun 621M, mereka sekali lagi mengunjungi Nabi Muhammad SAW dan wujud Perjanjian Aqabah pertama. Syarat-syaratnya : Hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul. Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW. Tidak melakukan perkara Jahiliah.

6 Selepas perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad SAW menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam. Pada tahun 622M, satu lagi perjanjian ditandatangani. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah 2. Syarat-syaratnya : Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi Muhammad SAW. Menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah. Secara sukarela mengadakan tempat tinggalkan. Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah. Kesediaan mempertahankan Islam.

7 Kesan Perjanjian Penghantaran utusan dakwah ke Madinah.
Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia. Perlindungan bagi orang Islam Makkah. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin. Berlaku Hijrah dan kewujudan Hijrah. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi SAW melalui Islam. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraisy di Makkah.

8 HIJRAH Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
Dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Baginda bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq. Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq selama lebih kurang 12 hari. Umar al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

9 Konsep Hijrah Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah.
Umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Konteks tamadun Islam, perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam spt berikut: a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah. b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela. c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal. d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

10 Cara Penghijrahan Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan.
Ali bin Abi Talib menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda. Bersama Abu Bakar meninggalkan Makkah. Baginda dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah. Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq dibantu oleh Abdullah bin Arqat.

11 Sebab dan Tujuan Hijrah
Perintah Allah menerusi wahyu. Perintah ini berasaskan ayat al-Quran, iaitu surah al-Anfal. Meneruskan penyebaran Islam. Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik. Untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

12 Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Aqabah I Nabi Muhammad saw memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah. Aqabah II Nabi Muhammad saw memeterai Perjanjian Aqabah Kedua dengan orang Madinah. Tentangan Orang Quraisy Nabi Muhammad saw mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada wahyu Allah. Perintah Hijrah Nabi Muhammad saw ke rumah Abu Bakar al-Siddiq dan memberitahu beliau tentang wahyu Allah memerintahkan baginda suoaya berhijrah. Bersembunyi di Gua Thur Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama tiga malam. Singgah di Quba’ Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar al-Siddiq samapai ke Quba’ dan mendirikan Masjid Quba’. Tiba di Madinah Nabi Muhammad saw mendirikan Masjid al-Nabawi, memepersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar serta membentuk Piagam Madinah.

13 Kepentingan Hijrah Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Wujud Masjid Nabawi. Dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya.

14 Sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang.
Sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi baginda semasa berhijrah. Abdul Rahman bin Auf sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan. Memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad SAW. Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW mengatur strategi perjuangan. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada Quraisy.

15 Piagam Madinah Kandungan Piagam Madinah Kepentingan Piagam Madinah

16 Piagam Madinah Merupakan sebuah perlembagaan bertulis.
Dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi berpandukan wahyu Allah SWT. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah. Masyarakat Islam Madinah : Masyarakat Islam Masyarakat bukan Islam Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya. Dirangka berasaskan persetujuan : orang Islam(Muhajirin dan Ansar) orang bukan Islam(Yahudi dan suku Arab yang lain)

17 Kandungan Piagam Madinah
Piagam Madinah mengandungi 47 fasal : 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggunggjawabnya. 24 fasal membincangkan tanggungjawab orang bukan Islam terhadap negara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia. Merangkumi tujuh aspek penting iaitu bidang politik, sosial, ekonomi, agama, perundangan, pertahanan dan kedudukan yahudi.

18

19 Kepentingan Piagam Madinah
Kerajaan Islam di Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. Perlembagaan diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Nabi Muhammad SAW berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan malahan sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan.

20 Berasaskan keadilan, ekonomi kerajaan Islam di Madinah mula meningkat.
Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. Nilai hidup yang ditanam adalah berasaskan semangat ukhuwah Islamiah. Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama, oleh itu, konsep keadilan sosial telah dipraktikkan di Madinah. Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam. Masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sesebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna. Nabi Muhammad SAW menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sesebuah kerajaan.

21 Piagam Madinah menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan. Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah dan mereka hendklah mematuhi setiap peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman luar. Kerjasama semua masyarakat menyebabkan Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar di sekitarnya dan di Semenanjung Tanah Arab.

22 PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Pada tahun 628 Masihi , orang Islam ingin menziarahi Kota Mekah . Di kota ini,terletak Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam. Hasrat murni orang Islam itu mendapat persetujuan Nabi Muhammad SAW dan pada masa yang sama baginda juga ingin mengerjakan umrah.Namun kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah dihalang orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah. Orang Arab Quraisy bertindak sedemikian kerana merasa maruah mereka tercabar dan risauakan kekuatan orang Islam. Di Hudaibiyah,orang Islam berusaha menjelaskan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar,iaitu Uthman bin Affan. Apabila sampai berita khabar angin kematian Uthman,umat Islam Madinan bersumpah setia membela kematiannya. Orang Arab Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk mengada rundingan.Akhirnya termeterai Perjanjian Hudaibiyah.

23 ISI KANDUNGAN Genjatan senjata selama 10 Tahun
Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam atau Quraisy Makkah Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan tetapi orang Quraisy yang mmemihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan Orang Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya,pada tahun 7 hijrah

24 KEPENTINGAN Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya dan bebas memasuki Makkah dan berpeluang beribadat di Kaabah pada bila-bila masa Bilangan yang memeluk Islam berganda bilangannya dan Islam tersebar dengan aman Islam memperoleh keuntungan jangka panjang melalui pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy iaitu Khalid bin al-Walid,Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad SAW yang unggul dan dikagumi Pengiktirafan kepada kerajaan Islam Madinah

25 PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
Pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah,Nabi Muhammad SAW telah berjaya menguasai semula Kota Makkah

26 SEBAB-SEBAB NABI MUHAMMAD SAW MMEMBUKA KOTA MAKKAH
Kota Makkah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW dan juga tempat lahirnya agama Islam. Orang Arab Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama. Beberapa orang Bani Khuza’ah yang menyebelahi Islam telah dibunuh oleh Arab Quraisy. Pembukaan Makkah adalah strategi jangka panjang untuk meneruskan penyebaran Islam. Baginda berpendapat apabila Makkah dapat dikuasai ,kedudukan kerajaan Islam Makkah akan menjadi lebih mantap.

27 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN KOTA MAKKAH
Nabi Muhammad SAW telah merancang untuk memasuki Kota Makkah secara bijak dan berpegang pada prinsip aman. Sebelum tentera Islam menguasai Kota Makkah ,al-Abbas (bapa saudara baginda)dan ketua orang Quraisy,Abu Sufian memeluk Islam kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini. Nabi Muhammad SAW telah menyediakan 4 pasukan tentera terdiri daripada tentera yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid ,Abu Ubaidah al-Jarrah,Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam. Taktik mengepung Kota Makkah menerusi empat arah berlainan iaitu utara,selatan,timur dan barat dya. Baginda telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang dikepung dengan mengumumkan kata-kata berunsur pengampunan kepada tawanan. Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka semula Kota Makkah.

28 KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
Pengislaman Abu Sufian dan Al-Abbas menjadi faktor penting yang memudahkan Kota Makkah dikuasai oleh orang Islam. Pengislaman kedua-dua pembesar ini menyebabkan orang Arab Quraisy yang lain turut memeluk agama Islam.

29 KESAN-KESAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
Pembukaan semula Kota Makkah menyababkan Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah. Sebaik sahaja berjaya menguasai Kota Makkah ,Nab iMuhammad SAW telah tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Selepas itu,baginda berpidato kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan Sifat pemaaf baginda terhadap orang arab Quraisy yang dikepung sangat ketara. Baginda tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah yang selama ini memusuhi Islam,malah memaafkan mereka. Agama menyembah berhala yang selama ini menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan dan digantikan dengan Islam. Kewujudan kaabah di Makkah menyebabkan kota inimenjadi tumpuan umat Islam dari pelusuk dunia untuk beribadat.

30 RUMUSAN Umumnya,kesabaran,kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dipaparkan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun Islam.Pembentukan kejayaan Islam Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi.Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dapat menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh yang berwawasan,berjiwa besar dan pemaaf.Sifat-sifat ini telah diperlihatkan dalam peristiwa seperti Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628M dan pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630M.Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan murni harus ditanam dalam jiwa kita.Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekal demi memperoleh kejayaan yang cemerlang.Dengan akhlak yang terpuji ini,Nabi Muhammad SAW dapat berhadapan dengan golongan penentang Islam sebelum ini dan menerima mereka sebagai kawan.Inilah ciri dan sifat yang harus dimiliki oleh generasi zaman sekarang.


Download ppt "BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google