Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 6: FORMAT PIRAMID TERBALIK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 6: FORMAT PIRAMID TERBALIK"— Transcript presentasi:

1 UNIT 6: FORMAT PIRAMID TERBALIK

2 Penggunaan Format Piramid Terbalik sebagai panduan menulis berita yang mudah dan berkesan.

3 Setiap penulis berita dan penyunting berita perlu menguasai kemahiran penggunaan Format Piramid Terbalik untuk menghasilkan berita yang berkualiti.

4

5 Format ini meletakkan:-
maklumat yang tinggi nilainya pada bahagian awal cerita iaitu di para 1 dan kedua Lead. maklumat yang mempunyai nilai berita yang rendah di bahagian akhir (penutup berita)

6 Tujuan Penggunaan Format Piramid Terbalik
1. Memudahkan pembaca yang sangat sibuk untuk segera membaca berita yang dianggapnya menarik atau penting yang ingin diketahuinya.

7 2. Memudahkan editor menyunting berita yang dianggap kurang atau tidak penting atau ruangan yang ada sangat terbatas.

8 3. Memudahkan wartawan menyusun maklumat untuk menghindari kemungkinan adanya fakta yang tertinggal atau tidak dilaporkan.

9 4. Digunakan untuk mengawal penyampaian berita berdasarkan ruang dan masa yang terbatas.

10 5. Membantu wartawan untuk menyusun berita secara logik, mengikut keutamaan.

11 Susunan dalam Format Piramid Terbalik

12 Sebagai contoh: katakan anda perlu menulis berita sebanyak 5 para, maka susunannya:-
a. Penulisan maklumat penting di para 1 dan 2 b. Penambahan maklumat di para 3 & 4 c. Penulisan penutup di para 5

13 LATIHAN

14 1 "Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat. 2 "Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba. 3 Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu. 4 Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu. 5 Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan.

15 JAWAPANNYA…

16 1 Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu. 2 Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan. 3 Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu. 4 "Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat. 5 "Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba.


Download ppt "UNIT 6: FORMAT PIRAMID TERBALIK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google