Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA."— Transcript presentasi:

1 KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA

2 Jenis Media Massa Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya.

3 BERITA Nilai-nilai berita (News Values):
sesuatu yang biasa tetapi gah: - misalnya, berita yang melaporkan tentang bendera terbesar. sesuatu yang negatif dan bercanggah: - misalnya, berita yang melaporkan tentang ajaran sesat. sesuatu yang luarbiasa dan tidak diduga: - misalnya, berita yang melaporkan tentang tanah runtuh.

4 Sambg: sesuatu yang berkaitan dengan budaya setempat:
- misalnya, berita yang melaporkan upacara perayaan setempat yang unik. sesuatu yang jarang berlaku tetapi mempunyai frekuansi: - misalnya, berita yang melaporkan berhubung selebriti menderma darah.

5 Sifat-sifat berita: Penting Lengkap Benar Cermat Cepat Objektif.

6 LENGKAP What – apakah yang berlaku atau akan berlaku?
Where – di mana ia berlaku atau akan berlaku? When – bila ia berlaku atau akan berlaku? Who – siapa sumber yang terlibat atau siapa pelaku? Why – mengapa ia berlaku atau akan berlaku? How – bagaimana ia berlaku atau akan berlaku?

7 Sumber- sumber Pemberitaan:
Sidang Akhbar (Press Conference) - di mana sesi soal-jawab berlaku. Faks/ Bahan bercetak (Fax/ Handouts) - apabila wartawan perlu menyaring. Panggilan Keluar (Call-out) - apabila wartawan menghubungi sumber/ figura. Wawancara (Interview) - apabila wartawan mewawancara sumber.

8 Sambg: 5) Panggilan masuk (Out-call)
- apabila sumber/ figura menghubungi waratawan. Penterjemahan (Translation) - apabila wartawan hanya menterjemah di pejabat. 7) Peninjauan (Surveillance) - apabila wartawan perlu meninjau mencari berita.

9 Sudut-sudut Pemberitaan (Brooks,1996)
Faktor Masa (Timeliness Factor) Faktor Status (Prominence Factor) Faktor Jarak (Proximity Factor) Faktor Kemanusiaan (Human Interest Factor) Faktor Kesan Berturutan (Consequential Factor)

10 Media elektronik Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsol permainan, komputer, telefon dan lain-lain.

11 TELEVISYEN Televisyen merupakan satu medium yang amat berpengaruh yang berupaya untuk memujuk dan mempengaruhi penonton. Ia merupakan media yang mempunyai elemen audio dan visual.

12 Perkembangan Televisyen
Media ini mula diperkenalkan kepada masyarakat di awal tahun an di Amerika Syarikat. Di awal kemunculan media ini, memang terdapat banyak kontroversi yang tercetus ekoran dari ciptaan satu lagi media-massa. Pengkaji komunikasi membahagikan zaman kegemilangan televisyen kepada dua era – 1952 – 1960 dan kedua, 1960 – 1980.

13 Sambg: Bagi era pertama (1952 – 1960), ia dikatakan sebagai zaman kegemilangan televisyen kerana program-program yang diterbitkan terdiri dari pelbagai genre dan bermutu tinggi. Bagi era kedua – – 1980, ia dikatakan zaman kegemilangan televisyen kerana program-program televisyen mula memaparkan isu-isu sosial, politik, ekonomi – merupakan isu-isu yang “real” yang dihadapi oleh masyarakat.

14 Kesan Televisyen Terhadap Audiens
1 ) Keganasan – Teori Pemupukan (Cultivation Analysis) Apabila kita membicarakan tentang televisyen, kita tidak boleh lari dari membincangkan soal kesan keganasan program yang ditayangkan. Teori Pemupukan Budaya yang diperkenalkan oleh George Gerbner diwujudkan apabila beliau mengkaji elemen ini di televisyen. Menurut Gerbner, apabila penonton didedahkan kepada suatu imej yang sama dari televisyen secara berulang-ulang, ia akan menyebabkan penonton membentuk satu pandangan umum yang selari dengan apa yang dilihatnya di televisyen.

15 2) Teori Kartasis Menurut Joseph R.Dominick (1999), televisyen berupaya membentuk sikap, persepsi dan kepercayaan seseorang itu dalam proses sosialisasi. Mengenai isu kesan program TV yang ganas ke atas audiens, “Surgeon General’s Report” mendapati perdebatan mengenai isu ini menimbulkan satu perkara yang menarik iaitu fenomena kartasis. “Kartasis” atau juga dikenali sebagai “sublimation” bermaksud menonton adegan yang ganas dapat mengeluarkan atau memuaskan keinginan yang ganas dalam diri individu , yang akhirnya membawa kepada pengurangan rasa ganas itu.

16 MEDIA BARU : INTERNET Internet atau lebih dikenali sebagai media baru adalah media hasil penggabungan beberapa teknologi dari media tradisional. Ciri-ciri dalam media baru ialah ianya bersifat interaktif dan digital yang membezakan antara media tradisional. Selain itu, ia mempunyai sifat menyimpan maklumat secara digital, mengeluarkan dan menyebarkan maklumat. Media baru meliputi – CDs, DVD, kabel, satelit tv, teknologi broadband.

17 ISU EKONOMI DIGITAL (INTERNET)
Ini mewujudkan fenomena media sejagat (global media). Beberapa isu yang timbul ekoran dari ledakan revolusi informasi iaitu :- (a) Wujudnya sistem modal kapitalis sejagat (global capitalism); (b) Isu akses kepada hak bersuara dan sistem demokrasi – dunia siber;


Download ppt "KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google