Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1"— Transcript presentasi:

1 LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1

2 SISTEM KOMPUTER

3 PERANTI INPUT

4 FUNGSI PERANTI INPUT Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output. Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :

5 PAPAN KEKUNCI Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.

6 MESIN PENGIMBAS  Peranti inI menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain

7 KAMERA DIGITAL Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.

8 PERANTI OUTPUT

9 FUNGSI PERANTI OUTPUT Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna. Peranti output menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. 

10 MONITOR Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.

11 PROJEKTOR LCD Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas

12 PENCETAK Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenali salinan hard copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot- Matrix dan Pencetak Plotters.

13 TUGASAN Satu kumpulan terdiri 4 orang.
Cari maklumat tentang peranti input dan output menggunakan internet. Sediakan slaid persembahan Powerpoint. Persembahkan slaid Powerpoint di kelas.


Download ppt "LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google