Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Bahagian – Bahagian PLC
Pengenalan PLC Bahagian – Bahagian PLC
2
Hasil Pembelajaran (LO)
Di akhir pembelajaran ini, para pelajar dapat mengenalpasti bahagian-bahagian PLC dan fungsi setiap bahagian tersebut : Unit Pemprosesan Pusat Unit Ingatan Unit Input dan Output Unit Pengaturcaraan Unit Bekalan Kuasa
3
Unit Pemprosesan Pusat
Unit yang terpenting di dalam binaan sesebuah PLC. Terletaknya satu cip litar terkamil iaitu cip mikropemproses yang mengawal keseluruhan proses operasi kawalan PLC. Mikropemproses mengandungi unit arithmatik , unit kawalan dan beberapa bilangan unit ingatan yang dikenali sebagai pendaftar.
4
Unit Ingatan Unit ini mengandungi 2 jenis ingatan iaitu :
RAM (Random Access Memory) ROM (Read Only Memory)
5
RAM (Random Access Memory)
Ingatan jenis baca / tulis dan mudah diaturcarakan dan diperbaiki. Semua aturcara pengguna disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara ini akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya.
6
ROM (Read Only Memory) Ingatan jenis baca sahaja.
Aturcara sistem disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya. Peralatan khas digunakan untuk memadam aturcara yang terdapat di dalamnya.
7
Unit Masukan (Input) Unit dimana peranti masukan (suis,penderia) disambungkan kepadanya. Menukarkan isyarat masukan daripada peranti masukan kepada isyarat yang boleh diproses oleh PLC. Menghantarkan isyarat tersebut kepada unit kawalan pusat.
8
Jenis –Jenis Masukan Peranti Binaan Simbol Punat tekan Mula
(Push Button Start) Punat Tekan Henti (Push Button Stop) Suis Penghad (Limit Switch)
9
Unit Keluaran (Output)
Unit dimana peranti keluaran (motor, Lampu, siren ) disambungkan kepadanya. Menukarkan isyarat PLC kepada isyarat yang sesuai untuk peranti keluaran bagi melaksanakan tugas.
10
Jenis – Jenis Keluaran Peranti Binaan Simbol Motor M Solenoid
Lampu Pandu (Pilot Lamp) M
11
Jenis – Jenis Keluaran Peranti Binaan Simbol Penghidup Motor
(Motor Starter) Geganti (Relay) Loceng (Buzzer)
12
Unit Pengaturcaraan Peralatan yang digunakan untuk memasukkan aturcara PLC. Terdiri daripada dua peranti iaitu : 1. Konsol 2. Komputer.
13
Unit Bekalan Kuasa Membekalkan kuasa kepada :
1. Unit Pemprosesan Pusat 2. Unit Input 3. Unit Output.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.