Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)"— Transcript presentasi:

1 Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
Dr. Hasnah binti Mohamad /

2 PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

3 PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna dinilai berdasarkan: Bahasa yang baik, mudah dan praktis. Bahasa yang berkesan Bahasa yang indah

4 Bahasa yang baik, mudah dan praktis
Mematuhi peraturan tatabahasa Senang dipelajari Mudah digunakan untuk pelbagai situasi

5 Bahasa yang berkesan Mampu menyampaikan gagasan secara tepat Mampu menghuraikan ilmu tinggi

6 Gory Kraf (1980) – ayat yg berkesan
Ada 6 asas Kesatuan gagasan (satu idea) Kepaduan (penggunaan kata sendi, kata hubung, dll yg betul dlm ayat) Penekanan (penegasan ttg sst idea yg ingin ditonjolkan) Variasi (untuk mengelakkan kejemuan)

7 …sambungan 5. Kesejajaran (penggunaan unsur yang sejajar dlm ayat)
…perlu diimbangi dengan pengembangan bahan-bahan bahasa, penilaian terhadap hasil pembinaan tadi, dan perubahan strategi… …perlu diimbangi dengan pengembangan bahan-bahan bahasa, menilai hasil pembinaan tadi, dan perubahan strategi…

8 …sambungan 6. Penalaran dan logika (konsep kebermaknaan)
…jikalau tiada puncak gunung Himalaya, maka tak mungkin manusia ingin mendaki bukit!” (perbandingan yang tidak wajar)

9 Untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai
bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. KEINTELEKTUALAN BAHASA Keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan keupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.

10 KESEMPURNAAN BAHASA Kecendekiaan – berupaya menyampaikan idea
Bahasa dikatakan mencapai tahap kesempurnaan apabila mempunyai ciri-ciri berikut : Kecendekiaan – berupaya menyampaikan idea Kepelbagaian – penyampaian idea yang beraneka, ikut konteks Kelenturan – dapat disesuaikan ikut keadaan Kepraktisan – mudah digunakan Keberkesanan – dapat menepati sst tujuan, tersurat/tersirat Ketertiban – urutan fakta yg sistematik Kesederhanaan – ungkap idea secara pertengahan, terkawal Ketekalan – wujud peraturan untuk ketertiban Keberadaban – berbahasa dengan sopan Keindahan – unsur bahasa kreatif dan imaginatif, bunyi, pilihan kata, frasa, dll.

11 FUNGSI BAHASA

12 Faktor penggerak fungsi bahasa ialah;
Kemahiran berbahasa Menggunakan bahasa yang baku Fonologi Morfologi Sintaksis Kemahiran mendengar dan bertutur, serta membaca, menulis

13 PEMBAKUAN BAHASA Usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3) Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa, iaitu sistem sebutan, ejaan, peristilahan, tatabahasa, dan kosa kata (perkamusan).

14 Konsep Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa
Makna kata baku mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W. J.S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953 ialah : Yang menjadi pokok, yang sebenarnya. Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran. Kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa dan digunakan dalam situasi rasmi, seperti dalam penulisan dan pengajaran. Lazimnya kelainan ini berasaskan pertuturan golongan berpendidikan dalam masyarakat. (Kamus Linguistik, DBP (1997))

15 Kamus Dewan (1970) : Yang pokok, yang dasar, yang sebenar. Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya), standard. Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku ialah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah(kedudukan geografi) yang wujud.

16 (Nik Safiah Karim, 1988). Bahasa baku ialah bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi. (Awang Sariyan,1989) Satu ragam bahasa yang digunakan untuk susunan dan keperluan rasmi atau formal.

17 Bentuk Penggunaan Bahasa
Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Ada dua variasi utama, Bernstein (1968) : Bahasa terhad (restricted code) Bahasa terbina (elaborated code)

18 Bahasa Terhad - variasi bahasa yg digunakan oleh penutur dalam situasi biasa, kenal rapat antara satu sama lain Ciri Bahasa Terhad Bersifat ringkas Mengandungi kependekan atau singkatan Amat bergantung pada konteks Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan

19 Bahasa Terbina – variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri kompleks.
Ciri Bahasa Terbina Bersifat kompleks Mempunyai susunan yang teratur dan rapi Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama. Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci.

20 Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, bahasa terbina merupakan variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku.

21 Ciri Bahasa Baku Sesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku jika mempunyai ciri yang berikut : Bersifat terbuka- dapat terima pembaharuan/pengubahsuaian Bersifat stabil- mempunyai sistem (ejaan, tatabahasa,dll.) Bersifat cendekia (intelektual)- dapat ungkapkan sst dgn tepat Bersifat pemersatu- cth. adanya bentuk baku untuk menyatukan kawasan dialek Bersifat pemisah- antara bahasa dengan bahasa lain, antara bahasa baku dgn dialek Berprestij- status sosial penutur Bersifat rangka rujukan- ukuran ketepatan penggunaan bahasa Kekerapan penggunaan- kerap digunakan (pelbagai fungsi) Sejarah atau tradisi penggunaan- bahasa yg telah lama digunakan oleh golongan pemerintah Pengaruh penggunaan- pengaruh terhadap kesusasteraan bertulis pd sst zaman.

22 Aspek Penting dalam Pembakuan Bahasa
Sistem ejaan Sebutan Peristilahan Kosa kata (perkamusan) Tatabahasa Laras bahasa

23 “Cintailah Bahasa Kita…”
Sekian, terima kasih. “Cintailah Bahasa Kita…”


Download ppt "Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google