Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Latihan Microsoft® Office Outlook® 2007

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Latihan Microsoft® Office Outlook® 2007"— Transcript presentasi:

1 Latihan Microsoft® Office Outlook® 2007
[Nota kepada jurulatih: Untuk bantuan terperinci dalam menyesuaikan templat ini, lihat slaid terakhir. Juga, lihat teks pelajaran tambahan dalam anak tetingkap nota sesetengah slaid.] Bermula dengan pantas

2 Kandungan kursus Gambaran keseluruhan: Versi baru Outlook
Pelajaran 1: Mengenali Reben Pelajaran 2: Mencari perintah harian Pelajaran 3: Hantar dan terima lampiran dan gambar Setiap pelajaran disertakan dengan satu senarai tugas yang disyorkan dan satu set soalan ujian.

3 Gambaran keseluruhan: Versi baru Outlook
Awas! Terdapat versi baru Outlook. Reka bentuk dan ciri-ciri baru akan membantu awda melaksanakan tugas harian dengan efisien dan mudah.

4 Matlamat kursus Bergerak di dalam Outlook 2007.
Mencari perintah pada Reben dan melakukan perkara harian: membaca dan menghantar e-mel, berurusan dengan temu janji dan mesyuarat, dan menggunakan orang hubungan awda. Menghantar dan menerima gambar dan lampiran. Menentukan penerima boleh membuka fail lampiran yang menggunakan format fail keluaran Microsoft Office baru.

5 Pelajaran 1 Mengenali Reben

6 Mengenali Reben Awda akan melihat Reben pada pertama kali awda mencipta mesej dalam Outlook (atau membuka mesej yang diterima). Ia adalah jalur yang melintang di sebelah atas tetingkap. Reben Kalendar Orang Hubungan Bar Untuk Dilakukan Ia berada di sana untuk membantu awda melaksanakan tugas dengan lebih mudah tanpa terlalu banyak langkah. Dan perkara baik bukan berakhir dengan Reben sahaja – terdapat lebih banyak lagi untuk membantu awda bekerja dengan lebih cepat dan lebih efisien. Di antaranya adalah Bar Untuk Dilakukan, navigasi baru dalam kalendar, dan format baru bagi orang hubungan.

7 Memperkenalkan Reben Di sini adalah mesej e-mel baru. Reben berada di sebelah paling atas tetingkap. Reben akan kelihatan setiap kali awda mencipta atau mengedit dalam Outlook. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Buku Alamat Tampal Format Pengecat Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Microsoft membuat kajian teliti bagaimana para pengguna menggunakan perintah dalam Outlook. Hasilnya, beberapa perintah Outlook adalah lebih menonjol, perintah biasa dipapar dan dikumpulkan dalam cara ia lebih mudah dicari dan digunakan. Secara khususnya, awda akan menjumpai Reben apabila awda mencipta atau mengubah mesej e-mel, item kalendar, orang hubungan, tugas, atau entri jurnal. Nota: Jika awda telah menggunakan Microsoft Office Word 2007, Reben bagi mesej Outlook sudah menjadi kebiasaan kepada awda. Oleh kerana editor Outlook 2007 adalah berdasarkan Word 2007, kebanyakan perintah dan pilihan yang terdapat dalam Word juga terdapat apabila awda mencipta mesej dalam Outlook.

8 Melihat Reben dengan lebih dekat
Bagi membantu awda belajar bagaimana menggunakan Reben dengan lebih baik lagi, di sini adalah panduan mengenai susunan asasnya. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Buku Alamat Tampal Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Nama Kepada… Sk… Hantar Subjek: Tab: Reben terdiri daripada pelbagai tab yang berbeza, setiap satu berkait dengan tugas khusus yang awda lakukan dalam Outlook. Kumpulan: Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan yang menunjukkan item yang berkait bersama. Perintah: Satu perintah adalah satu bebutang, satu kotak untuk memasukkan maklumat, atau satu menu. Tab: Pada tab terdapat perintah dan bebutang yang awda telah gunakan sebelum ini. Tab Mesej ditunjukkan di sini. Kumpulan: Teks Asas, ditunjukkan di sini, adalah satu kumpulan. Perintah: Bebutang Tebal senarai Fon (yang mana gambar di sini menunjukkan fon Calibri) adalah perintah. Perintah yang paling biasa digunakan, seperti Tampal, mempunyai bebutang terbesar.

9 Reben menunjukkan apa yang awda perlukan
Sekali lagi, awda bertemu Reben apabila awda melakukan apa-apa tindakan seperti mencipta mesej, kemasukan kalendar, atau orang hubungan. Reben menunjukkan tab dan perintah yang sesuai dengan tugas yang awda lakukan. Iaitu, tab pada reben akan berbeza bergantung kepada kawasan kerja dalam Outlook yang awda sedang gunakan.

10 Reben menunjukkan apa yang awda perlukan
Gambar menunjukkan beberapa perbezaan ini. Satu mesej baru menunjukkan tab Mesej dan Pilihan. Satu temu janji baru menunjukkan tab Janji Temu. Satu orang hubungan baru menunjukkan tab Orang Hubungan. Tab Mesej dan Pilihan mempunyai kumpulan dan perintah yang awda akan gunakan apabila menulis dan menghantar mesej. Tab Janji Temu mempunyai kumpulan dan perintah khusus untuk bekerja dengan kemasukan kalendar. Tab Orang Hubungan mempunyai kumpulan dan perintah untuk membantu awda menyimpan maklumat orang hubungan terkini.

11 Menjangkaui apa yang dilihat
Satu anak panah kecil di sebelah bawah kumpulan bermakna terdapat perkara lain yang boleh awda lihat di dalamnya. Bebutang ini dipanggil Pelancar Kotak Dialog. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Tampal Buku Alamat Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Hantar Fon Jarak Aksara Gambar menunjukkan cara untuk melihat senarai penuh pilihan fon, awda perlu klik anak panah di sebelah kumpulan Teks Asas pada tab Mesej di dalam mesej e- mel baru.

12 Bar Alat Capaian Segera
Bar Alat Capaian Segera adalah bar alat yang kecil di sebelah atas Reben. Ia berada di sana untuk membuat perintah yang paling awda perlukan dan gunakan tersedia. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Tampal Buku Alamat Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Apa yang terbaik mengenai Bar Alat Capaian Segera? Apa yang diperlukan terpulang kepada awda. Iaitu, awda boleh menambah perintah kegemaran awda dengan satu klik kanan yang mudah. Kad Rujukan Cepat, yang dipaut kepada hujung kursus ini, termasuklah langkah terperinci untuk menambah perintah kepada Bar Alat Capaian Segera.

13 Bar Alat Capaian Segera
Awda akan lihat dan gunakan Bar Alat Capaian Segera berlainan bergantung kepada kawasan Outlook yang awda sedang gunakan. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Tampal Buku Alamat Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Sebagai contoh, penyesuaian yang awda buat pada Bar Alat Capaian Segera bagi mesej yang awda hantar tidak boleh dilihat pada Bar Alat Capaian Segera bagi Orang Hubungan.

14 Lebih mengenai pilihan
Dalam Outlook 2007, awda boleh set pilihan dari beberapa lokasi lain. Peti Masuk – Microsoft Outlook Fail Edit Paparan Pergi Alat Tindakan Bantu Mesej Sisip Pilihan Teks Format Cipta Item Outlook Baru Mesej Mel Baru Mel Mesej Janji Temu Simpan Ajak Mesyuarat Tutup Pilihan Editor Pilihan bagi menulis e-mel Jika awda ingin mengubah seting bagi menulis e-mel – sebagai contoh, untuk membuat penyemak ejaan berhenti mengabaikan perkataan huruf besar – awda boleh lakukannya dari kotak dialog Pilihan Editor.

15 Lebih mengenai pilihan
Dalam Outlook 2007, awda boleh set pilihan dari beberapa lokasi lain. Peti Masuk – Microsoft Outlook Fail Edit Paparan Pergi Alat Tindakan Bantu Mesej Sisip Pilihan Teks Format Cipta Item Outlook Baru Mesej Mel Baru Mel Mesej Janji Temu Simpan Ajak Mesyuarat Tutup Pilihan Editor Mula dengan mencipta satu mesej, kemudian lakukan seperti berikut: Nota: Sesetengah seting, seperti yang awda set dalam kawasan Peribadikan dalam tetingkap Pilihan Editor, dikongsi bersama di antara semua atur cara sistem Office Tetapi, kebanyakan perubahan yang awda lakukan dalam Pilihan Editor hanya akan berlaku ke atas Outlook. Klik bebutang Microsoft Office Klik Pilihan Editor.

16 Lebih mengenai pilihan
Dalam Outlook 2007, awda boleh set pilihan dari beberapa lokasi lain. Peti Masuk – Microsoft Outlook Fail Edit Paparan Pergi Alat Tindakan Bantu Mesej Sisip Pilihan Teks Format Cipta Item Outlook Baru Mesej Mel Baru Mel Mesej Janji Temu Simpan Ajak Mesyuarat Tutup Pilihan Editor Pilihan bagi menghantar e-mel Sebagai contoh, awda boleh memilih sama ada mesej keluar diformatkan dalam Teks Biasa, HTML, atau Teks Beraneka. Awda juga boleh mengubah di mana awda menyimpan salinan mesej yang telah dihantar (awda boleh tentukan sama ada awda perlu menyimpan satu salinan atau tidak). Apabila awda menghantar mesej e-mel, awda boleh memilih bagaimana mesej itu dihantar. Awda set pilihan ini daripada tab yang tersedia pada Reben bagi mesej yang terbuka itu.

17 Lebih mengenai yang terbaru: Bar Untuk Dilakukan
Terletak pada hujung sebelah kanan tetingkap, Bar Untuk Dilakukan akan kelihatan apabila awda bekerja menggunakan Outlook. Bar Untuk Dilakukan Jun 2007 Disusun Oleh: Tarikh Siap Taip tugas baru Hari Ini Bar Untuk Dilakukan berada di sana untuk membantu awda menjejak tugas dan temu janji yang akan datang. Awda boleh lihat Bar Untuk Dilakukan dari Mel, Kalendar, Orang Hubungan, dan sebagainya.

18 Lebih mengenai yang terbaru: Bar Untuk Dilakukan
Terletak pada hujung sebelah kanan tetingkap, Bar Untuk Dilakukan akan kelihatan apabila awda bekerja menggunakan Outlook. Bar Untuk Dilakukan Jun 2007 Disusun Oleh: Tarikh Siap Taip tugas baru Hari Ini Gambar menunjukkan beberapa unsur utamanya: Navigator Tarikh Temu janji kalendar yang akan datang Halaman untuk memasukkan tugas baru dengan menaip Senarai tugas awda

19 Wajah baru kalendar Reka bentuk kalendar dalam Outlook memudahkan awda melihat setiap perincian. Pergerakan juga lebih mudah. Hari Minggu Bulan Tayang minggu kerja Tayang minggu penuh 4 – 8 Jun, 2007 Gelintar Kalendar Isnin Selasa Rabu Khamis 9 00 Tayang tugas pada: Tarikh Siap Tugas Gambar menunjukkan beberapa contoh: Bebutang besar memudah dan mempercepatkan pertukaran di antara paparan kalendar harian, mingguan, dan bulanan. Bebutang Ke Belakang dan Ke Depan membolehkan awda pergi ke hari, minggu, atau bulan berikutnya dalam kalendar dengan cepat.

20 Wajah baru kalendar Reka bentuk kalendar dalam Outlook memudahkan awda melihat setiap perincian. Pergerakan juga lebih mudah. Hari Minggu Bulan Tayang minggu kerja Tayang minggu penuh 4 – 8 Jun, 2007 Gelintar Kalendar Isnin Selasa Rabu Khamis 9 00 Tayang tugas pada: Tarikh Siap Tugas Gambar menunjukkan beberapa contoh: Dalam kawasan Tugas, item yang selesai muncul bersilang dan “melekat” kepada hari, tugas yang belum ditandai selesai akan dihantar secara automatik ke hari berikutnya, sehinggalah awda menyelesaikannya. Kawasan Tugas menunjukkan tugas semasa dan akan datang awda dan juga menjejaki pelaksanaannya.

21 Wajah baru orang hubungan
Dalam Outlook 2007, Kad Perniagaan Elektronik memudahkan paparan orang hubungan dan perkongsian maklumat. Orang Hubungan Jordan, Katie Jörgensen, Gundrun Katie Jordan Gundrun Jörgensen Anak Tingkap Navigasi Lund, Katie Tupy, Richard Pia Lund Richard Tupy Klik Orang Hubungan untuk bertukar kepada kawasan Outlook tersebut. Awda boleh menghantar Kad Perniagaan Elektronik melalui e-mel. Awda boleh sertakan Kad Perniagaan Elektronik awda sendiri sebagai sebahagian daripada tandatangan e-mel.

22 Wajah baru orang hubungan
Perhatikan dalam gambar ini, Anak Tingkap Navigasi diminimumkan untuk menunjukkan lebih banyak anak tetingkap Orang Hubungan. Orang Hubungan Jordan, Katie Jörgensen, Gundrun Katie Jordan Gundrun Jörgensen Anak Tingkap Navigasi Lund, Katie Tupy, Richard Pia Lund Richard Tupy Awda boleh meminimumkan Anak Tingkap Navigasi dari mana-mana kawasan Outlook dengan mengklik bebutang Meminimumkan Anak Tingkap Navigasi. Petua: Perhatikan juga dalam gambar, Anak Tingkap Navigasi diminimumkan untuk menunjukkan lebih banyak anak tetingkap Orang Hubungan. Awda boleh meminimumkan Anak Tingkap Navigasi dari mana-mana kawasan dengan mengklik bebutang Meminimumkan Anak Tingkap Navigasi.

23 Cadangan untuk latihan
Cipta mesej dan lihat Reben. Buka mesej dan lihat Reben bagi mesej yang diterima. Set pilihan atur cara, pilihan editor e-mel, dan pilihan mesej e-mel. Jelajahi Bar Untuk Dilakukan dan lihat bagaimana menyesuaikannya. Lihat sekeliling kalendar awda dan lihat Orang hubungan dalam paparan baru Kad Perniagaan (pilihan). [Nota kepada jurulatih: Dengan Outlook 2007 dipasang pada komputer awda, awda boleh klik pautan dalam slaid untuk pergi ke latihan dalam talian. Dalam latihan ini, awda boleh melakukan setiap tugas dalam Outlook, dengan arahan untuk membantu awda. Penting: Jika awda tidak mempunyai Outlook 2007, awda tidak boleh mengakses arahan latihan tersebut.]

24 Ujian 1, soalan 1 Reben akan kelihatan sama bagi mesej e-mel baru dan mesej e-mel yang diterima. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

25 Ujian 1, soalan 1: Jawapan Salah.
Apa yang terdapat pada Reben akan berlainan kerana keperluan awda berurusan dengan mesej e-mel baru dan yang diterima adalah berlainan.

26 Ujian 1, soalan 2 Awda telah bertukar kepada kalendar dan awda bersedia untuk menjelajahinya. Bagi menyediakan halaman dalam tetingkap Outlook untuk melihatnya, apakah di antara yang berikut awda boleh lakukan dari dalam Outlook? (Pilih satu jawapan.) Gunakan bebutang di sebelah atas untuk menyorok butiran. Meminimumkan Anak Tingkap Navigasi. Ubah seting resolusi skrin awda.

27 Ujian 1, soalan 2: Jawapan Meminimumkan Anak Tingkap Navigasi.
Dalam versi Outlook ini, awda boleh meminimumkan Anak Tingkap Navigasi dengan mengklik bebutang Meminimumkan Anak Tingkap Navigasi.

28 Pelajaran 2 Cari perintah harian

29 Cari perintah harian Awda telah memasang Outlook 2007 dan awda telah meluangkan masa belajar mengenai beberapa cara ia berbeza daripada versi yang lalu. Sekarang adalah masa untuk memulakan kerja. Adakah mudah melakukan perkara yang awda perlu lakukan dalam Outlook? Pelajaran ini akan menunjukkan bahawa jawapannya adalah ya.

30 Cipta mesej baru Sekarang adalah masa menulis dan menghantar mesej e- mel awda yang pertama menggunakan Outlook baru. Apa yang awda perlu tahu? Peti Masuk Baru Mesej Sisip Pilihan Teks Format Mel Potong Salin Tampal Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Dalam mesej baru, pertama sekali sesuaikan diri dengan Reben. Tab Mesej berada di sebelah atas, dengan perintah yang kemungkinan besar awda akan gunakan setiap kali awda mencipta dan menghantar mesej.

31 Cipta mesej baru Menggunakan tab lain
Peti Masuk Baru Mesej Sisip Pilihan Teks Format Jika awda menghadapi masalah mencari perintah atau bebutang, awda boleh melihat tab yang lain. Mel Potong Salin Tampal Format Pengecat Papan Klip Papan Klip Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Sebagai contoh, untuk menyisip gambar supaya ia kelihatan selari dengan teks dalam mesej awda (bukan sebagai lampiran berlainan), awda perlu bertukar kepada tab Sisip. Nota: Ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang perlu diingat: Sesetengah kumpulan dan bebutang hanya boleh didapati apabila kursor berada dalam jasad mesej e-mel. Sebagai contoh, perintah pemformatan pada tab Teks Asas tidak boleh didapati apabila kursor berada dalam medan Kepada atau medan Subjek; untuk menggunakan perintah tersebut, awda perlu mengalih kursor ke dalam jasad mesej.

32 Gunakan Buku Alamat untuk menambah penerima
Gunakan Buku Alamat untuk menambah nama pada medan Kepada, Sk, dan Sks. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Potong Salin Tampal Buku Alamat Format Pengecat Papan Klip Teks Asas Kepada… Sk… Hantar Subjek: Awda akan lihat perintah Buku Alamat pada tab Mesej.

33 Tayang atau sembunyi medan Sks
Jika awda memilih untuk menaip alamat e-mel secara terus dalam kotak Kepada dan Sk, awda juga mungkin ingin tahu cara awda boleh menunjukkan medan Sks supaya awda boleh menaip nama di sana juga. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Tayangkan Sks Tayangkan Daripada Medan Kepada… Sk… Hantar Sks… Subjek: Gambar menunjukkan lokasi perintah Tayangkan Sks. Seperti yang awda lihat, awda boleh melihatnya pada tab Pilihan. Awda boleh gunakan Sks (ringkasan bagi salinan karbon selindung) untuk menghantar mesej tanpa mendedahkan nama penerima di antara satu sama lain – satu cara untuk menghormati privasi mereka yang menerima e-mel awda. Petua: Awda boleh tayang atau sembunyikan medan Sks mengikut keperluan dengan menambah bebutang Tayangkan Sks pada Bar Alat Capaian Segera. Tetapi, awda tidak perlu pasangkan atau padamkan medan Sks setiap kali awda menghantar mesej; medan Sks tidak akan ditayangkan pada mesej yang diterima, walaupun awda tidak memadamkannya dalam mesej yang dihantar.

34 Sertakan tandatangan awda
Adakah awda ingin sertakan tandatangan e-mel peribadi pada akhir mesej Outlook awda? Kepada… Kepada… Kepada… Sk… Sk… Sk… Hantar Hantar Hantar Subjek: Subjek: Subjek: Yang benar, PIA LUND Pengarah Pemasaran Contoso Ltd. (w) (m) Bergembiralah! Pia Yang benar, Pia Lund Tandatangan E-mel boleh memainkan peranan dalam memberi maklumat orang hubungan, menjadikan identiti awda atau sekutu awda jelas dengan segera, dan membantu menutup mesej dengan nada yang sesuai.

35 Sertakan tandatangan awda
Awda boleh mengubah tandatangan sedia ada atau cipta yang baru, di samping membuat seting tandatangan lalai. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Buku Alamat Semak Nama Lampir Fail Kad Perniagaan Kalendar Tandatangan Susulan Teks Asas Nama Termasuk Perniagaan Peribadi Tandatangan… Mula dengan mengklik anak panah di bawah perintah Tandatangan. Gambar menunjukkan apa yang berlaku seterusnya: Jika awda telah mencipta tandatangan sebelum ini, awda akan lihat ia disenaraikan di sini. Untuk mencipta tandatangan baru, set tandatangan lalai, atau ubah tandatangan sedia ada, klik Tandatangan.

36 Gunakan bendera dan peringatan
Bendera dan peringatan boleh membantu awda dan lain-lain ingat perkara yang perlu dilakukan. Nama Lampir Fail Susulan Termasuk Hari Ini Esok Kepada… Minggu Ini Sk… Hantar Subjek: Tambah Peringatan Buang Bendera Bendera untuk Penerima Peti Masuk Untuk menambah bendera, peringatan, atau kedua-duanya sekali semasa awda mencipta mesej, mula dengan mengklik Susulan dalam kumpulan Pilihan bagi mesej baru.

37 Gunakan bendera dan peringatan
Susulan untuk awda Nama Lampir Fail Susulan Katakan awda menghantar mesej kepada rakan kerja awda yang menyatakan “Saya akan membuat susulan dengan awda esok.” Termasuk Hari Ini Esok Kepada… Minggu Ini Sk… Hantar Subjek: Tambah Peringatan Buang Bendera Bendera untuk Penerima Peti Masuk Untuk memastikan awda ingat untuk melakukannya, tandakan bendera kepada mesej berkenaan dengan mengklik Susulan dan kemudian klik Esok. Mesej ini ditandakan dengan bendera dan ditambah kepada senarai Untuk Dilakukan dalam Tugas. Ia juga dipaparkan sebagai satu item dalam Bar Untuk Dilakukan awda sendiri. Mesej itu sendiri akan dialih ke folder Item Hantar sebaik sahaja awda menghantar mesej.

38 Gunakan bendera dan peringatan
Susulan untuk penerima Nama Lampir Fail Susulan Awda juga boleh sertakan tanda bendera susulan kepada penerima dengan menggunakan perintah Bendera untuk Penerima, yang terserlah dalam gambar. Termasuk Hari Ini Esok Kepada… Minggu Ini Sk… Hantar Subjek: Tambah Peringatan Buang Bendera Bendera untuk Penerima Peti Masuk Sebelum awda menghantar mesej itu, awda perlu menentukan bila penerima akan diberi peringatan susulan dengan awda. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, mesej yang diterima akan disertakan dengan bendera dan ikon loceng. Selagi penerima menyimpan mesejnya dalam peti mel Outlook, satu peringatan akan dipaparkan pada masa yang awda telah tetapkan. Ikon loceng menunjukkan kepada penerima yang mesej tersebut mempunyai peringatan. Perhatikan bahawa item itu tidak akan ditambah kepada Bar Untuk Dilakukan penerima – mencipta senarai untuk dilakukan adalah pilihan peribadi.

39 Penghantar yang Disekat
Respons kepada mesej E-mel bukanlah hanya mengenai penghantaran… …ia juga mengenai menerima dan membalas. Mesej Balas Balas kepada Semua Panjangkan Hapuskan Alihkan ke Folder Cipta Peraturan Tindakan Lain Penghantar yang Disekat Respons Tindakan E-mel Remeh Daripada: Kepada: Sk: Subjek: Apabila awda membalas mesej, awda gunakan bebutang dalam kumpulan Respons pada tab Mesej di Reben. Awda akan sedar bahawa apa yang ada pada Reben dalam mesej yang diterima adalah berlainan dengan apa yang ada bagi mesej mel baru.

40 Oop! Perlukah ambil semula mesej?
Awda baru menghantar mesej dan menyedari satu maklumat utama adalah salah. Mel Semua Folder Mel Semua Item Mel Mesej Peti Masuk Peti Keluar Item Hantar Hapuskan Alihkan ke Folder Cipta Peraturan Tindakan Lain Penghantar yang Disekat Tindakan E-mel Remeh Item Hantar Daripada: Edit Mesej Gelintar Item Hantar Kepada: Ambil Semula Mesej Ini… Susun Mengikut: Tarikh Sk: Subjek: Hantar Semula Mesej Ini… Simpan Lampiran Jika awda menggunakan Pelayan Microsoft Exchange bagi e-mel awda, awda mungkin boleh mengambil semula mesej yang awda telah hantar. Jika awda bertindak sebelum penerima membaca mesej, pengambilan semula membolehkan awda menghantar versi yang telah dibetulkan kepada pembaca itu dan mengelakkan kemungkinan salah faham.

41 Penghantar yang Disekat
Oop! Perlukah ambil semula mesej? Awda baru menghantar mesej dan menyedari satu maklumat utama adalah salah. Mel Semua Folder Mel Semua Item Mel Mesej Peti Masuk Peti Keluar Item Hantar Hapuskan Alihkan ke Folder Cipta Peraturan Tindakan Lain Penghantar yang Disekat Tindakan E-mel Remeh Item Hantar Daripada: Edit Mesej Gelintar Item Hantar Kepada: Ambil Semula Mesej Ini… Susun Mengikut: Tarikh Sk: Subjek: Hantar Semula Mesej Ini… Simpan Lampiran Lakukan begini: Dalam Anak Tingkap Navigasi, klik Item Hantar untuk bertukar kepada folder tersebut. Dalam folder Item Hantar, dwiklik untuk membuka mesej yang awda ingin ambil semula.

42 Penghantar yang Disekat
Oop! Perlukah ambil semula mesej? Awda baru menghantar mesej dan menyedari satu maklumat utama adalah salah. Mel Semua Folder Mel Semua Item Mel Mesej Peti Masuk Peti Keluar Item Hantar Hapuskan Alihkan ke Folder Cipta Peraturan Tindakan Lain Penghantar yang Disekat Tindakan Tindakan E-mel Remeh Item Hantar Daripada: Edit Mesej Gelintar Item Hantar Kepada: Ambil Semula Mesej Ini… Susun Mengikut: Tarikh Sk: Subjek: Hantar Semula Mesej Ini… Simpan Lampiran Lakukan begini: Nota: Jika awda tidak dapat melihat perintah Ambil Semula Mesej Ini, berkemungkinan disebabkan awda tidak menggunakan pelayan Microsoft Exchange bagi e-mel awda. Kad Rujukan Cepat, yang dipaut kepada hujung kursus ini, mempunyai maklumat lanjut bagaimana awda boleh mengesahkan perkara ini. Pada mesej yang dibuka, klik Tindakan Lain dalam kumpulan Tindakan, dan klik Ambil Semula Mesej Ini.

43 Jadualkan masa dan ingat perkara yang perlu dilakukan
Outlook bukan hanya tentang e-mel. Ia juga tentang mengatur masa awda, yang awda lakukan dalam kalendar. Janji Temu Sisip Teks Format Tayang Sebagai: Sibuk Simpan & Tutup Undang Peserta Janji Temu Penjadualan Peringatan: 15 minit Tindakan Tayangkan Tiada 0 minit Subjek: 5 minit Lokasi: 10 minit 15 minit Masa mula: 30 minit 1 jam Masa tamat: 2 jam 3 jam Apabila awda cipta atau buka item dalam kalendar awda, awda akan dapati bahawa Reben menunjukkan kumpulan dan perintah yang sesuai untuk membantu awda menguruskan masa.

44 Jadualkan masa dan ingat perkara yang perlu dilakukan
Apabila awda mencipta sebarang jenis kemasukan kalendar, satu peringatan diset secara automatik. Janji Temu Sisip Teks Format Tayang Sebagai: Sibuk Simpan & Tutup Undang Peserta Janji Temu Penjadualan Peringatan: 15 minit Tindakan Tayangkan Tiada 0 minit Subjek: 5 minit Lokasi: 10 minit 15 minit Masa mula: 30 minit 1 jam Masa tamat: 2 jam 3 jam Untuk mengubah masa peringatan bagi sesuatu temu janji: Nota: Cara awda set waktu peringatan standard bagi semua temu janji dilakukan dengan mengklik Pilihan pada menu Alat dalam tetingkap utama Outlook, kemudian mengeset waktu lalai pada tab Keutamaan, di bawah Kalendar. Pada tab Janji Temu, klik anak panah untuk membuka senarai Peringatan dan kemudian pilih masa. Setelah selesai diubah, klik Simpan & Tutup pada hujung sebelah kiri Reben.

45 Ingin mencipta mesyuarat? Jemput yang lain
Satu temu janji adalah bagi awda sendiri. Apabila yang lain terlibat, cipta mesyuarat. Janji Temu Sisip Teks Format Tayang Sebagai: Sibuk Simpan & Tutup Undang Peserta Janji Temu Penjadualan Peringatan: 15 minit Mesyuarat Sisip Teks Format Kalendar Hapuskan Batal Jemputan Janji Temu Penjadualan Ruang Kerja Mesyuarat Panjangkan Tindakan Tayangkan Kepada… Pada tab Janji Temu, klik Undang Peserta. Satu bebutang Kepada dan kotak muncul. Taip nama terus ke dalam kotak atau klik bebutang Kepada untuk menambah peserta dengan memilih dari senarai.

46 Ingin mencipta mesyuarat? Jemput yang lain
Satu temu janji adalah bagi awda sendiri. Apabila yang lain terlibat, cipta mesyuarat. Janji Temu Sisip Teks Format Tayang Sebagai: Sibuk Simpan & Tutup Undang Peserta Janji Temu Penjadualan Peringatan: 15 minit Tindakan Tayang Mesyuarat Sisip Teks Format Kalendar Hapuskan Batal Jemputan Janji Temu Penjadualan Ruang Kerja Mesyuarat Panjangkan Tindakan Tindakan Tayangkan Kepada… Setelah selesai memasukkan semua perincian mesyuarat, klik Hantar untuk menghantar jemputan kepada peserta mesyuarat lain.

47 Berurusan dengan orang hubungan
Apabila awda membuka atau mengedit orang hubungan, awda akan gunakan bebutang dalam kumpulan Tayangkan untuk menunjuk atau menyembunyikan maklumat mengenai orang hubungan. Orang Hubungan Sisip Teks Format Am Sijil Butiran Semua Medan Aktiviti Nama Penuh... Syarikat: Jawatan: Fail sebagai: Internet E-mel... Sebagai contoh, jika awda ingin mencatatkan hari lahir atau ulang tahun orang hubungan, klik bebutang Butiran dan kemudian pilih tarikh yang sesuai bersebelahan dengan Hari Lahir atau Ulang Tahun. Untuk mengedit Kad Perniagaan Elektronik orang hubungan, klik bebutang Edit Kad Perniagaan pada tab Orang Hubungan.

48 Cadangan untuk latihan
Gunakan Buku Alamat dan Sks. Semak ejaan dan tatabahasa. Lihat tandatangan. Tandakan bendera untuk susulan. Respons kepada mesej; ambil semula mesej (pilihan). Jadualkan temu janji dan set peringatan. Cipta orang hubungan baru. Edit kad perniagaan.

49 Ujian 2, soalan 1 Untuk memulakan mesej baru, awda gunakan reben. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

50 Ujian 2, soalan 1: Jawapan Salah.
Awda cipta mesej seperti yang awda selalu lakukan sebelum ini.

51 Ujian 2, soalan 2 Yang mana di antara berikut membolehkan awda menayang atau menyembunyikan dengan pantas medan Sks dalam mesej? (Pilih satu jawapan.) Buku Alamat. Bar Alat Capaian Segera. Bebutang Tayangkan Sks pada tab Pilihan.

52 Ujian 2, soalan 2: Jawapan Bebutang Tayangkan Sks pada tab Pilihan.
Pelajaran sebelum ini menerangkan bagaimana dalam Outlook, awda mempunyai banyak pilihan. Awda mengakses bebutang dari tab khusus untuk pilihan mesej, iaitu tab Pilihan.

53 Ujian 2, soalan 3 Awda baru menghantar mesej dengan kesilapan menaip yang ketara dan awda ingin mengambilnya semula. Apakah langkah pertama? (Awda telah tahu awda sedang menggunakan Pelayan Microsoft Exchange.) (Pilih satu jawapan.) Dari tetingkap utama Outlook, klik Ambil Semula Mesej Ini pada menu Tindakan. Cari dan buka mesej dalam folder Item Hantar. Cari dan pilih mesej dalam folder Item Hantar.

54 Ujian 2, soalan 3: Jawapan Cari dan buka mesej dalam folder Item Hantar. Awda buka mesej dari Item Hantar, kemudian gunakan perintah pada Reben: Klik Tindakan Lain dalam kumpulan Tindakan, dan klik Ambil Semula Mesej Ini.

55 Hantar dan terima lampiran dan gambar
Pelajaran 3 Hantar dan terima lampiran dan gambar

56 Hantar dan terima lampiran dan gambar
Menghantar dan menerima fail lampiran dalam Outlook 2007 adalah mudah. Apabila awda menerima gambar lampiran atau fail Microsoft Office, awda boleh gunakan Alat Pratonton Lampiran untuk pratonton lampiran terus melalui Anak Tetingkap Baca Outlook. Dan jika awda menghantar gambar, Reben akan membantu awda menghantarnya mengikut cara yang awda perlukan.

57 Sertakan lampiran Menyertakan dokumen atau gambar lampiran bersama mesej awda adalah amat mudah. Mesej Sisip Pilihan Teks Format Lampirkan Fail Lampirkan Item Kad Perniagaan Kalendar Tandatangan Termasuk Seperti yang awda telah lakukan selalu, awda mulakan dengan mencipta mesej baru. Kemudian awda gunakan perintah Lampirkan Fail pada Reben.

58 Sertakan lampiran Di mana awda boleh jumpa Lampirkan Fail
Mesej Sisip Pilihan Teks Format Lampirkan Fail Lampirkan Item Kad Perniagaan Kalendar Tandatangan Menyertakan lampiran adalah aktiviti biasa, jadi awda boleh jumpa Lampirkan Fail pada kedua-dua tab Mesej dan tab Sisip. Termasuk Gambar menunjukkannya pada tab Sisip.

59 Sertakan lampiran Awda tidak boleh menyertakan apa- apa saja
Mesej Sisip Pilihan Teks Format Lampirkan Fail Lampirkan Item Kad Perniagaan Kalendar Tandatangan Outlook akan menyekat sesetengah jenis lampiran fail. Termasuk Ciri ini tidak berubah dari versi sebelum ini. Namun, awda mungkin berminat untuk tahu bahawa sesetengah jenis fail telah disekat sebelum ini telah dibenarkan dan sesetengah jenis baru telah dimasukkan dalam senarai sekatan. Untuk melihat senarai lengkap jenis fail yang disekat dan membaca lebih lanjut bagaimana mengelakkan fail lampiran awda disekat, lihat artikel “Lampiran yang Disekat dalam Outlook.” Panduan Rujukan Cepat, yang dipaut ke hujung kursus ini, mengandungi pautan kepada artikel tersebut.

60 Sertakan gambar selari dengan teks
Dalam Outlook, adalah mudah untuk menghantar gambar dalam jasad mesej e- mel awda berbanding dengan menghantar secara berasingan sebagai fail lampiran. Mesej Sisip Pilihan Gambar Ilustrasi Untuk melakukannya: Nota: Apabila awda menyisip gambar dalam mesej, awda meletakkan ia ke dalam mesej sebagai objek terbenam. Iaitu, ia sebahagian daripada teks mesej. Untuk melihat gambar, pembaca yang menerima mesej mesti boleh menerima mesej HTML atau mesej Teks Beraneka. Klik perintah Gambar pada tab Sisip. Seperti ditunjukkan dalam ilustrasi, awda boleh melihat gambar dalam jasad mesej.

61 Gambarkan ini: tab yang datang dan pergi
Perbincangan mengenai gambar memberi peluang untuk menerangkan satu lagi perkara mengenai Reben: Sesetengah teks hanya muncul apabila awda melakukan tugas khusus. Mesej Sisip Pilihan Format Sesuaikan Gaya Gambar Susun Sebagai contoh, apabila awda: Apabila awda klik jauh dari gambar, Alat Gambar hilang. Awda akan lihat ciri yang sama jika awda sisipkan carta, lukisan, gambar rajah atau jadual dalam mesej awda. Pilih gambar yang awda telah sisipkan ke dalam mesej… …awda akan lihat Alat Gambar muncul pada Reben. Tab Format termasuk perintah yang awda boleh gunakan untuk mengedit gambar sebelum awda menghantarnya.

62 Pratonton lampiran sebelum awda membukanya
Dalam Outlook 2007, awda boleh menerima lampiran. Sesetengah fail lampiran boleh dipratontonkan terus dari Anak Tetingkap Baca. Peti Masuk Gelintar Peti Masuk Hari Ini Hantar: Kepada: Mesej 25V_B8.vsd (219 KB) 25V_A6.vsd (219 KB) Mesej 25V_B8.vsd (219 KB) 25V_A6.vsd (219 KB) Katakan seseorang menghantar dua gambar rajah Microsoft Office Visio® sebagai lampiran, tetapi awda hanya perlu lampiran yang menunjukkan bilik latihan baru dalam bangunan awda. Bagaimana awda mengambil keputusan memilih fail yang mana satu untuk dibuka dan disimpan dalam cakera keras awda?

63 Pratonton lampiran sebelum awda membukanya
Seperti yang ditunjukkan di gambar, pratonton lampiran adalah jawapannya. Peti Masuk Gelintar Peti Masuk Hari Ini Hantar: Kepada: Mesej 25V_B8.vsd (219 KB) 25V_A6.vsd (219 KB) Mesej 25V_B8.vsd (219 KB) 25V_A6.vsd (219 KB) Pratonton lampiran membolehkan awda untuk memaparkan pratonton sesetengah jenis fail terus dari Anak Tetingkap Baca Outlook. Awda boleh lakukannya tanpa perlu membuka fail lampiran. Untuk pratonton lampiran, klik ikonnya. Pratonton lampiran muncul dalam Anak Tetingkap Baca. Apabila awda telah mengambil keputusan fail lampiran yang awda ingin buka atau simpan, awda boleh lakukannya dengan dwiklik ikonnya. Nota: Untuk membantu memelihara komputer awda selamat, kod terbenam dalam lampiran dinyahdayakan semasa pratonton.

64 Cadangan untuk latihan
Lampirkan fail ke dalam mesej dan hantar kepada diri awda sendiri. Sisipkan gambar selari dengan teks dalam mesej awda. Pratonton lampiran. Lihat alat pratonton yang awda telah pasang (pilihan).

65 Ujian 3, soalan 1 Bagaimana awda menyertakan gambar selari dengan teks dalam mesej awda? (Pilih satu jawapan.) Gunakan format fail Teks Beraneka. Gunakan perintah Fail pada tab Sisip. Gunakan perintah Gambar dari Fail pada tab Sisip.

66 Ujian 3, soalan 1: Jawapan Gunakan perintah Gambar dari Fail pada tab Sisip.

67 Ujian 3, soalan 2 Awda telah menerima mesej dengan dua lampiran gambar JPEG. Apakah cara terpantas untuk menentukan sama ada awda ingin simpan lampiran atau tidak? (Pilih satu jawapan.) Buka mesej dan dwiklik setiap ikon lampiran. Klik ikon lampiran dalam Anak Tetingkap Baca. Klik kanan ikon lampiran dan klik Buka.

68 Ujian 3, soalan 2: Jawapan Klik ikon lampiran dalam Anak Tetingkap Baca. Dengan mengklik ikon lampiran membolehkan awda melihat pratonton gambar, satu demi satu, terus melalui Anak Tetingkap Baca. Teknik ini boleh digunakan untuk lampiran jenis lain juga: persembahan PowerPoint, dokumen Word, atau buku kerja Excel, sebagai beberapa contoh.


Download ppt "Latihan Microsoft® Office Outlook® 2007"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google