Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail"— Transcript presentasi:

1 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Takrifan dan pengertian “FALSAFAH” “falsafah” - istilah Yunani philo dan sophia - “love of wisdom” mencintai hikmah Mencintai hikmah - hikmah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan (epistemologi); nilai (aksiologi), kewujudan hakiki (metafizik) dan pemikiran yang rasional, sistematis dan tidak dipengaruhi emosi (logik) dan analitikal. Tumpuan maksud hikmah berbeza mengikut individu, mazhab falsafah (Barat, Timur dan Islam) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

2 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Perbezaan maksud hikmah: Tumpuan kepada akal/rasional Tumpuan kepada metafizik Tumpuan kepada nilai Surah Al-Baqarah: 269 “Barang siapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak”. Hikmah dari sudut Islam bersifat bersepadu ilmu,iman dan amal; ilmu, akhlak dan ketuhanan tidak berpisah Hikmah dari sudut falsafah timur  ilmu pengetahuan, nilai kerohanian, ikatan kekeluargaan dan elemen mistik. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

3 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ciri falsafah Sinoptik- menyeluruh/komprehensif/ holistik - Mengemukakan idea dan persoalan asas/umum yang tidak khusus memerlukan persoalan dan jawapan menyeluruh 2. Analitikal - meneliti hujah dari sudut pernyataan; istilah yang digunakan; penghubung kata Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

4 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Memahami maksud ayat yang membina hujah dari sudut:  Konsep yang dikemukakan di sebalik sesuatu fakta atau data.  Memahami idea yang tersirat; merumus sesuatu persoalan; mengemukakan rasional Mengelak daripada melakukan kontradiksi – punca kekaburan idea; idea yang bercanggah yang menjadikan hujah lemah Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

5 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Bukan displin empirikal kerana tidak menekankan hasil kajian saintifik; ; fakta empiris sbg sokongan hujah BUKANNYA tumpuan utama hujah. Mengutamakan proses menghurai konsep Lebih byk mengemukakan persoalan dpd memberi jawapan. Lebih banyak mengutarakan “Mengapa” drp “Apa”. 6. Reflektif merenung secara mendalam aspek hakikat; nilai; ilmu dan Pencipta. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

6 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
7. Spekulatif - iaitu meramal dan membuat andaian yang munasabah dan sistematis. 8. Preskriptif/normatif - menetapkan nilai tara/”standard” tentang tingkahlaku (etika/moral) dan estetika (seni dan sastra). 9. Menjelaskan idea utama dari segi kemunasabahan hujahan; membuat kritikan; tidak mengutarakan pernyataan yang bersifat laporan. 10. Falsafah tidak boleh disamakan dgn displin sains (walaupun ada falsafah dalam dalam displin sains dan displin lain). Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

7 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
11. Falsafah tidak mencipta ilmu atau mengemukakan dapatan saintifik baru. Sebaliknya, menghurai & mengemukakan persoalan sejagat spt. konsep kebenaran, keadilan, keamanan, kemanusiaan. 12. Falsafah meneliti konsep dan persoalan dan seterusnya mengutarakan PEMIKIRAN melalui proses penghujahan. 13. Berfalsafah bermaksud meneliti sesuatu isu dengan kritis. Utamakan proses taakulan. Persoalan falsafah tidak dapat diselesaikan dengan hanya dengan hasil kajian saintifik. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

8 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Pendekatan dan kaedah berfalsafah  Sebagai aktiviti, falsafah : a. Menyoal dan menjawab soalan secara menyeluruh holistik. b. Mengemukakan hujah rasional dan munasabah. c. Menetapkan hala tuju/prinsip dan matlamat. d. Membina kerangka pemikiran  panduan kepada pelaksanaan sesuatu perkara. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

9 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
e. Membuat andaian dan spekulasi yang munasabah yang menghala kepada sesuatu wawasan dan misi. f. Mengemukakan idea dan pemikiran tentang perkara-perkara yang bersifat sejagat; sinoptik atau menyeluruh. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

10 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Cabang-cabang Falsafah 1. metafizik 2. epistemologi 3. aksiologi 4. logik Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

11 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Metafizik Berasal drp istilah metaphysica. Dua perkara asas dlm metafizik  ontologi atau hakikat kewujudan (manusia) dan kosmologi  kewujudan yang alam jagat. Metaphysics atau things beyond the physical realm  cabang falsafah  tumpuan kepada persoalan muktahir  tidak dapat diselesaikan hanya dengan kaedah saintifik; metafizik roh, keTuhanan, jiwa, tujuan muktahir kehidupan manusia dan alam jagat; konsep dan sebab-akibat; konsep ruang-masa; minda-jasad Metafizik  hujah tentang realiti kehidupan; zat keTuhanan; potensi manusia; hubungan manusia dan alam; manusia & Tuhannya dan manusia dgn manusia. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

12 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Epistemologi Teori ilmu pengetahuan - proses mengetahui - sumber ilmu; - struktur ilmu; - kategori ilmu. Berasal drp istilah Yunani episteme yang bermaksud bermaksud knowledge atau ilmu. Mengemukakan persoalan seperti: - Apakah sumber ilmu? Sejauh manakah sumber itu boleh dipercayai? - Apakah perbezaan antara mengetahui, mempecayai dan mempersepsi? - Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang mampu kita ketahui? Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

13 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Tumpuan epistemologi : - penganalisisan konsep ilmu - justifikasi tentang sumber ilmu - kesahihan dan kebenaran ilmu - syarat-syarat ilmu - proses mengetahui dan mempercayai sesuatu yang diiktiraf sbg ilmu. Perkara utama dlm epistemologi ialah memberi JUSTIFIKASI kpd proses mengetahui sesuatu yang diterima sbg ilmu. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

14 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
SUMBER ILMU PENGETAHUAN Kneller (1971) : Pengetahuan wahyu. Pengetahuan intuitif atau diperoleh melalui gerak hati Pengetahuan rasional/logikal. Pengetahuan yang bersumberkan autoriti dan merujuk kepada sesuatu kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu tertentu. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

15 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu Wahyu (Revealed knowledge) Ilmu dalam agama Islam dan agama bersumberkan wahyu - sumber mutlak Al-Quran; ilmu bersifat haqq (mutlak) dan tidak bathil (palsu); dijadikan panduan kpd kehidupan manusia Islam. Agama wahyu dan agama bukan wahyu mempunyai konsep berbeza tentang kemutlakan ilmu. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

16 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu bukan Wahyu Ilmu pengetahuan yang bersumberkan akal manusia dan melibatkan akal manusia dalam proses berikut: - persepsi - Interpretasi/tafsiran - pengalaman (mental; contextual;) - taakulan (hanya kognitif) - merenung ke dalam diri (Introspection) (Kesemuan ini lahir dari proses interaksi akal manusia dengan persekitaran). Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

17 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu yang bukan wahyu yang terbit dari akal melahirkan pelbagai pendapat, tafsiran dan pengertian dan tidak bersifat mutlak. Terdapat pelbagai aliran/fahaman tentang ilmu di Barat iaitu: - Rationalist cabang fahaman ini ialah mazhab Analisis Falsafah & Skeptik - Empiricist cabang fahaman ini ialah mazhab Pragmatisme dan Naturalisme Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

18 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Rationalist Berpegang kpd prinsip bahawa kebenaran ilmu bergantung kepada taakulan semata-mata atau pure reasoning. Hanya kognitif dipentingkan; tidak langsung melibatkan perasaan. Tokoh-tokoh Rationalist adalah spt Plato, Bertrand Russell, Israel Scheffler dan Rene Descartes. Sbg. Cth. Plato meletakkan ilmu matematik sebagai ilmu paling benar dan mutlak kerana: - bersifat ‘a priori’  kebenaran ini tidak bersandarkan bukti empiris; kebenaran matematik dan logik diperoleh melalui pemikiran deduktif (logik/akal)dan intellectual intuition. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

19 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Empiricist Mewakili ilmu sains tulen dan sains sosial; mengkaji fenomena semula jadi melalui ujikaji; pemerhatian melalui deria; menghasilkan sesuatu fakta (sains atau sejarah sbg. contoh. fakta boleh merupakan sesuatu yang tidak berubah seperti fakta sains (dijadikan hukum); fakta sejarah yang mungkin berubah kerana sifatnya yang bergantung kepada kebenaran yang mungkin berubah(contingent) Kedua-dua fakta sains dan sejarah bersifat a posteriori kerana kebenaran kesimpulan ilmu empiris bergantung kpd bukti nyata bukannya melalui proses deduktif. Kebenaran hanya dapat diterima SETELAH dikemukakan bukti. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

20 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kebenaran ilmu empiris dibuktikan melalui kaedah induktif (kesimpulan berdasarkan beberapa sampel; pemerhatian; kes yang dikaji). Tidak sama dengan pembuktian deduktif Pragmatist Prinsip asasnya berteraskan fahaman Empiricisme dan Naturalisme - kebenaran ilmu berdasarkan kajian saintifik dan empiris penekanan pragmatist kpd ilmu pengetahuan yang dapat BERFUNGSI dan membantu dalam penyelesaian masalah kehidupan. Ilmu pengetahuan yang bersifat praktis tidak menekankan kerohanian dan elemen metafiziki Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

21 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Istilah Asas Dalam Epistemologi Epistemologi dapat ditakrif sebagai mengemukakan justifikasi tentang proses mengetahui dan mempercayai sesuatu sumber yang dapat diiktiraf sbg ilmu. Justifikasi ini melalui satu usul/proposi/pernyataan yang mempunyai nilai BENAT atau TIDAK BENAR. Usul atau proposisi ini menjadi hujah seseorang tentang apa yang ia terima sebagai ilmu pengetahuan. Istilah “mengetahui” dan “mempercayai” dari analisis epistemologi mempunyai maksud yang dapat dihuraikan dalam konteks berikut. Mengetahui Keadaan mental atau pun dikaitkan dengan pembuktian procedural (tunjuk cara/demonstrasi) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

22 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
“Mengetahui” dan “mempercayai” dalam keadaan berikut: - mengetahui dan mempercayai melalui ingatan - mengetahui dan mempercayai melalui proses merenung ke dalam diri (introspective belief) - mengetahui dan mempercayai melalui proses induktif dan deduktif - mengetahui dan mempercayai berdasarkan pembuktian sahih ( testimony) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

23 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
“Mengetahui” dan “mempercayai” dari pengertian epistemologi memerlukan seseorang itu membuktikan sesuatu usul itu benar atau tidak benar Sbg. Contoh: 1. Mengetahui bahawa negeri Selangor akan bercuti pada hari Thaipusam. 2. Mengetahui bahawa UPM sedang berusaha mencapai taraf world class university 3. Mengetahui bagaimana menjahit baju kurung 4. Mengetahui mengenai berita banjir yang melanda negeri Pahang kini. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

24 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Persoalan sama ada benar atau tidak benar sesuatu usul yang dikemukakan itu bergantung kpd jenis bukti yang dikemukakan. Mempercayai Keadaan yang menunjukkan : 1. seseorang mempercayai sesuatu usul 2. seseorang menolak sesuatu usul atau juga dikatakan menerima penafian usul tersebut (accepting its negation) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

25 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Mempercayai dari takrifan epistemologi hanya dapat diterima dalam keadaan berikut: l. Seseorang mempercayai bahawa/mengenai sesuatu usul 2. Apa yang ia percayai adalah jelas dan pasti bagi dirinya 3. Apa yang dipercayai adalah benar Mempercayai dari takrifan epistemologi tidak dikaitkan dengan mempercayai berasaskan harapan dan elemen psikologi/jiwa/ghaib Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

26 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Persepsi Merupakan salah satu sumber ilmu; boleh dikemukakan sebagai sumber justifikasi kpd sesuatu yang diterima sbg ilmu Persepsi mudah: - Menggunakan deria (rasa, lihat, dengar, hidu) dan membina persepsi berdasarkan bahawa apa yang dilihat/rasa/sentuh/dengar adalah begitu sifat atau cirinya (something is the case/something is so). - Sbg cth jika saya melihat bahawa objek di depan saya berbentuk bulat, saya akan melaporkan secara objektif bahawa objek tersebut adalah bulat. Saya tidak membina persepsi lain selain melaporkan bahawa saya mengetahui bahawa objek itu adalah bulat dan tidak berlaku kesilapan dalam menyatakan bahawa sifat objek itu adalah bulat. Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

27 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Kepastian Dalam epistemologi kepastian dinilai melalui sesuatu pernyataan/usul/proposisi yang dikemukakan. Ini bermaksud bahawa seseorang itu tidak akan usul lain yang kurang munasabah drp usul yang diteirmanya sbg pasti Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

28 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Bukti Bukti adalah bahan yang dikemukakan sebagai justifikasi/rasional bagi menyokong atau menolak sesuatu usul/proposisi; menyokong atau tidak apa yang diketahui dan dipercayai seseorang Bukti dalam pelbagai bentuk (fakta/data; ujikaji; hujah rasinal dan logikal) Pernyataan/usul/proposisi Ayat yang mempunyai nilai kebenaran (truth value) iaitu ayat benar atau tidak benar ATAU yang masih boleh dibuktikan benar atau tidak benar Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

29 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Contoh Ayat Benar Negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu pernah dijajah oleh kuasa Siam Turki adalah negara yang mengalami empat musim Mamalia adalah binatang berdarah panas Kampus induk UPM di Serdang Semua bentuk tiga segi ada tiga sudut Terdapat hidupan di planet marikh Semua suami adalah lelaki Di hari kiamat semua semua manusia yang telah mati akan dihidupkan semula Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

30 Ayat Bukan Usul/Proposisi
Ayat yang berupa seruan, Jangan bising!, Duduk di sini!, Berhati-hati di jalan raya! Ayat tanya Awak hendak ke mana? Ayat Nilai (bukan proposisi kerana tidak ada truth value iaitu tidak boleh diterima sebagai benar atau tidak benar kerana citarasa, perasaan, sistem kepercayaan menentukan benar atau tidak benar sesuatu; subjektif kerana berbeza antara individu) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

31 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Cth. Wanita Asia lebih cantik daripada wanita Eropah Wanita India paling cantik di dunia Pengajian di UPM lebih berkualiti daripada pengajian di UUM Nasi ayam lebih enak daripada nasi goreng Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

32 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Taakulan Taakulan ialah proses mental ke arah mengetahui dan mempercayai yang tidak dipengaruhi persepsi, emosi dan gerak hati Proses mengetahui yang menjelaskan mengenai perkara yang jelas dan nyata (self-evident); berkaitan dgn ilmu pengetahuan a priori. Cth: - Semua ahli falsafah ialah manusia berbanding kebanyakan ahli falsafah Barat adalah berbangsa Yunani - semua suami adalah lelaki berbanding suami di Malaysia rata-rata tidak rajin menolong isteri di rumah Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

33 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
5+5=10 berbanding kanak-kanak itu diberi 5 pensil dan 5 pensel warna oleh ibunya Taakulan menghasilkan kesimpulan hujah (terdiri drp premis/beberapa proposisi) yang kebenaran kesimpulannya bersifat perlu/mesti (necessary truth) Ilusi/khayalan (hallucination) Proses mengetahui yang dianggap sumber ilmu lemah dlm epistemologi; penglihatan seseorang tentang sesuatu objek yang berbeza drp penglihatan orang lain yang bersetuju bahawa apa yang dilihat itu adalah sama Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

34 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Tidak diterima menjadi sumber ilmu pengetahuan proposisi Cth: Seseorang yang mengatakan bahawa ia telah terjumpa hantu sebenarnya dari struktur epistemologi bermaksud, Pada sangkaan/jangkaan/penglihatan orang tersebut ia telah terjumpa hantu Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

35 SYARAT-SYARAT ILMU PENGETAHUAN
Dari takrifan epistemologi, sesuatu perkara itu hanya dapat diterima sebagai sumber ilmu jika memenuhi ketiga-tiga syarat berikut: 1. kebenaran (truth) 2. kepercayaan (belief) 3. bukti (evidence; warrant; ground) Syarat-syarat ini pelru ada serentak apabila menghuraikan teori ilmu. Syarat-syarat ini diungkapkan seperti berikut: Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

36 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ali (X) mengetahui bahawa sesuatu usul (Q) jika dan hanya jika (iff): 1. Ali (X) mengetahui dan mempercayai bahawa Q 2. Ali (X) mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa dan menerima kebenaran Q 3. Q adalah usul benar sama ada Ali (X) mengetahui dan mpercayainya atau tidak Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

37 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Jika salah satu daripada syarat ini tidak ada atau dipertikaikan, maka sumber ilmu menjadi lemah; bukti adalah syarat penting untuk mempertahankan kebenaran ilmu) Huraian Syarat Kebenaran dalam ilmu 1. Maksud X mengetahui bahawa Q ialah menerima kebenaran dan kesahihan Q 2. X mungkin tidak mengetahui bahawa Q benar, walaupun ia benar Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

38 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
3. X menganggap ia mengetahui bahawa Q benar, tetapi sebenarnya ia tersilap 4. Q yang tidak benar adalah sama dengan Q dinafikan (negasi/negation; ~Q) Ketiga-tiga syarat ilmu dapat dilihat dari susunan berikut: 1. X mempercayai bahawa Q (syarat kepercayaan) 2. X mempunyai justifikasi untuk mempercayai bahawaQ kerana ada bukti (syarat bukti) 3. Q adalah benar (syarat kebenaran yang bersifat pasti) sama ada X mempercayai atau tidak Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

39 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Oleh itu, dari takrifan epistemologi, apabila seseorang mendakwa ia mengetahui bahawa sesuatu usul atau perkara ia dikatakan tidak mungkin tersilap. Bagaimanapun ,antara istilah mengetahui dan mempercayai, mengetahui diterima sebagai istilah kognitif yang lebih kukuh. Lihat cth berikut: 1.Seseorang dapat diterima sebagai tersilap apabila ia mempercayai bahawa tepung beras adalah tepung gandum 2.Seseorang tidak dapat diterima sebagai tersilap apabila ia mengatakan bahawa ia mengetahui bahawa tepung beras adalah bukan tepung gandum Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

40 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Syarat kebenaran dalam epistemologi ditentukan melalui nilai kebenaran sesuatu usul/proposisi “mengetahui” adalah satu keadaan atau pencapaian kognitif/mental; “mengetahui” dari sudut proposisi adalah bertentangan dgn “mengetahui” dari sudut prosedur atau menunjukkan sesuatu kemahiran Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

41 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Cth: sekiranya seseorang telah mengetahui sesuatu formula matematik, ia tidak perlu melakukan latihan untuk mendapatkan formula tersebut kerana ia tidak mungkin silap. Sebaliknya, sesoerang perlu melakukan latihan beberapa kali untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti berenang Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

42 ILMU DAN SYARAT KEPERCAYAAN
Sesuatu ilmu diperkukuh lagi dengan kepercayaan bahawa yang dijadikan sumber ilmu itu adalah benar Kepercayaan dalam pengertian epistemologi tidak merangkumi kepercayaan yang berteraskan gerak hati, harapan dan doa atau aspek yang tidak kognitif Kepercayaaan perlu terbit dari kebenaran yang disokong oleh bukti Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

43 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu dan Syarat Bukti Sesoerang tidak dapat diterima sebagai mengetahui Q walaupun ia mendakwa bahawa ia mengetahui Q dalam keadaan berikut: 1. ia tidak ada bukti bagi Q 2. ia tersilap tentang bukti bagi Q 3. ia gagal untuk mengaitkan bukti untuk menunjukkan bahawa Q itu benar Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

44 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
(2) seseorang mungkin tersilap dalam mengemukakan bukti yang digunakan; 3 bukti tidak silap, namun tidak relevan/tepat dari fungsi untuk dijadikan bahan bukti ) Oleh itu, untuk mengetahui, seseorang perlu ada: 1. bukti 2. tepat tentang pemilihan bukti 3. tepat dan berupaya untuk mengaitkan bukti dengan kes yang hendak dibukti kebenarannya Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

45 Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail
Ilmu dan kemahiran “mengetahui bagaimana” berbeza dengan “mengetahui bahawa” “mengetahui bagaimana” tidak dianalisis dalam konteks proposisi (mempunyai nilai benar atau tidak benar dari sudut proposisi) kerana mengetahui bagaimana melibatkan kemahiran dan perlakuan (psikomotor) Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail


Download ppt "Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google