Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TINGKAH LAKU PROSOSIAL
PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
2
PENGENALAN Adakah anda akan memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan? Adakah anda akan menolong seseorang yang sedang lemas di tasik yang dalam? Mengapa ada manusia yang menghulurkan bantuan dan ada pula yang berdiam diri? Kes Klasik: Kitty Genovese
4
APA ITU TINGKAH LAKU PROSOSIAL?
Merupakan tingkah laku mengambil berat, tindakan menolong orang lain tanpa didorong oleh kepentingan diri. Contoh: membantu orang yang sedang diancam, dalam kesusahan, atau memebri hadiah. Konsep-konsep lain: tingkah laku menolong, tingkah laku “charity”, tingkah laku kesukarelawan,
5
Konsep sebenar prososial
Perlu bezakan kedua konsep: hedonisme dan altruisme. Hedonisme – huraiannya: Pada asasnya manusia adalah mengurangkan kesakitan dan memaksimakan kenekmatan. Dengan demikian tingkah lakunya adalah yang memberikan faedah kepadanya. Bukan bermaksud tidak mahu menolong orang lain; tetapi pertolongan itu akhirnya adalah menguntungkan dirinya. Berbeza dengan mementingkan diri sendiri (tidak mahu menolong orang lain). Altruisme – huraiannya: tingkah laku menolong orang lain dengan tanpa didorong untuk memeprolehi faedah yang diharapkan. Pertolongan adalah ikhlas
8
TEORI-TEORI TINGKAH LAKU PROSOSIAL
Beberapa teori dikemukakan untuk menerangkan bagaimana tingkah laiu sosial berlaku. Teori sosiobiologi Teori pembelajaran sosial Teori Norma sosial
9
Teori Sosiobiologi Tingkah laku prososial adalah diwarisi melalui genetik, khususnya di kalangan haiwan. Tujuan untuk kelangsungan haiwan berkenaan. Tingkah laku yang bersifat ekstrim – mengorbankan diri untuk kepentingan ahli kelompok. Contoh: semut kerengga, lebah etc. Adakah teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada manusia?
10
Teori Pembelajaran Sosial
Tingkah laku prososial adalah dipelajari – melalui proses pembelajaran Teori pelaziman operan (peneguhan –ganjaran dan hukuman) oleh Skinner. Teori pemodelan/peniruan/pemerhatian oleh Bandura. Bagaimana teori-teori ini boleh diaplikasi dalam membentuk manusia yang mempunyai personaliti suka membantu orang lain?
12
Teori Norma Sosial Tingkah laku prososial adalah diatur oleh norma (peraturan) sosial, yang mengatur hidup manusia. A. NORMA KETIMBALBALIKAN (RECIPROCITY) Hidup manusia adalah saling bantu membantu (bertukaran tenaga dan benda) Pertukaran adalah dalam bentuk: Pertukaran ekonomi – saling balas membalas yang telah dipersetujui terlebih dahulu apa yang akan ditukarkan. Pertukaran sosial – tidak dipersetujui terlebih dahulu apa yang akan ditukarkan, tetapi sudah menjadi kewajipan orang yang menerima bantuan membalas balik apa yang diterima. Pertukaran sosial – kita menolong orang yang pernah menlong kita – ia menyediakan asas perhubungan dalam masyarakat/antara mansuia. Adakah manusia sentiasa menbalas pertolongan orang Bagaimana kalau bantuan yang terima dahuku tidak ikhlas? Adakah manusia membalas bantuan dalam bisbah yang sama? Mengapa manusia menolak daripada menerima bantuan?
13
NORMA TANGGUNGBJAWAB SOSIAL
Dari segi norma – berstatus tinggi membantu yang berstatus rendah Orang yang bergantung lebih layak menerima bantuan, walau bagaimana pun Masalah bukan daripada faktor dalaman (tidak bertanggung jawab) – contoh kemalangan yang disengajakan! Bukan kesilapannya Telah berusaha untuk memperbaiki masalah (bukan lepas tangan, tiada inisiatif untuk memperbaiki masalah) Sekiranya seorang isteri didera oleh suami, adakah ianya merupakan tanggungjawab sosial untuk membantu isteri itu tersebut, yang kebetulan merupakan jiran anda?
15
NORMA KESAMAAN DAN NORMA KEADILAN
Norma kesamaan – kita seharusnya memberikan bantuan secara sama rata (membahagikan hadiah yang diperolehi di kalangan ahli) Norma keadilan – kita seharusnya memberikan bantuan berdasarkan kepada sumbangan dan kelayakannya. Dengan demikian cara pemberian pertolongan adalah bergantung kepada situasi, sama ada secara sama atau secara adil. Bilakah anda menggunakan norma kesamaan dan norma keadilan dalam memberikan bantuan?
16
NORMA SOSIAL DAN NORMA PERIBADI
Sekiranya anda diminta membahagikan hadiah, adakah anda akan membahagikan mengikut norma sosial atau norma peribadi? Dengan memahami nilai peribadi seseorang dapat memahami tingkah laku seseorang. Adakah nilai peribadinya mementingkan dirinya sendiri atau mementingkan tanggungjawab sosial?
17
CAMPURTANGAN “BYSTANDER” DALAM SITUASI MEMERLUKAN PERTOLONGAN
Kes Kitty Genovese, mengapa jiran-jiran tidak menolong? Ini menyebabkan Latane dan Darley ingin mengkajinya Dalam keadaan bagaimanakah seseorang itu memberikan pertolongan? Sekiranya anda berada dalam situasi yang memerlukan pertolongan (sebagai “bystander”) adakah anda memberikan bantuan? Apakah keadaan / faktor sama ada memberikan bantuan atau tidak?
18
MODEL KOGNITIF LATANE DAN DARLEY
Latane dan Darley telah membentuk model yang menggambarkan proses-proses kognitif sebelum sesuatu tindakan membantu itu diberikan. Menyedari kecemasan Mentafsirkan perisitwa sebagai kecemasan. Tanggung jawab untuk menolong Mengetahui untuk menolong Memutuskan untuk menolong. Sekiranya di salah satu proses jawapannya adalah tidak maka proses ini tidak akan diteruskan.
20
Menyedari Peristiwa Penting perlu sedar adanya peristiwa kecemasan.
Persekitaran di mana peristiwa berlaku adalah penting – kadang kala boleh menghalang kesedaran. Tapi kadang kala manusia berpura-pura untuk menyedari perisitwa. Sekiranya anda melihat orang sedang berkerumun di tepi lebih raya, adakah anda akan berhenti sama.
21
Mentafsir Peristiwa Sebagai Kecemansan
Setelah menyedari adanya peristiwa maka perlu mentafsirkan adakah ianya peristiwa cemas atau tidak? Tingkah laku tidak diberikan sekiranya bystander mentafsirkannya sebagai bukan kecemasan. Mendengar suara minta tolong – perlu ditafsirkan adakah ia benar-benar minta tolong, atau hanya gurauan. Namun, bagaimana pula sekiranya anda menyedari dan mengetahui seorang isteri sedang didera oleh suaminya; adakah anda “buat-buat” tidak tahu kerana “tidak mahu menjaga tepi kain orang”?
22
Tanggungjawab Untuk Menolong
Setelah menyedari peristiwa kecemasan dan mentafsirkan sebagai cemas, adakah anda akan memberikan bantuan. Tidak semestinya – bergantung kepada adakah anda seorang yang bertanggungjawab (moral). Apa faktornya kepada tanggungjawab ini? Teori penyebaran tanggungjawa - Kalau bersendirian lebih bertanggunjawab (100%), kalau ramai, tanggungjawab tersebar juga pada orang lain. Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, dan tidak sebaliknya. Kecekapan anda – sekiranya anda punyai kemahiran/kecekapan untuk menolong maka rasa tanggungjawab, dan sebaliknya. Permintaan pertolongan yang sedikit/kecil menyebabkan rasa tanggungjawab untuk menolong, dan sebaliknya. Apabila tanggungjawab telah diserahkan/diminta terlebih dahulu/awal.
24
Mengetahui Untuk Menolong
Adakah orang yang bermoral/suka membantu semestinya memberikan bantuan dalam semua situasi kecemasan? Tidak semestinya – bergantung kepada pengetahuan/kecekapan/kemampuan untuk menolong. Pastikan kita mempunyai kemahiran untuk membatu sebelum memberikan bantuan. Terdapat manusia yang enggan melihat/berada pada perisitiwa kecemasan kerana tidak mempunyai kemahiran untuk menolong – khuatir timbul rasa bersalah.
26
Memutuskan Untuk Menolong
Walaupun proses-proses sebelum ini jawapannya adalah “ya” adakah semestinya seseorang itu memberikan bantuan, Tidak semestinya – terdapat faktor-faktor lain yang perlu diberikan pertimbangan. Kos / risiko dalam memberikan pertolongan – nyawa, harta benda, harga diri. Diri orang yang “dirasakan merlukan pertolongan” – pastikah anda orang yang dalam kecemasan itu benar-benar memerlukan pertolongan? Adakah pertolongan anda semestinya diterima? (persepi dan kehendak mereka!). Apa perasaan seorang suami sekiranya ada orang lain cuba menyelesaikan masalah rumahtangganya? (ego). Perhubungan “bystander” dengan mangsa – sanggupkah anda tidak menghadiri temuduga petning demi kerana menolong kawan yang sedang cedera? Sifat-sifat orang yang memerlukan bantuan – kotor, kusut masai yang sengaja mencari masalah sendiri. Ada atau tidak orang lain memberikan pertolongan terlebih dahulu, sekiranya ada mungkin anda cenderung untuk menolong.
27
MODEL BANGKITAN DAN KOS YANG DITANGGAPI
Lanjutan daripada model Latane dan Darley; tokohnya, Pilivian, Gaertner, dan Clark. Faktor yang menyebabkan seseorang itu memberikan bantuan ialah: Ciri-ciri situasi – bilangan orang lain yang hadir, kejelasan tentang kecemasan Ciri-ciri mangsa – umur, gender, ras, sifat-sifat lain. Tret-tret bystander – semangat, emosi, empati, simpati kebolehan menolong. Faktor-faktor ini mempengaruhi bangkitan pada diri individu, dan juga kos yang mungkin ditanggung sekiranya menolong atau tidak menolong. Bangkitan dan kos ini mempengaruhi sama ada seseorang itu akan menolong atau tidak menolong.
28
CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MENOLONG
Siapa individu yang cenderung untuk bertingkah laku prososial? Tentunya berkait rapat dengan personaliti dan juga emosi etc. nya.
30
Ciri Personaliti Sifat pengasuh Ciri-ciri fizikal – tinggi, gagah
Punyai latihan pertolongan cemas – polis, askar, bulan sabit merah, pengangkap. Berempati. Percaya bahawa tingkah lakunya akan dibalas (dengan keadilan) Bertanggungjawab sosial Punyai lokus kawalan dalaman Egosentrisme yang rendah
32
Mood dan TL Prososial Mood boleh mempengaruhi TLP
Mood gembira – mendorong TLP tetapi tidak semestinya kerana dengan TLP boleh mengganggu mood gembira. Mood tidak gembira – kurang cenderung TLP, tetapi ada yang cenderung TLP kerana untuk mahu berada dalam gembira dengan berTLP.
33
Simpati dan Empati Simpati – tunjukkan sedh/dukacita kepada mangsa tujuan untuk meringankan bebanan. Empati – merasai apa yang mangsa rasai. Dengan menolong mangsa dapat meringankan perasaan sedih Hipotesis empati-alturisme – Menolong mangsa boleh meringkankan perasaan sedih mangsa (altruistik) Menolong mangsa bertujuan untuk mengurangkan kemurungan diri sendiri – kepentingan peribadi (egoistik)
34
Perasaan Bersalah Manusia boleh didorong untuk bertingkah laku prososial dengan menanamkan rasa bersalah. Manusia yang pernah bersalah, cuba “menebus” kesalahannya dengan bertingkah laku prososial.
35
FAKTOR SITUASI DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL
Tingkah laku prososial adalah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor yang berada dalam persekitaran seperti cuaca dan kehadiran orang lain.
36
Kehadiran Orang Lain Kehadiran orang lain ketika berlakunya kecemasan mempengaruhi sama ada seseorang itu memberi bantuan atau tidak. Penyebaran tanggungjawab – kalau seorang (100% jatuh kepada dirinya sendiri), kalau 10 orang (hanya 10% - kurang terdorong). Kesamaran dalam pentafsiran ke atas situasi Orang lain yang tidak membantu boleh mempenagruhi tafsiran kita pada peristiwa Kebimbangan penilaian Kalau tidak menolong akan, apa orang lain kata, lebih-lebih lagi kita punyai pengalaman untuk menolong, dan kawan kita. Kalau menolong adakah pertolongan itu betul
37
Kondisi Persekitaran Cuaca, suhu, lokasi (bandar desa) boleh pengaruhi TLP. Hasil kajian: bandar kecil/kampung cenderung TLP; di bandar lebih individualisitik – terlalu banyak rangsangan (kersaratan minda) – tidak memikirkan kepentingan orang lain. Di bandar banyak stranger/orang yang tidak dikenali. Kebisingan – bunyi bising sebabkan sukar untuk mendengar suara minta tolong.
39
Tekanan Masa Kajian: dalam keadaan tergesa-gesa kurang cenderung menolong. Masa merupakan kos yang perlu dikorbankan. Manusia cenderung menolong sekiranya tidak melibatkan kos yang tinggi.
40
CIRI MANGSA Ciri mangsa juga penting sama ada bantuan diberi atau tidak. Manusia bersifat selektif dalam memberikan bantuan – sejantina, senegeri, sama sikap etc. Daya tarikan – biasanya orang yang menarik lebih cenderung/mudah mendapat bantuan; persamaan ciri juga berpengaruh. Atribusi sosial – cuba mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan bencana: faktor dalaman atau luaran.
42
INDIVIDU YANG MENERIMA PERTOLONGAN
Adakah semua orang mahu menerima pertolongan yang diberi? Siapakah mereka yang menerima / tidak mahu menerima pertolongan?
43
Mendapatkan Pertolongan
Daripada kajian: Mereka yang menarik lebih cenderung meminta bantuan daripada yuang tidak menarik, mengapa? Bagi wanita, lebih cenderung meminta tolong kepada lelaki yang lebih menarik. Mudah dan tidak malu meminta bantuan sekiranya orang yang diminta bantuan bersendirian dan tidak ramai.
44
Reaksi terhadap pertolongan yang diberi
Mengapa kadang kala seseroang tidak mahu menerima bantuan? Kerana ada implikasinya. Orang kaya memberi bantuan kepada orang miskin – pengiktirafan kekayaan orang kaya. Tidak mahu meminta tolong – khuatir tidak mampu bayar balik. Tidak mahu menerima bantuan – takut kebebasannya terbatas (terikat dengan pemberi bantuan). Ketika Pilihan raya! Tidak mahu menerima bantuan – merendahkan harga kendiri (ancam ego)
45
RUMUSAN Definisi tingkah laku prososial Teori tingkah laku prososial
Model kognitif Latane dan Darley Model bangkitan dan kos yang ditanggapi Faktor situasi dan tngkah laku prososial Ciri mangsa yang memerlukan pertolongan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.