Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHamdani Atmadja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Pengaruh Persekitaran Terhadap proses pengumpulan Berita
UNIT 5 Pengaruh Persekitaran Terhadap proses pengumpulan Berita
2
Media massa adalah medium yang memikul tanggungiawab dalam menyebar berita, menganalisis keadaan dan membentuk pendapat umum. Seharusnya, media massa adalah bebas daripada sebarang pengaruh terutama dalam proses pengumpulan berita.
3
Namun begitu, ia tidak terjadi sebegitu
Namun begitu, ia tidak terjadi sebegitu. Faktor-faktor persekitaran seperti politik, ekonomi, sosial dan teknologi amat mempengaruhi proses pengumpulan berita di sesebuah organisasi media.
4
A. Pengaruh politik Ia terbahagi kepada 2 pengaruh iaitu:- 1. Secara langsung Pengaruh politik secara langsung adalah dalam bentuk pemilikan akhbar sama ada secara terus oleh parti dan pemimpin kerajaan.
5
Sebagai contoh: akhbar arus perdana sentiasa dikaitkan dengan pemilikan oleh parti politik kerajaan. Di peringkat nasional, parti politik utama seperti UMNO dan MCA sejak sekian lama telah berusaha untuk menguasai akhbar. Akhbar seperti New Straits Times, Berita Harian, dan Utusan Malaysia sering dikaitkan dengan UMNO manakala The Star dikaitkan dengan MCA.
6
Tujuan Pengaruh Politik Secara Langsung Ke atas Media
1. Akhbar yang dikuasai oleh kerajaan ini akan bersikap press rakan, dan tidak akan bertindak untuk berseteru dengan kerajaan. 2. Mereka boleh mengarahkan bahan yang boleh disiarkan dan tidak boleh disiarkan.
7
3. Melalui TV, suratkhabar, radio dan Internet parti-parti politik mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan, penerangan bagi mengukuhkan sokongan mereka. 4. Menyebarkan maklumat kepada umum demi meraih kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap parti masing-masing.
8
2. Secara Tidak Langsung Secara tidak langsung adalah merujuk kepada pengaruh organisasi sendiri iaitu pemilik organisasi atau penerbit. Menurut Ahmad Sebi (1996) setiap media massa ada polisinya. Polisi ini dapat membantu media menentukan arah dan tujuan, tugas dan tanggungjawabnya. Polisi kebanyakan media ditentukan oleh pengarang atau lembaga pengarang yang memimpin jabatan pengarang yang ditentukan berita yang patut disiarkan dan yang tidak patut disiarkan.
9
B. Pengaruh Ekonomi 1. Pemegang Saham
Menurut Mus Chairil (2000) organisasi media sebagai sebuah entiti komersial terpaksa mengambil kira kepentingan pemilik sahamnya. Pemilik saham sebagai tuan punya sebenar sesebuah organisasi itu boleh menetapkan perkara-perkara yang bakal disiarkan dalam sesebuah akhbar. Ini adalah untuk memastikan pelaburan itu mendatangkan pulangan yang wajar. Ini kerana pemegang saham mahu melihat keuntungan yang bertambah melalui peningkatan jumlah jualan (Ahmad Sebi,1996).
10
2. Pengiklan Pengiklan juga berpengaruh dalam menentukan berita atau rencana yang disiarkan oleh media massa. Bobbitt dan Sullivan (2005), komitmen berkaitan pengiklanan kepada pihak editor sebagai pertukaran untuk liputan berita. Sumber berita bersetuju membeli iklan paling minimum, dan sebagai pertukaran, penerbit akan menyiarkan berita yang positif. Strategi “buy an ad, get a story” adalah kebiasaan dalam kalangan penerbitan.
11
Menurut Chamil (2008) editor akan bekerjasama dengan bahagian periklanan masing-masing untuk mengetahui syarikat yang banyak berbelanja untuk iklan di media berkenaan. Faktor komersial ini dilihat telah mempengaruhi bilik-bilik berita di negara ini. Syarikat yang banyak mendapat publisiti dalam segmen perniagaan media massa tertentu berkemungkinan mempunyai hubungan yang baik dengan peneraju editorial atau banyak membelanjakan untuk ruangan iklan dalam media berkenaan.
12
Contoh: wujud konflik antara syarikat pengeluar roti Gardenia dengan TV3 kerana stesen ini menyiarkan berita yang meragui mengenai status halal produk tersebut. Penyiaran berita tersebut telah menyebabkan mereka membatalkan penempahan iklan di TV3 menyebabkan stesen televisyen swasta tersebut kehilangan sumber pendapatan. Walau bagaimanapun, mereka mengiklankan semula selepas menyedari tindakan tersebut merugikan diri sendiri.
13
Kajian menunjukkan pengiklan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pengumpulan berita. Kajian menunjukkan bahawa pengaruh faktor ini kuat kerana pihak pengamal media mengakui bahawa mereka menerima arahan daripada pihak atasan seperti Ketua Pegawai Eksekutif yang meminta mereka membuat liputan berkenaan organisasi-organisasi tertentu, khususnya pengiklan besar yang telah menyumbang dalam bentuk iklan yang berjumlah berbilion ringgit
14
C. Pengaruh Sosial (Pembaca, pendengar & penonton)
Golongan 3P juga amat berpengaruh dalam proses pengumpulan & penulisan berita. Mereka lebih tertarik terhadap cerita “ringan”, atau “escapism”, yang boleh membawa mereka jauh daripada kebosanan tugas seharian. Jika tidak menyajikan cerita begini mereka berhenti membeli dan rating akan merosot. Pengaruh sosial ini memberi kesan kepada:-
15
1. Jenis Berita yang diterbitkan
Kajian oleh Abd. Halim dan Zarin (2009), mendapati bahawa remaja kini kerap memilih membaca berita hiburan dan kandungan berita yang mempunyai unsur-unsur hiburan dan berita ringan. Berita hiburan mudah untuk difahami dan tidak membebankan fikiran sepertimana membaca berita politik dan ekonomi
16
2. Corak Liputan Liputan merujuk pada nisbah ruangan yang melebihkan ruangan hiburan berbanding maklumat. Contohnya, Mus Chairil dan Samsudin (1995), mendapati Berita Harian merupakan akhbar yang paling banyak menyiarkan artikel hiburan. Remaja cenderung membaca berita hiburan dalam Berita Harian selama tujuh jam seminggu (Samsudin, 1994).
17
3. Aspek bentuk Aspek bentuk melihatkan penggunaan gambar dan grafik yang berwarna warni. Raeymaeckers (2004), mendapati penggunaan warna dalam reka letak mampu menarik perhatian remaja.
18
4. Gaya Liputan Merujuk pada liputan cerita tentang golongan selebriti dan artis. Ini kerana, golongan 3P sukakan kisah sensasi, gaya hidup artis (Johansson, 2008), di samping gambar-gambar wanita yang dieksploitasi (Wasserman, 2008).
19
5. Aspek trend kesedaran Merujuk pada maklumat terkini tentang fesyen, gaya berpakaian dan sebagainya untuk menarik perhatian remaja yang mementingkan gaya penampilan.
20
D. Pengaruh Teknologi Pengumpulan berita melalui teknologi terkini adalah penggunaan Internet (International Networking) Antara aplikasinya:- Mel elektronik ( ). Aplikasi rangkaian sedunia (WWW) Laman jaringan sosial seperti Facebook Blog. 5. Groupware dll.
21
Pengaruh teknologi ini memberi kesan kepada pengumpulan berita dari segi:-
A. Kesan Positif Melalui teknologi, maklumat mudah diperolehi apabila diperlukan oleh pihak pengurusan. Kelebihan bersaing dengan media yang lain dari segi penerbitan berita, memperluaskan berita dan meningkatkan pencapaian organisasi ke peringkat global.
22
B. Kesan Negatif 1. Walaupun Internet membekalkan maklumat, akan tetapi bukan semua wartawan yang celik mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat supaya maklumat yang diingini akan diperolehi. 2. Masalah kurang pengetahuan menggunakan Internet dalam mencari maklumat. 3. Batasan pengetahuan mengenai masalah-masalah teknikal.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.