Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU  .

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU  ."— Transcript presentasi:

1 PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU

2 Kerajaan ini terletak di Vietnam Tengah sekarang ini.
Harry Judge (1991), Kerajaan Melayu Campa telah wujud sejak abad kedua Masihi.   Kerajaan ini terletak di Vietnam Tengah sekarang ini.   Apabila telah ada kerajaan menurut lojiknya, sudah pastilah ada bangsa dan bahasanya, iaitu bangsa yang mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang berkenaan.   15-Nov-18

3 Terdapat sebuah prasasti (batu bersurat) yang bertarikh pada abad ke-4 Masihi.  Batu bersurat atau prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Ia ditemui di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan.  Tulisannya ringkas sahaja.  Mengikut Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi (1992), prasasti itu berbunyi: 15-Nov-18

4 putnav ya uran spuy di ko kurun ko jmay labuh nari
Siddham ni yan naga pun putnav ya uran spuy di ko kurun ko jmay labuh nari svarggah ya uran peribhu di ko, kurun saribu thun ko davan di naraka dnan tijuh kulo ko 15-Nov-18

5 Salam sejahtera inilah Naga dewa kepunyaan Raja
Salam sejahtera inilah Naga dewa kepunyaan Raja.  Sesiapa yang menghormatinya, orang itu akan beroleh anugerah dari syurga, sesiapa yang mengkhianatnya, orang itu akan masuk neraka selama seribu tahun sehingga tujuh keturunannya (Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1992; 22-23). 15-Nov-18

6 yan = yang naga = naga ni = ini uran = orang svarggah = syurga saribu = seribu thun = tahun naraka = neraka dnan = dengan tijuh = tujuh 15-Nov-18

7 Prasasti berbahasa Melayu tertua yang kedua ialah prasasti Sajamerta, iaitu sebuah prasasti yang ditemui di sebuah tempat di bahagian utara Jawa Tengah, di satu tempat yang bernama Sajamerta (atau dalam sebutan bahasa Jawa sebagai Sojomerto).  Prasasti ini bertarikh pada awal abad ketujuh Masihi, dan sifatnya agak ringkas juga.   15-Nov-18

8 1. ……. namah sysyaiva 2. Bhatara para mesyva- 3
1. …….. namah sysyaiva 2. Bhatara para mesyva- 3. ra sarvva daiva ku samvah hiya 4. mih iman is - anda dapu - 5. unta selendra namah santanu 6. namanda bapanda bhadravti 7. namanda ayanda sampula 8. namanda vininda selendra namah 15-Nov-18

9 1. Hormat takzim kepada Siwa 2. Bhatara Parameswa - 3
1. Hormat takzim kepada Siwa 2. Bhatara Parameswa - 3. ra dan semua dewa. Ku sungguh-sungguh menghormati 4. …… mih adalah …….. 5. yang mulia Dapunta Selendra Santanu 6. adalah nama ayahnya Bhadrawati 7. adalah nama ibunya Sampula 8. adalah nama isteri kepada yang mulia Selendra (Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1994: 13) 15-Nov-18

10 Sysyaiva = Syaiva = Siwa Bhatara = Betara Paramesyvara = Parameswara Sarvva = Sarwa = Seru daiva = dewa Samvah = sembah namanda = nama + nda bapanda = bapa + nda = bapa ayahanda = ayah + nda = ayah = ibu vininda = vini + nda = bini 15-Nov-18

11 Selain itu terdapat perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti yang berikut: Syaiva = Syiva = Siwa Bhatara = Betara Sarvva = sarwa = seru daiva = dewa 15-Nov-18

12 Akhiran “nda” sama seperti yang kita gunakan dalam bahasa Melayu moden seperti pada: ayahanda = bapa ibunda = bonda = ibu nenekanda = ninda = nenek kakanda = kakak atau abang adinda = adik mamanda = bapa saudara 15-Nov-18

13 Prasasti berbahasa Melayu tertua yang ketiga ialah Prasasti Kedukan Bukit.  Prasasti ini ditemui di sebuah kampung yang bernama Kedukan Bukit, di tepi sebuah sungai yang bernama sungai Tatung dan di kaki sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang.  Nama Bukit Seguntang ada tercatat dalam buku sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin).   15-Nov-18

14 Batu bersurat ini telah dikaji oleh Coedes 1
Batu bersurat ini telah dikaji oleh Coedes 1. Swasti syri Syakawarsatita 605 ekadasyi syu 2. Klapaksa wulan waisyaka dapunta hiyam nayik di 3. swanwau mangalap siddhayatra di saptami syuklapaksa 4. wulan jyestha dapunta hiyam marlapas dari minanga 5. tamwan mamawa yam wala dua laksna dangan kosya 6. dua ratus cara di samvau dangan jalan sariwu 7. tlu ratus sapulu dua wanyakna datam di mata yap 8. sukhasyita di pancami syukla-paksa wulan 9. laghu mudita datam marwuat wanua…. 10. Syriwijaya jaya sidda yatra subhiksa…. 15-Nov-18

15 Maksudnya 1. Selamat tahun Syaka telah berjalan 605 tanggal II 2
Maksudnya 1. Selamat tahun Syaka telah berjalan 605 tanggal II 2. separuh terang bulan Waisaka, yang Dipertuan Hyang naik di 3. perahu mengambil perjalanan suci. Pada tanggal 7 separuh terang 4. bulan Jyestra Yang Dipertuan Hyang berangkat dari Minanga 5. tamwan membawa bala (tentera) dua puluh ribu dengan tempat (tempat barang-barang bekal) 6. Dua ratus berjalan di perahu dengan jalan (darat) seribu 7. tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang mata yap (?). 8. bersuka-suka pada tanggal lima bulan 9. (dengan) mudah dan senang datang membuat kota… 10. Sriwijaya (dari sebab dapat) menang (kerana) perjalanan suci (yang menyebabkan) ke makmuran. (Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1992: 23M) 15-Nov-18

16 Dapunta hiyam = Dipertuan Hiyang nayik = naik marlapas = berlepas
            Syri                       =          seri, sri             Syaka                    =          saka             Wulan                   =          bulan             Dapunta hiyam     =          Dipertuan Hiyang             nayik                     =          naik             marlapas                =          berlepas             dari                        =          dari             mamawa                =          membawa             yam                       =          yang             wala                      =          bala (tentera)             dua laksa               =          dua laksa             dangan                  =          dengan 15-Nov-18

17 sapulu dua = sepuluh dua = dua belas datam = datang
            dua ratus               =          dua ratus             jalan                      =          jalan             sariwu                   =          seribu             tlu ratus                 =          telu ratus             sapulu dua             =          sepuluh dua           =          dua belas             datam                    =          datang             sukhasyita             =          sukacita             marwuat                =          berbuat             wanua                    =          benua             syriwijaya             =          Sriwijaya 15-Nov-18

18 Selain prasasti Kedukan Bukit ini masih banyak lagi prasasti yang lain, yang akan kita bahas lagi dalam bab-bab yang akan datang, seperti prasasti Kota Kapur, Karang Berahi, Ligor, Bukateja, Dang Pu Hawang Glis, Manjusyrigrha, Manila dan lain-lain. 15-Nov-18

19 b. terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit
a.   Kata-kata asli Melayu seperti dua, ratus, telu, lapas (lepas), bawa, datam (datang), wuat (buat), wanua (benua), wulan (bulan) dan lain-lain. b.   terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit c.   morfem terikat atau imbuhan seperti mar-(ber), maN-(meN-), na, d.   kata bilangan seperti dua ratus, sariwu tlu ratus sapulu dua (seribu tiga ratus dua belas), dan lain-lain. e.   kata-kata yang tidak banyak berubah seperti, ratus, di, cara, dua, dll. 15-Nov-18

20 f.    Fonem-fonem seperti s, c, d, k, p, t, w, a, u, l, m, n, y, ng, ny, j, r.
g.   Fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti: bh, kh, sy, dh, th.  Satu lagi perkara yang nyata ialah dalam bahasa Melayu kuno tidak terdapat pengaruh daripada bahasa Arab, sama ada fonemnya mahupun kosa katanya.  Sebaliknya pengaruh Sanskrit lebih menonjol seperti pada kosa kata, fonem dan juga tulisan. 15-Nov-18


Download ppt "PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU  ."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google