Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKENAL KETIKA PERANG DUNIA KEDUA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKENAL KETIKA PERANG DUNIA KEDUA"— Transcript presentasi:

1 PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKENAL KETIKA PERANG DUNIA KEDUA

2 SIR WINSTON LEONARD SPENCER-CHURCHILL
Winston Churchill adalah salah seorang pemimpin yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Beliau adalah seorang tokoh pemikir strategi perang.

3 LATAR BELAKANG WINSTON CHURCHILL
Lahir pada tahun 30 November 1874. Lahir dalam keluarga aristokrat berketurunan Dukes of Marlborough di England. Pernah menjadi seorang tentera dan terlibat dalam perang di British India dan Sudan, lalu menulis buku tentang pengalamannya sebagai seorang tentera. Giat berkecimpung dalam arena politik dan sastera. Sering terlibat dalam strategi peperangan ketika beliau memegang jawatan sebagai First Lord of the Admiralty apabila Perang Dunia Pertama bermula. Menjadi Perdana Menteri United Kingdom pada tahun 26 Oktober 1951 hingga 6 April 1955. Meninggal dunia pada 24 Januari 1965.

4 NILAI-NILAI WINSTON CHURCHILL
Menerajui United Kingdom dalam melawan arus peperangan dengan penuh kekuatan dan kesabaran. Seorang yang bijak berfikir. Beliau selalu merangka strategi untuk melawan musuh serta sabar dalam membalas serangan balas. Beliau tidak pernah mengaku kalah ketika Perang Dunia Kedua. Setiap kegagalan pasti dipelajari dan percaya akan tenteranya. Seorang yang optimistik. Beliau mengharapkan kemenangan mutlak dalam peperangan dan tidak sesekali menerima kekalahan. Mencipta simbol “peace” yang masih digunakan hingga sekarang sebagai tanda keamanan.

5 Kebijaksanaannya ketika perang dunia.
Menarik negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia untuk bergabung menentang negara Paksi. Memberi ucapan yang membuatkan semangat askar British yang bertarung di Libya mampu mengalahkan tentera Paksi. Mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dalam menghantar tenteranya, di mana beliau terus tidak menghantar askarnya ke Jerman untuk membalas serangan. Namun dia bersabar dan menarik pertolongan negara –negara lain. Gambar di sebelah adalah gambar beliau bersama Presiden Roosevelt (Amerika) dan Joseph Stalin (Rusia) untuk berbincang mengenai kesepakatan untuk menentang tentera Paksi.

6 JENERAL BERNARD LAW MONTGOMERY
Seorang Jeneral yang terkemuka atas kepimpinan dan kejayaan beliau memenangi peperangan kereta kebal seterusnya menukar arus Perang Dunia Kedua.

7 LATAR BELAKANG JENERAL MONTGOMERY
Dilahirkan di Kennington, London pada tahun 1887. Terlibat dalam Perang Dunia Pertama sebagai prebet kecil, di mana dia telah ditembak di paru-paru kanan. Setelah kembali daripada kecederaan, beliau telah menjadi ketua staf tentera dan memimpin tentera dalam Pertempuran Arras. Beliau juga terbabit dalam Pertempuran Arnhem, di mana beliau gagal menjayakan misi tersebut sebagai Komander. Mengemudi Batalion ke-17 Tentera Kereta Kebal Diraja dan memenangi Perang al-Alamin.

8 NILAI-NILAI DIRI JENERAL MONTGOMERY
Mengemukakan strategi yang berkesan yang mengakibatkan pengunduran Jeneral Rommel yang mengetuai barisan Nazi ketika perang al-Alamin. Membuat jangkaan tepat tentang jangka masa peperang dan jumlah kematian dalam peperangan. Tidak mahu membuat serangan selagi tenteranya tidak bersedia, di mana tentera beliau gembira dengan keputusan itu. Mengalahkan semua Komander musuhnya melalui strategi yang tidak terburu-buru dan kesabarannya. Kekuatan Nazi Jerman sedikit sebanyak dipatahkan oleh peperangan yang dimenangi beliau.

9 LEFTENAN ADNAN SAIDI Seorang pahlawan tanah air yang mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada cengkaman sebuah negara Paksi ketika cetusan awal Perang Dunia Kedua.

10 LATAR BELAKANG LEFTENAN ADNAN
Dilahirkan di Kg Sungei Ramai, Kajang, Selangor pada 1915. Dia dan adik-adiknya semua merupakan anggota tentera yang berkhidmat untuk Tanah Melayu. Ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu dan dilantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936. Kemudian dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus latihan pegawai yang membawa kepada pangkat Leftenan Muda. Setelah tamat kursus, beliau dilantik sebagai Ketua Platun ke-7, Kompeni C. Pada tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang, Singapura ketika Perang Dunia Kedua semakin hampir.

11 NILAI-NILAI LEFTENAN ADNAN
Pada 13 Feb 1942, peprangan bermula dan Leftenan Adnan bersama Kompeni C memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Tentera Jepun berundur. Pada tengah malam 14 Feb 1942 pula, Leftenan Adnan dan Kompeni C diarahkan untuk ke Pt. 226 Bukit Candu. Pada petang 14 Feb, Leftenan Adnan dan tenteranya berjaya menumpaskan sekitar 20 orang musuh dan ini memaksa sekali lagi tentera Jepun berundur. Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serang besar besaran dalam bilangan tentera yang ramai. Serangan tersebut telah menumpaskan Leftenan Adnan Saidi. kisah keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang masih lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia hingga sekarang.


Download ppt "PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKENAL KETIKA PERANG DUNIA KEDUA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google