Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LMCK1331 : KOMUNIKASI EFEKTIF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LMCK1331 : KOMUNIKASI EFEKTIF"— Transcript presentasi:

1 LMCK1331 : KOMUNIKASI EFEKTIF
NAMA : FATIN SYAMIMI BINTI HAMZAH NO. PENDAFTARAN : A151199 FAKULTI : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT KOS : SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN SET KURSUS : 125 TAHUN PENGAJIAN : TAHUN /2015 NAMA PENSYARAH : Dr. IBRAHIM BIN MOHAMED

2 LAPORAN PEMBUKTIAN Nama Program : NUMOSS STRATEGIC PLANNING AND TEAM BUILDING Jawatan yang disandang : AJK Makanan Tarikh Aktiviti : 21 Disember 2014 Program Strategic Planning and Team Building telah dianjurkan oleh kelab Komuniti Sumber Terbuka (KST) atau dikenali sebagai National University of Malaysia Open Source Society (NUMOSS), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Program ini telah disertai seramai 50 orang ahli kelab dan berlangsung pada hari ahad iaitu 21 Disember Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli-ahli kelab dan membincangkan tentang aktiviti dan perancangan yang akan dilaksanakan pada sem hadapan.

3 Sepanjang program ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK makanan
Sepanjang program ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi AJK makanan. Tugas saya adalah untuk mencari pengusaha makanan yang menawarkan harga yang berpatutan serta menyediakan keperluan makanan untuk ahli-ahli kelab. Pihak NUMOSS telah memberikan kami wang sebanyak RM550 untuk keperluan makanan iaitu RM2 setiap seorang untuk sarapan dan RM4.50 setiap seorang untuk makan tengahari bagi 80 orang ahli kelab. Pada mulanya, kami pihak AJK makanan ingin menempah makanan di Canselori tetapi harganya telah melebihi dari anggaran kami. Sejurus itu, kami berbincang dan berpakat untuk menanyakan di cafe fakulti kami, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Setelah berbincang dan saling bertukar pendapat dengan pihak cafe FTSM, akhirnya pihak cafe FTSM sudi menawarkan harga yang lebih murah dan makanan yang begitu menarik untuk program ini. Tambahan pula, kami dapat menjimatkan wang sebanyak RM30.

4 Selain daripada itu, saya juga merupakan fasilitator untuk program ini
Selain daripada itu, saya juga merupakan fasilitator untuk program ini. Tugas saya adalah membantu, memberikan kerjasama dan memastikan program ini berjalan lancar sepanjang program ini berlangsung. Setiap fasilitator akan diberikan satu kumpulan untuk dijaga. Jikalau ahli kumpulan tidak mengerti tentang aktiviti yang dijalankan, kami akan menerangkan lebih mendalam kepada mereka. Ahli kelab mula mendaftar seawal 8.00 pagi. Aktiviti senaman pagi dimulakan selepas sesi pendaftaran.

5 AJK makanan sedang menyediakan minuman dan makanan untuk ahli kelab.
Juadah pagi : nasi lemak + teh o’ suam.

6 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

7

8 Secara kesimpulannya, program Strategic Planning and Team Building berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ikatan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara ahli-ahli dalam kelab ini.


Download ppt "LMCK1331 : KOMUNIKASI EFEKTIF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google