Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
APA ITU TEKANAN (STRES) ?
SECARA TEKNIKALNYA MANUSIA AKAN MENGHADAPI TEKANAN (STRES) APABILA IA MULA MERASA ANCAMAN ATAU CABARAN FIZIKAL, EMOSI DAN PSIKOLOGIKAL BERLAKU KE ATAS DIRINYA. KITA MENGALAMI DAN MENGHADAPI TEKANAN NEGATIF KETIKA KITA DALAM KEADAAN TIDAK SELESA, TAKUT, DIGANGGU EMOSI, KELETIHAN MENTAL DAN FIZIKAL, BERMASALAH, FIKIRAN TERGANGGU BERKESUDAHAN DENGAN BERASA KETEGANGAN YANG AMAT MEMBIMBANGKAN. KEBIMBANGAN MEMBAWA PADAH KEPADA PERUBAHAN FISIOLOGIKAL YANG AKAN MENGGUGAT SISTEM TUBUH UNTUK BERTINDAK BALAS YANG DIPANGGIL “FIGHT OR FLIGHT RESPONSES”.
2
JENIS TEKANAN TEKANAN POSITIF (EUSTRESS) JUGA MEMPUNYAI TIDAKBALAS YANG SAMA SEPERTI PERUBAHAN FISIOLOGIKAL DAN MENTAL AKAN BERLAKU TETAPI IANYA MEMBAWA KEPADA RESPONSE YANG BERFAEDAH DAN MENGUNTUNGKAN. TEKANAN NEGATIF (DISTRESS) MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN TUBUH YANG MENGHASILKAN BANYAK CIRI-CIRI BERPENYAKIT DAN JIKA TIDAK DIBENDUNG AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI DALAM JANGKA MASA DEKAT ATAU PANJANG. TEKANAN INI DIIBARATKAN SEBAGAI “TIME BOMB” YANG AKAN MELETUP PADA BILA-BILA MASA.
3
TINDAK BALAS FISIOLOGI KETIKA DALAM KEADAAN STRESS
DALAM KEADAAN STRES, SISTEM SARAF SIMPATATIK AKAN DIRANGSANGKAN OLEH KELENJAR HIPOTALAMUS DAN GERAK BALAS BERIKUT AKAN BERLAKU: - KELENJAR PITUITARI AKAN MEREMBES HORMON ACTH (adrenocorticotropik dan endorphine) DAN SETERUSNYA MERANGSANG KELENJAR ADRENAL UNTUK MENGELUARKAN HORMON KORTISOL. KORTISOL BERAKSI DALAM HATI DAN MEMINDAHKAN GLIKOGEN KE DALAM GLUKOSA DARAH UNTUK MENGHASILKAN TENAGA YANG CEPAT DAN BANYAK. SISTEM PARASIMPATATIK BERTINDAK BALAS KETIKA KEADAAN KEMBALI TENANG.
4
PERUBAHAN SISTEM TUBUH KETIKA STRES
PERNAFASAN MENJADI CEPAT MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK OKSIGEN. KADAR NADI JANTUNG MENINGKAT MENGHASILKAN PEREDARAN DARAH YANG BANYAK UNTUK MEMBAWA GLUKOSA (TENAGA) KE BAHAGIAN OTOT TULANG RANGKA. SALURAN DARAH AKAN MEMBESAR DAN TEKANAN JANTUNG MENINGKAT. PELUH SEJUK MULA MENINGKAT DAN OTOT MENJADI TEGANG. PROSES PECERNAAN TERGANGGU KERANA DARAH MENGALIR KE OTOT SKELETON. MULUT MENJADI KERING DAN PUPILS MATA MEMBESAR. ANGGOTA BADAN MENGGETAR DAN SUARA KASAR KURANG JELAS. OTOT PUNDI KENCING RELAKS. DADAH ENDORFIN MENGALIR KE KULIT. SISTEM IMUNISASI MENJADI LEMAH.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.