Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI"— Transcript presentasi:

1 FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Kursus BBM 5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu Kredit: 3 (3+0) Pensyarah: Prof. Madya Dr Che Ibrahim bin Salleh BLett. (Hons) & Dip.Ed., MS., PhD. Bidang: Tatabahasa, Linguistik Terapan Pelajar: MA (Bahasa Melayu) / Master Bahasa Melayu

2 BAHASA, PEMIKIRAN DAN ALAM

3 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat menyimpulkan hubungan antara bahasa, pemikiran dan alam berasaskan fungsi bahasa

4 BAHASA, PEMIKIRAN DAN ALAM
Persoalan tentang bahasa, pemikiran dan alam sudah menjadi dominan dalam kalangan ahli falsafah, ahli bahasa dan ahli psikologi. Ahli falsafah ialah orang yang memiliki kemampuan pengetahuan dan penyelidikan dengan akal budi tentang hakikat segala yang ada, sebab, asal, dan hukumnya. Ahli bahasa ialah orang yang mahir dalam pengetahuan bahasa. Ahli psikologi ialah orang yang mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan proses mental baik normal atau abnormal dan pengaruhnya pada perilaku, atau ilmu pengetahuan tentang gejala dan kegiatan jiwa.

5 Terdapat dua pandangan berhubung dengan persoalan bahasa, pemikiran dan alam, iaitu:
1. bahasa, pemikiran dan alam memang mempunyai hubungan timbal balik secara dua hala 2. bahasa, pemikiran dan alam bukanlah faktor penentu antara satu dengan lain. Setiap satunya mempunyai sistem yang berautonomi Kedua-dua pandangan tersebut hanya berbeda dari segi cara pertalian bahasa, pemikiran dan alam, namun sama dari segi kewujudan hubungan ketiga-tiga elemen tersebut.

6 Wujudnya hubungan itu kerana bahasa menjadi alat kepada pemikiran dan alam nyata ialah sumbernya.
Ini terbukti kerana bahasa terdiri daripada sistem lambang, yang menyatakan sesuatu hal atau mengandung maksud tertentu, iaitu pengenal yang tetap (menyatakan sifat, keadaan dan sebagainya). Sistem lambang membayangkan kewujudan hubungan antara bunyi percakapan dengan rujukan.

7 Hubungan antara bunyi dengan rujukan bunyi itu tidaklah bersifat mutlak. Misalnya kata wanita bukanlah benda konkrit walaupun boleh dipegang, dibelai, dan sebagainya, tetapi mewakili benda itu. Oleh sebab itu, kata wanita bolehdiwakili oleh kata ibu, kaum hawa, betina, perempuan, dara, puteri, gadis, janda, isteri… Dalam konteks lebih luas, kata wanita dalam bahasa Melayu, diwakili oleh kata ang babae dalam bahasa Tagalog, woman / ladies dalam bahasa Inggeris …

8 Jelaslah bahawa lambang tidak sama dengan benda, tetapi mewakili benda itu sahaja. Samalah halnya dengan peta sebuah negeri, bukanlah negeri itu, tetapi bayangan kawasan negeri itu sahaja. Lambang ialah pewujudan konsep dan konsep ialah gambaran mental daripada objek, proses atau apa-apa pun yang ada di luar bahasa, yang digunakan oleh akal budi untuk memahami hal lain. Konsep juga hasil daripada persepsi. Persepsi ialah kesedaran kita melalui pancaindera terhadap alam sekeliling. Walaupun persepsi mewujudkan bahasa, namun persepsi boleh wujud tanpa bahasa.

9 Dalam hal hubungan bahasa dengan alam nyata, terdapat dua aliran pemikiran, iaitu:
1. bahasa mencerminkan alam nyata 2. bahasalah yang membuatkan kita memahami alam nyata

10 Hubungan antara bahasa, pemikiran dan alam dapat dijelaskan melalui beberapa fungsi bahasa. Antaranya: 1. Menyembunyikan fikiran Bahasa bukan sahaja digunakan untuk menyatakan fikiran, tetapi juga untuk maksud tertentu. Misalnya untuk kepentingan nasional, golongan atau kelompok masyarakat atau kepentingan peribadi. Dalam konteks ini, bahasa digunakan dalam syarahan, ceramah, resolusi, membuat keputusan, dan sebagainya. Contohnya tentulah diambil daripada alam nyata.

11 2. Petunjuk kebudayaan Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup mereka, persekitaran (alam sekitar), dan sosial mereka.. Hal ini terlihat jelas dalam kosa kata sesuatu bahasa. Misalnya dalam masyarakat petani, tentulah banyak kosa kata tentang tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang berdasarkan bentuk, warna dan rasa. Dalam masyarakat nelayan pula, tentulah banyak kosa kata tentang ombak, angin, layar, gelombang, laut, gelora, ikan, udang, sotong, dan sebagainya.

12 3. Fungsi persuasif Persuasif bermaksud memujuk secara halus supaya menjadi yakin. Dalam konteks ini, bahasa bertujuan untuk menganjurkan sesuatu idea yang ideal. Misalnya tentang perpaduan, perdamaian, keadilan, demokrasi, kebangsaan, kesejahteraan… Fungsi ini bertujuan positif tetapi kesannya tetap negatif.

13 4. Fungsi mengancam Bahasa digunakan untuk mengancam. Penampilan ancaman itu melalui tiga peringkat, iaitu keras,sederhana dan lembut. Keras bersifat memaksa, tegas dan betul-betul. Sederhana bermaksud bersahaja, tidak berlebih-lebih, dan lembut bermaksud lunak dan halus.. Pada peringkat lembut selalunya terselindung idea yang baik dalam bentuk ancaman. Kesannya lebih hebat dan tuntas.

14 5. Bahasa dalam upacara Dalam upacara amal, selalunya digunakan bahasa tertentu, iaitu bahasa yang pada umumnya tidak difahami oleh orang banyak untuk menimbulkan kesan. Hal ini terlihat jelas dalam mantera masyarakat Melayu lama. Mantera ialah perkataan atau ucapan yang dapat mendatangkan daya ghaib (dapat menyembuhkan dan mendatangkan celaka), dalam bentuk susunan kata berunsur puisi (rima, irama) yang dianggap mengandung kekuatan ghaib, biasanya diucapkan oleh dukun atau pawang untuk menandingi kekuatan ghaib yang lain.

15 6. Bahasa sebagai alat akliah
Bahasa dapat mewujudkan pelbagai kegunaan akliah (masuk akal). Bahasa seseorang itu merupakan suatu manifestasi daripada kandungan batin (perasaan hati) dalam kesedaran pada peringkat yang berbeda. Bermula dengan fikiran yang mempunyai pelbagai citra kepada konsep yang mujarad. Perkaitan antara kandungan batin dengan peringkat mujarad inilah yang menjadi tumpuan pemikiran.

16 7. Kerjasama dalam masyarakat
Semua kerjasama pelbagai usaha yang diperlukan untuk berfungsinya masyarakat, hanyalah dapat dicapai melalui bahasa. Tanpa bahasa, fungsi itu tidak dapat dicapai sama sekali. Bagaimana ahli masyarakat dapat bekerjasama jika ideanya tidak dapat disampaikan dengan efisien dan berkesan.

17 8. Bahasa menunjukkan bangsa
Dalam masyarakat Melayu, ungkapan itu bermaksud budi bahasa yang halus, menunjukkan orang baik, dan perangai atau tutur kata yang tidak senonoh, menunjukkan orang yang tidak baik. Dengan perkataan lain, bahasa menunjukkan tingkah laku dan budi pekerti seseorang. Bangsa dikaitkan dengan rupa bentuk dan kawasan tertentu. Ini bermakna, bahasa dan bangsa dapat dikaitkan dengan semangat, fikiran dan pandangan sarwa seseorang.

18 HUBUNGAN BAHASA, PEMIKIRAN DAN KONSEP
Hubungan ini dijelmakan melalui empat kemungkinan 1. Jika dapat berfikir dengan baik, tetapi bahasa tidak baik, konsep yang baik akan diwujudkan dalam bahasa yang tidak baik. 2. Jika tidak dapat berfikir dengan baik, dan tidak dapat berbahasa dengan baik, maka konsep tidak baik wujud dalam bahasa yang tidak baik. 3. Jika tidak dapat berfikir dengan baik, tetapi dapat berbahasa dengan baik, maka konsep tidak baik wujud dalam bahasa yang baik. 4. Jika dapat berfikir dengan baik, dan dapat berbahasa dengan baik, maka konsep yang baik wujud dalam bahasa yang baik.

19 Bahasa membayangkan fikiran dan pengalaman alam penutur ibunda bahasa itu. Ini bermakna penutur yang bukan bahasa ibundanya tidak terikat secara mutlak dengan fikiran dan pengalaman alam bahasa yang dituturkan itu. Demikianlah penerimaan kita terhadap bahasa Inggeris, tidak akan mengubah pandangan sarwa kita. Demikian juga penerimaan bahasa Melayu oleh orang Cina dan India tidak akan mengubah pandangan sarwa mereka.

20 Elemen penentu yang utama hubungan timbal balik antara bahasa, fikiran dan tingkah laku ialah kata (bahasa), penutur dan pendengar. Dalam bahasa Melayu, terdapat banyak kata yang mempunyai banyak makna. Misalnya kata mujarad seperti demokrasi, jujur, adil, pahlawan, keseimbangan, pembangunan, kebahagiaan… makna demokrasi pada kita berbeda dengan demokrasi pada komunis. Liberal di Amerika Syarikat membayangkan orang yang menentang golongan kanan. Di tempat kita, liberal itu ialah golongan kanan.

21 Jelaslah bahawa bahasa, pemikiran dan alam mempunyai hubungan yang sangat erat. Anggapan ini berasaskan tanggapan bahawa bahasa ialah hasil persepsi manusia terhadap alam sekitarnya dan juga hasil pemahaman manusia terhadap alam nyata. Hakikat inilah yang menjadi dasar falsafah hubungan elemen tersebut.

22 KESIMPULAN Bahasa, pemikiran dan alam mempunyai hubungan dua hala yang saling mempengaruhi Dua aliran pemikiran tentang hubungan antara bahasa dengan alam, iaitu bahasa mecerminkan alam nyata dan bahasa membuatkan kita memahami alam nyata Hubungan bahasa, pemikiran dan alam berasaskan fungsi bahasa, iaitu penyembunyian fikiran, petunjuk kebudayaan, persuasif, ancaman, bahasa dalam upacara, alat akhliah dan jiwa bangsa Bahasa ialah hasil persepsi manusia terhadap alam nyata

23 KATA BIJAK PANDAI MASA LALU MEMANG BERSAMA KITA, TETAPI KITA TIDAK BERSAMA MASA LALU. KITA BERSAMA SAMA KINI. KITA MEMANG MEMBUAT MASA HADAPAN, TETAPI KITA TIDAK BERSAMA MASA HADAPAN


Download ppt "FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google