Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kata Nama Am.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kata Nama Am."— Transcript presentasi:

1 Kata Nama Am

2 DEFINISI Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

3 Manusia , orang: ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku Tempat: pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

4 JENIS-JENIS KATA NAMA AM
Kata nama am dapat dibahagikan kepada: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat Contoh: buku, meja, kawan, petani, sekolah, dan sebagainya

5 (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Contoh: cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan sebagainya

6 Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah (Pada akhir ayat) Gajah itu berbadan besar (Pada awal ayat)

7 Kata Nama Khas

8 DEFINISI Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

9 Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

10 Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah b)orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long c)binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil d)tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur

11 Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar:
Manusia: Zaidi, Mei Fong, Subramaniam Binatang: Tompok (kucing), Jalak (ayam) Tempat: Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) Bangunan: Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) Judul buku: Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) Benda: Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

12


Download ppt "Kata Nama Am."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google