Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Laporan SISC+ Januari - April 2014
LAPORAN UNIT SISC+ SEKOLAH MENENGAH DAERAH TAWAU Januari hingga Mei 2014 DISEDIAKAN OLEH : MUSNIA BINTI ABDULLAH MADSLIN BIN MADLASIM CHU KET MEE Kumpulan 1
2
SISC+ (PDCA) Plan, Do, Check, Action
3
SISC+ (PDCA) Plan, Do, Check, Action
TARIKH PERKARA LOKASI DAPATAN/IMPAK Januari ke Februari ‘DEMONSTRATION LESSON’ untuk guru-guru Bahasa Inggeris (JAN – FEB 2014) Semua sekolah menengah daerah tawau Murid seronok semasa aktiviti nyanyian. 24 hingga 26 Februari 2014 BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SERTA PEMBINAAN ITEM KBAT (24-26 Februari 2014) SMK ABAKA Maklumat tentang skema dan item kbat dapat diaplikasi dalam PdP sterusnya meningkatkan keyakinan guru 5 April 2014 (Hari Sabtu) BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 & 2 (5 April 2014) Guru dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dari bengkel pemarkahan ke dalam pengajaran. 23 April 2014 KURSUS PEMANTAPAN PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK (23 April 2014) SK TG BATU KERAMAT Maklumat yang diperoleh dalam kursus membolehkan guru mengemaskini / memurnikan fail-fail panitia yang sedia ada berserta dengan isi kandungannya.
4
SISC+ (PDCA) Plan, Do, Check, Action
BIL NAMA SEKOLAH SISC+ BM BIL COACHEE SISC+ BI SISC+ MAT KEKERAPAN LAWATAN SEHINGGA MEI 1 SMK UMAS-UMAS / 4 2 2 SMK WALLACE BAY 3 3 SMK KALABAKAN 4 SMK JAMBATAN PUTIH 5 SMK WAKUBA 1 6 SMK KABOTA 7 SMK TAWAU II 8 SMK BALUNG 9 SMK MEROTAI BESAR 10 SMK PASIR PUTIH 11 SMK KINABUTAN 12 SMK JALAN APAS 13 SMK TITINGAN BIMBINGAN DIBERI BERDASARKAN CADANGAN KETUA PANITIA DAN KETUA BIDANG SEKOLAH MASING-MASING.
5
SISC+ (PDCA) Plan, Do, Check, Action
DAPATAN BIMBINGAN KEKUATAN Murid berinteraksi baik dengan guru. Aktiviti berpusatkan murid – pembahagian kumpulan atau berpasangan. Elemen KBAT dalam PdP. ISU DAN INTERVENSI Penyediaan Buku Rekod Mengajar - RPH Aktiviti berpusatkan guru – secara kuliah dan sehala. Ada aktiviti tapi tidak dipelbagaikan. Cadangan Bahan Bantu Mengajar Menggalakkan penggunaan i-think dalam PdP Tidak membuat penutup
6
PROGRAM SISC+ SEKOLAH MENENGAH (JAN-APRIL)
SISC+ (PDCA) Plan, Do, Check, Action Action PROGRAM SISC+ SEKOLAH MENENGAH (JAN-APRIL) ‘DEMONSTRATION LESSON’ untuk guru-guru Bahasa Inggeris (JAN – FEB 2014) BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SERTA PEMBINAAN ITEM KBAT (24-26 Februari 2014) BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 & 2 (5 April 2014) KURSUS PEMANTAPAN PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK (23 April 2014) Pengurusan Panitia Headcount SKPM Standard 4 PBS / PT3
7
BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SERTA PEMBINAAN ITEM KBAT
24 hingga 26 Februari 2014 Objektif : Memberi pendedahan kepada guru-guru Bahasa Melayu Skema pemarkahan SPM terkini Mendedahkan bentuk-bentuk item KBAT dalam Bahasa Melayu kepada guru-guru Kehadiran : semua sekolah dapat menghantar wakil Maklum balas: Bengkel yang baik dan berkesan kerana dapat memberi perkongsian ilmu baharu tentang pemarkahan dan KBAT Pengisian yang sangat baik – mudah difahami Penerangan dan penyampaian yang mantap kerana Penceramah yang berpengalaman dan dapat memberi maklumat terkini Dapat meningkatkan pengetahuan dan pemikiran guru bagi merancang PdP yang berkesan kelak Pengurusan yang teratur dan sistematik, tempat yang selesa, kemudahan yang kondusif, bahan yang mencukupi dan layanan AJK yang mesra
8
HARI PERTAMA BENGKEL – BENGKEL PENYEMAKAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM OLEH PUAN FARIDAH ALI (KETUA PASUKAN PEMERIKSA KERTAS1 NEGERI SABAH)
9
HARI KEDUA BENGKEL – BENGKEL PENYEMAKAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM OLEH ENCIK NORAZMIE RAMIN (PEMERIKSA KERTAS 2 NEGERI SABAH)
10
HARI KETIGA BENGKEL – BENGKEL PEMBINAAN ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) OLEH ENCIK POJOJONGI BIN BACHO (PANEL KBAT SEKOLAH MENENGAH NEGERI SABAH) DAN MAJLIS PENUTUPAN OLEH ENCIK GAVI LAON MARCUS SOPHIAN (KETUA UNI BAHASA)
11
DAPATAN KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM
DILAKUKAN BERDASARKAN INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM BPSH / JPN / PPW / PPD (PK06-5) DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN.
12
Dapatan Kajian ULASAN PESERTA TENTANG KOMITMEN MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANYANG DIPEROLEH DARIPADA LATIHAN DALAM TUGAS HARIAN. Meningkatkan kemahiran guru, khususnya teknik dan cara penyemakan skrip jawapan pelajar, seterusnya membantu dalam PdP. Sudah dilaksanakan bersama-sama dengan pelajar dan guru-guru bahasa melayu dalam panitia. Bengkel tersebut telah banyak memberi ruang dan peluang kepada guru bukan opsyen untuk mengenal, memahami dan membuat analisis tentang kaedah pengajaran bahasa melayu yang boleh diusahakan dibangunkan sesuai dengan potensi pelajar dan memenuhi kehendak KPM Skema pemarkahan yang dipelajari semasa bengkel, sudah diaplikasikan dalam PdP. KBAT pula diaplikasikan kepada pelajar kelas depan, kelas belakang telah diberi pendedahan tentang KBAT dan pengaplikasian bermula penggal kedua Menambahkan pengetahuan dan memperoleh pengalaman kendiri yang lebih dalam menyemak kertas. Secara tidak langsung memberi pendedahan yang telus dan memberi keyakinan kepada guru dalam menyemak jawapan pelajar. Syabas dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya mengadakan bengkel sedemikian buat julung-julung kalinya. Bengkel seperti ini amat sesuai dijalankan pada awal tahun dan melibatkan semua guru BM tingkatan 4 dan 5.
13
Dapatan Kajian Jadual 1 : Min Penilaian Kendiri & Penilaian Ketua Bengkel bagi Bengkel Penyemakan Penyemakan Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM dan Pembinaan Item KBAT Bagi Tahun 2014. Komponen Penilaian Kendiri Dan Ketua Jumlah Peserta Yang Menghantar Min Mengikut Komponen Interpretasi Tahap Mengikut Komponen Min Keseluruhan Bengkel Penyemakan Interpretasi Tahap Bengkel Penyemakan Perkongsian Ilmu 29 3.44 Tinggi 3.42 (Amat Baik) Perkongsian Kemahiran 3.34 Pemupukan Sikap Relevan 3.48
14
KESIMPULAN Program Penyemakan Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM serta Pembinaan Item KBAT memberi kesan yang amat tinggi iatu dengan mendapat min 3.42. Hal ini bermakna program ini mencapai KPI iaitu berjaya memberi ilmu dan kemahiran tentang penyemakan serta pembinaan item KBAT kepada guru-guru, malah berjaya memupuk sikap yang relevan dengan kursus yang diikuti. Berdasarkan ulasan guru, didapati juga kursus dalaman peringkat sekolah telah disampaikan kepada guru-guru Bahasa Melayu tengtang perkongsian ilmu ini. Kesimpulannya, program ini memberi impak yang tinggi dan akan cuba diteruskan untuk dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.
15
BENGKEL SKEMA PEMARKAHAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 & KERTAS 2
5 April 2014 (Hari Sabtu) Objektif: Memberi pendedahan kepada guru-guru Bahasa Inggeris Skema pemarkahan SPM terkini Kekuatan/Impak: Guru mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dari bengkel pemarkahan ke dalam pengajaran. Kehadiran guru mengecewakan. Sasaran guru: 80 orang. Kehadiran guru: 49 orang. SMK Pasir Putih, SMK Balung (Bersebab) dan SMK Titingan (Bersebab) tidak menghantar guru untuk mengikuti bengkel.
16
DOKUMENTASI GAMBAR BENGKEL MENYEMAK KERTAS 1 & KERTAS 2 BI SPM
Peserta bengkel Peserta bengkel Penceramah: Puan Nirumala a/p Majlis penutupan oleh En Renaldo Rothinam dari SMK Batu Sapi, Sandakan de Los Santos, Pegawai Bahasa, Pejabat Pendidikan daerah Tawau.
17
KURSUS PEMANTAPAN PANITIA BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK
(23 April 2014) Pengurusan Panitia Headcount SKPM Standard 4 PBS / PT3 Kehadiran : 38 orang. Hanya Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Kinabutan dan SMK Kalabakan yang tidak hadir. Maklum Balas: Slot Headcount sangat memberi pendedahan dan pengetahuan dalam meningkatkan skor komposit sekolah. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh boleh diguna pakai dan disebarluaskan dalam kalangan guru-guru dan rakan Ketua Panitia yang lain Maklumat yang diperoleh dalam kursus membolehkan guru mengemaskini / memurnikan fail-fail panitia yang sedia ada berserta dengan isi kandungannya. Maklumat yang baik untuk peningkatan PdP guru Isi kandungan kursus menepati topik dan membantu dalam tugas seharian Kursus ini sangat informatif dan berguna kepada saya bagi memantapkan lagi unit di bawah saya serta sangat berguna dalam usaha meningkatkan gred mata pelajaran saya.
18
Pengurusan Panitai disampaikan oleh Encik Mohammad bin Said
Headcount disampaikan oleh Cik Musnia Abdullah SKPM Standard 4 disampaikan oleh Encik Madslin Madlasim
19
Peserta bengkel terdir daripada semua ketua panitia Bahasa Melayu dan Matematik Sekolah Menengah Daerah Tawau. Hanya 2 orang tidak hadir iaitu Ketua Panitia SMK Kinabutan dan Ketua Panitia SMK Kalabakan
20
DAPATAN KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM
DILAKUKAN BERDASARKAN INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM BPSH / JPN / PPW / PPD (PK06-5) DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN.
21
Dapatan Kajian ULASAN PESERTA TENTANG KOMITMEN MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANYANG DIPEROLEH DARIPADA LATIHAN DALAM TUGAS HARIAN. Kursus ini amat berguna dan membantu dalam amalan sebagai ketua panitia serta semua input yang diperoleh semasa menghadiri kursus banyak membantu dalam tugasan harian sebagai guru dan pengurusan panitia supaya lebih mantap dan teratur. Hal ini demikian kerana pengursan panitia lebih teratur setelah menghadiri kursus ini setelah mengetahui tugas-tugas sebagai KP yang sebelum ini kurang difahami. Peserta dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan panitia dan berkongsi idea, pandangan dan pengalaman bersama penceramah dan peserta lain bagi membantu melancarkan pengurusan panitia di sekolah. Perkongsian ilmu sangat membantu dan bermanfaat terutamanya kepada yang baru memegang jawatan sebagai ketua panitia.
22
Dapatan Kajian ULASAN PESERTA TENTANG KOMITMEN MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANYANG DIPEROLEH DARIPADA LATIHAN DALAM TUGAS HARIAN. Dapat mengetahui tugas-tugas panitia dan pengurusan fail panitia. Seterusnya, akan mengemaskini dan memantapkan lagi fail-fail panitia berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada penceramah-penceramah SISC+. Kemahiran juga diperoleh supaya sistem fail yang disediakan tidak membenbankan, sebaliknya memudahkan KP menyediakan fail mengikut persekitaran atau prasarana sekolah. Slot headcount sangat informatif dan berguna serta memberi pendedahan dan pengetahuan dalam usaha meningkatkan gred mata pelajaran dan meningkatkan skor komposit sekolah. Maklumat berkenaan pengurusan headcount digunakan untuk merancang program akademik dan menambahbaik supaya PdP lebih berkesan. Program berjalan dengan baik dan selamat terutama tentang penetapan band untuk sekolah. Seterusnya menambah ilmu terkini dan relevan dalam pendidikan semasa. Kursus ini banyak memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pengurusan fail panitia, skema dan headcount. Seterusnya, dapat melancarkan urusan menyediakan instrumen yang dikehendaki oleh pihak pengurusan sekolah dan PPD
23
Dapatan Kajian Jadual 1 : Min Penilaian Kendiri & Penilaian Ketua Bengkel bagi Bengkel Penyemakan Penyemakan Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM dan Pembinaan Item KBAT Bagi Tahun 2014. Komponen Penilaian Kendiri Dan Ketua Jumlah Peserta Yang Menghantar Min Mengikut Komponen Interpretasi Tahap Mengikut Komponen Min Keseluruhan Bengkel Penyemakan Interpretasi Tahap Bengkel Penyemakan Perkongsian Ilmu 34 3.29 Tinggi 3.31 (Amat Baik) Perkongsian Kemahiran 3.35 Pemupukan Sikap Relevan
24
KESIMPULAN Program Kursus Pemantapan Ketua Panitia Bahasa Melayu Dan Ketua Panitia Matematik Sekolah Menengah Bagi Tahun 2014 memberi kesan yang amat tinggi kepada guru. Hal ini bermakna program ini mencapai KPI iaitu berjaya memberi ilmu dan kemahiran tentang pengurusan panitia agar lebih mantap, malah berjaya memupuk sikap yang relevan dengan kursus yang diikuti. Kesimpulannya, program ini memberi impak yang tinggi dan akan cuba diteruskan untuk dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.
25
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
Who dares to teach must never cease to learn (Sesiapa yang berani mengajar jangan sekali berhenti belajar) John Cotton Dana - ASCD
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.