Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Internet & Kemahiran Bahasa.
BBM 3410: Bahasa Dalam Multimedia
2
Skop Perbincangan Definisi membaca Teknik membaca Tujuan membaca
Sumber bacaan.
3
Definisi Membaca Smith (1998:12)- Membaca merupakan satu bentuk komunikasi.Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, membezakan bunyi-bunyi dengan tepat, menyebut lambang-lambang huruf, menggabungkan bunyi membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca kepada sistem kognatif untuk diterjemahkan dan difahami.
4
Teknik-Teknik Membaca
Teknik Membaca Sekilas (Skimming) Teknik Membaca Sepintas (Scanning) Teknik Membaca Intensif Teknik Membaca Ekstensif Teknik Membaca Kritis
5
Teknik Membaca Sekilas (Skimming)
Satu kegiatan membaca yang menyebabkan mata bergerak cepat untuk melihat atau memerhatikan bahan-bahan bertulis, menemukan serta nendapatkan informasi tertentu.
6
Tujuan Membaca Sekilas
Untuk memperoleh kesan secara umum daripada bahan yang dibaca- Melibatkan membaca artikal dalam laman web- internet. Untuk menemukan hal-hal tertentu daripada bahan yang dibaca Untuk menemukan atau menempatkan bahan-bahan rujukan - Storan
7
Untuk Memperoleh Kesan Umum
Meninjau halaman judul, kata penghantar, daftar isi, indeks atau abstrak yang disediakan di laman tertentu. Dapat memberi gambaran umum tentang sesuatu buku atau artikal. Dapat mengetahui sifat terutama dari segi susunan, organisasi serta sikap pengarang /penulis dan pendekatan yang digunakan.
8
Untuk Menemukan Hal Tertentu
Menentukan dengan jelas fakta yang dicari. Soalan disediakan sebagai panduan. Menggunakan kata kunci atau penanda wacana, indeks dan daftar kata yang sesuai. Berkeupayaan melirik perkataan atau ayat halaman dengan cepat. Menyediakan perkataan yang tepat dan sesuai untuk digunakan bagi menunjukkan hal tersebut.
9
Menemukan Bahan Rujukan
Melalui pengkatalogan, indeks yang disedaiakan melalui sistem carian untuk mendapatkan bahan atau buku yang diberikan. Senarai bahan yang ada disusun mengikut abjad, penulis, bidang atau skop. Kemahiran membaca sekilas penting untuk mengesan sumber bahan dengan tepat dan pantas.
10
TEKNIK MEMBACA SEPINTAS- (Scanning)
Cara memerhati teks secara pantas untuk mencari sesuatu informasi khusus misalnya nama, tarikh dan tempat. Ia dijuga digunakan untuk mendapatkan kesahihan data sama ada sesuai atau tidak digunakan bagi sesuatu tujuan. Latihan membaca pintas dapat dibuat untuk mendapatkan perkataan tertentu atau fakta khusus.
11
Contoh Soalan Bacaan Pintas
Lihat artikal dalam perenggan kedua, bila komputer diperkenalkan dalam bidang ketenteraan? Berapa kerap perkataan multimedia digunakan pada perenggan ketiga? Dengan meneliti kesimpulan aritikel tersebut, adakah artikel tersebut dianggap sebagai artikel yang baik?
12
Teknik Membaca Intensif
Teknik membaca secara teliti dan berhati-hati. Membaca intensif melibatkan telaah bahasa dan telaah isi. Aspek yang dipentingkan ketelitian, pemahaman, kekritisan berfikir serta ketrampilan memahami idea yang diketengahkan.
13
Teknik Membaca Ekstensif
Kegiatan membaca secara meluas. Membaca sebanyak mungkin teks dalam masa tertentu. Pengertian dan pemahaman pada tahap rendah perlu untuk teknik ini. Membaca ekstensif melibatkan tiga perkara iaitu membaca tinjauan (survey reading), membaca sekilas (skimming)dan membaca dangkal (supertical reading).
14
Teknik Membaca Kritis Kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh teliti, mendalam, evaluatif dan analitis. Membaca kritis melibatkan penggalian lebih mendalam di bawah permukaan untuk menemukan alasan-alasan tertentu. Di samping mengetahui justifikasi sesorang penulis apabila mengutarakan sesuatu kenyataan.
15
Perkongsian Maklumat Pilih satu teknik membaca yang telah dibincangkan itu dan kaitkan dengan aktiviti yang pernah anda lakukan sewaktu melayari internet? Apakah kemahiran membaca yang paling sesuai digunakan untuk mengetahui kod peribadi anda dalam senarai sesuatu kursus yang terdapat dalam laman web? Nyatakan kod peribadi anda untuk kursus BBM 3410.
16
Sekian, terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.