Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERNIAGAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERNIAGAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM"— Transcript presentasi:

1 PERNIAGAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

2 PERNIAGAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
 Pengenalan Islam adalah Ad-din yang diwahyukan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk muamalat perniagaan. Islam telah meletakkan garispanduan bermuamalat yang selaras dengan fitrah manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

3 Islam Sebagai Ad-din Islam bererti kepatuhan, penyerahan dan ketaatan kepada Allah dalam semua tindak tanduk manusia yang meliputi semua aspek pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkahlaku dan i’tikad. Matlamat hidup individu muslim adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Firman Allah (bermaksud): “Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada Aku.” Az-Dzaariyat 51:56

4 ISLAM AGAMA KEREDHAAN ILAHI
“…PADA HARI INI TELAH KU SEMPURNAKAN AGAMAMU, SEMPURNAKAN NIKMAT KU KE ATAS MU DAN AKU REDHA ISLAM SEBAGAI AGAMA MU…” AL-MAIDAH 5:3

5 Islam - Amalan Menyeluruh
Amalan ajaran Islam hendaklah secara menyeluruh. Allah Ta’ala telah berfirman Surah Al-Baqarah 2:208 bermaksud:  “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya.” Setiap Muslim mengulangi janji dan ikrarnya kepada Allah setiap hari: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku (semuanya) kerana Allah Tuhan sekelian alam.”

6 “Bercucuk tanam di dunia untuk menuai di akhrat.”
Dunia Untuk Akhirat Segala tindakan di dunia adalah dengan pemahaman bahawa keadilan sejati adalah di alam akhirat. Urusan dunia sekadar menjambatani kesudahan di akhirat. Firman Allah : Surah Al-Qasas 28 : 77 bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi.” Hadith Nabi s.a.w. (bermaksud) “Bercucuk tanam di dunia untuk menuai di akhrat.”

7 AJARAN ASAS DALAM ISLAM 1.0 TAUHID
Maksud kalimah Al-Tauhid : “Aku mengetahui, aku berikrar, aku mengaku dan aku mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang sebenar-benarnya berhak disembah, yang tiada layak disembah selain daripadaNya ialah Allah Ta’ala dan bahawa sesungguhnya yang demikian itu aku nyata dan aku lahirkan dengan sebutan lidahku, dengan gerak-geri perbuatanku, dan dengan tingkah laku perjalananku.” Melafazkan kalimah tauhid ini adalah suatu ikrar (pengakuan), iktiraf (pengi’tirafan) dan I’tiqad (kepercayaan). Maka ia dilafazkan secara bersyahadah iaitu persaksian. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya “Dasar-dasar Ilmu Dakwah,” Jilid1

8 TAUHID Apabila manusia mentauhidkan Allah dari segi peribadatan atau sembahan, maka tauhid ini dikatakan Tauhid Al-Uluhiyah. Apabila tauhid merujuk Allah sebagai Pemilik, Pencipta, Penguasa, atau apa saja yang menunjukkan kepada kekuasaan dan kesempurnaan Allah Ta’ala, maka tauhid ini dikatakan Tauhid Al Rububiyah.

9 PENGERTIAN PERKATAAN “ILAH”
 1. ILAH SEBAGAIMANA PEMAHAMAN LAZIM Firman Allah Ta’ala Surah Al-Naml 27:14 (bermaksud): “Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenarannya).”

10 2. ILAH SEBAGAI TEMPAT TUMPUAN; MATLAMAT PENGABDIAN
Surah Al-An’am ayat 162 Allah SWT berfirman (maksudnya): “Katakan: Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, kehidupanku, kematianku untuk Allah Tuhan semesta alam.” 3. ILAH SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN Surah Al-Maidah ayat 76 Allah berfirman (maksudnya): “Katakanlah: Mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberimu mudarat mahupun manfaat? Padahal Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”

11 4. ILAH SEBAGAI TUMPUAN KECINTAAN
Surah At-Taubah ayat 24 Allah berfirman (maksudnya): “Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.”

12 5. ILAH SEBAGAI PEMBERI REZKI
Surah Al Mulk ayat 30, Allah berfirman (maksudnya): “Katakanlah: Terangkan kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?” 6. ILAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN Surah Al-Maidah ayat 44 Allah berfirman (maksudnya): “Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

13 SYAHADAH Kalimah Tauhid merupakan bahagian pertama dari persaksian atau syahadah. Kalimah ini disusuli dengan bahagian kedua iaitu Syahadah persaksian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul Allah. Syahadah kedua ini memerlukan kepada pembuktian dengan perkataan dan perbuatan akan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. daripada Allah SWT.

14 AJARAN ASAS DALAM ISLAM 2.0 IMAN
Iman (faith) bererti mengetahui, mempercayai, meyakini tanpa ragu akan Keesaan Allah Ta’ala dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. Iman adalah kepercayaan yang berasaskan pengetahuan dan keyakinan; diikrarkan keimanannya dengan lidah, disematkan di dalam hati dan dilaksanakan dengan anggota badan.

15 AJARAN ASAS DALAM ISLAM 3.0 AQIDAH
Aqidah mudah difahamkan sebagai kepercayaan yang kukuh dan teguh dalam jiwa akan keimanan terhadap ajaran dan hukum-hukum Allah. Aqidah umpama tali yang tersimpul kuat sehingga tidak mungkin akan terurai. Ia waspada terhadap perkara-perkara yang akan menggugatkan aqidahnya. Maka kekuatan aqidah seseorang akan bergantung kepada usaha menimba ilmu, memanfaatkan atau mengamalkan ilmu itu dengan penuh keikhlasan.

16 AJARAN ASAS DALAM ISLAM 4.0 IBADAH AMAL SALEH
Ibadah adalah memperhambakan diri kepada Allah dalam erti kata yang seluas-luasnya. Ada disebut sebagai ibadat khusus dan juga sebagai ibadat am atau muamalat. Amal saleh itu merujuk kepada semua perbuatan yang diredhai Allah.

17 AJARAN ASAS DALAM ISLAM 5.0 TAQWA
Taqwa adalah kepatuhan seseorang dalam melakukan yang diperintah dan menjauhi larangan. Taqwa adalah melakukan banyak ibadat yang disunatkan dan tidak berlebihan dalam hal-hal yag dihalalkan. Al-Ghazali menyatakan di dalam Al-Qur’an, terdapat tiga macam maksud taqwa. Pertama, ialah perasaan takut dan hebat seperti dalam Surah Al-Baqarah 2:41 “Dan kepada Ku-lah kamu harus takut (tinggalkanlah maksiat kerana takut seksa Allah).”

18 Kedua, bermaksud bakti dan tunduk seperti dalam Surah Al-Imran 3:102 “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti (ta’at).” Ketiga, taqwa ialah membersihkan hati dari segala dosa dan inilah hakikat taqwa.

19 Bertaqwa – Al-Muttaqin
Allah berfirman: “Siapa-siapa yang ta’at kepada Allah dan RasulNya, dan takut kepada Allah serta taqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang beruntung.” Di dalam Surah Al-Maidah 5:93, telah disimpulkan tingkatan taqwa iaitu: “Tidak ada dosa bagi orang yang beriman dan beramal saleh dalam makan jika mereka taqwa dan beriman, kemudian beramal saleh lalu taqwa dan beriman; kemudian mereka bertaqwa dan ihsan.” Mereka yang bertaqwa di sebut sebagai Al-Muttaqin.

20 PANDUAN KEHIDUPAN HUKUM HAKAM PERBUATAN BERPANDUKAN FIQH
a. WAJIB b. SUNNAT c. MUBAH (HARUS) d. MAKRUH e. HARAM H A L HARAM

21

22 RANGKA KERJA AJARAN ISLAM
AQIDAH Perkara Keimanan SYARI’AH Ibadat (Khusus) - hablumminallah Ibadat Am / Muamalat - hablumminannas AKHLAK Akhlak kepada Khalik Akhlak sesama makhluk

23 AQIDAH Iman Kepada Malaikat Iman Kepada Kitab-Kitab Nya
Iman Kepada Allah Iman Kepada Malaikat Iman Kepada Kitab-Kitab Nya Iman Kepada Nabi-Nabi Iman Kepada Hari Kiamat Iman Kepada Qadha dan Qadar

24 SYARIAH 1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH (IBADAH) 2. Solat 3. Zakat 4. Puasa
1. Thoharah 2. Solat 3. Zakat 4. Puasa 5. Haji

25 SYARIAH 2. HUBUNGAN DENGAN MANUSIA (MUAMALAH) - Hukum Jenayah
A. Urusan Peribadi - Perkahwinan, Pewarisan, Lain-lain B. Urusan Am - Hukum Perniagaan - Hukum Jenayah - Hukum Pemerintahan - Hukum Perhubungan - Lain-lain

26 AKHLAK AKHLAK TERHADAP AL-KHALIQ Taat Ubudiyyah Tawakal
Taqwa, Zikrullah Ikhlas Sabar Keredhaan Allah

27 AKHLAK TERHADAP MAKHLUK
Akhlak Terhadap Manusia a. Diri Sendiri b.Tetangga c. Masyarakat Keadilan; Kejujuran; Ukhuwwah; Syura; Ta’awun; Musawah; Al-Takaful Al-Ijtima’ Ihsan Akhlak Terhadap Bukan Manusia Tidak Fasad Rahman Adil

28 KEPERLUAN-KEPERLUAN ASASI HIDUP MANUSIA
Makan-minum Pakaian Perumahan Pendidikan Kesihatan Keselamatan Sistem

29 TINGKAT KEPERLUAN MANUSIA
DARURIYYAH Persoalan hidup mati; fakir, miskin HAAJIYYAH Masyarakat kelas menengah; hidup baik; sederhana TAHSINIYAH (KAMALIYAH) Kaya raya; terlalu selesa; banyak pilihan

30 KONSEP PERNIAGAAN MENURUT ISLAM
Pertukaran barang dengan barang atau dengan wang Tujuan untuk mendapatkan keuntungan Kontrak yang sah dari segi syara’ Persetujuan bersama antara penjual dan pembeli

31 PERNIAGAAN DALAM AL-QUR’AN
Firman Allah Surah Al-Baqarah 2:198 (bermaksud): “Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.” Surah Al Baqarah 2:275 (bermaksud): “Dan Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” Surah Al Baqarah 2:282 (bermaksud): “Persaksikanlah jika kamu berjual beli.”

32 AL-HADITH - PERNIAGAAN
“Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.” (Hadith Hassan - Tarmizi) Baginda Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?” Maka baginda menjawab: Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat).” Sejarah Nabi s.a.w. sebagai Peniaga Fiqh Muamalat Perniagaan

33 PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN ISLAM
1. BEBAS 2. URUSNIAGA TANPA RIBA 3. ADIL 4. LAYANAN BAIK 5. MELINDUNGI HAK-HAK PENJUAL DAN PEMBELI 6. JUJUR DAN AMANAH 7. RAJIN/TEKUN

34 SEKIAN


Download ppt "PERNIAGAAN DARI PERSPEKTIF ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google