Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehLanny Kurniawan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF
Imbuhan awalan Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF
2
me-, mem-, men-meng-, menge-, ber-, ter-, di-
Fungsi Digabungkan di hadapan kata dasar. Diwujudkan melalui TIGA bentuk … Awalan kata NAMA Awalan kata KERJA Awalan kata ADJEKTIF pe-, pem-, pen-, peng-, penge-,per-, ke- me-, mem-, men-meng-, menge-, ber-, ter-, di- ter- & se-
3
AWALAN pen- peng- Kata nama ke- penge- pe- per-
4
Awalan kata nama pe- Dicantumkan pada kata dasar tanpa mengubah bunyi pada awal kata dasar. Orang yang mengalami perbuatan kata dasar. CONTOH 1: sakit pesakit (orang yang sakit) CONTOH 2: tugas petugas (orang yang ditugaskan) Orang yang melakukan sesuatu yang dimaksudkan kata dasar. CONTOH 1: kebun pekebun (orang yang mengusahakan kebun) CONTOH 2: niaga peniaga (orang yang berniaga)
5
Huruf awal pada kata dasar
Awalan kata nama peN- Boleh berubah menjadi pe-, pen-, pem-, peng- dan penge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya. Awalan Huruf awal pada kata dasar Kata dasar Kata nama terbitan pe- k(ng),l,m,n,ny, p(m),r,s(ny),t(n)w kira,lari,minta,naik nyanyi, pakai,rosak sikat, tari, wangi pengira, pelari, peminta, penaik, penyanyi, pemakai,perosak,penyikat penari, pewangi
6
Huruf awal pada kata dasar
Awalan Huruf awal pada kata dasar Kata dasar Kata nama terbitan pem- b, f, v, p buat, fatwa, veto, proses pembuat, pemfatwa, pemveto, pemproses pen- c, d, i, z cuci, duduk, jemur, ziarah pencuci, penduduk, penjemur, penziarah peng- a,e,g,h,i, k,o,u Alir, erat, guna, hulu, ikut, kaji, olah, urus pengalir, pengerat, pengguna, penghulu, pengikut, pengkaji, pengurus penge- satu suku kata bom, cat, had, lap, pam,tin pengebom, pengecat, pengehad, pengelap, pengepam, pengetin
7
Awalan kata nama MAKNA 1 : Orang yang melakukan sesuatu
Contoh : Pengail itu amat gembira kerana mendapat seekor ikan haruan yang amat besar dan berat. _____________ itu telah ditangkap kerana menceroboh kawasan Hutan Simpanan pemerintah dan mengugat kehidupan haiwan di sana. Pemburu MAKNA 2 : Orang yang memegang jawatan atau tugas Contoh : Encik Malik pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang selama enam tahun. _______________ sekolah kami merotan sekumpulan pelajar yang ditangkap merokok di kolong blok yang berhampiran. Pengetua
8
Awalan kata nama Makna 3 : Orang yang mempunyai sifat sebagaimana kata dasarnya. Contoh : Mak Tijah seorang yang penyabar walaupun sering difitnah jiran – jirannya. Guru sering mengingatkan para pelajar yang ____________ agar mengubah sikap mereka sekiranya mereka ingin berjaya. pemalas Makna 4 : Alat atau objek untuk melakukan sesuatu Contoh : Siti menggunakan penjemur untuk menyidai pakaiannya yang baru dicuci. Mesin _____________ baju itu telah rosak dan harus diperbaiki. pencuci
9
Awalan kata nama per- Bergabung dengan kata nama atau kata kerja tanpa mengubah bunyi atau huruf awal kata dasar tersebut. A) Tempat atau alat perbara : Tempat bara api untuk membakar kemenyan. B) Orang yang melakukan perbuatan atau kerja pertapa : Orang yang bertapa untuk mencari ilmu dan sebagainya.
10
Awalan kata nama ke- Penggunaannya agak terhad. Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar tersebut. A) Orang atau perkara yang diwujudkan daripada kata dasar. kehendak : Jambatan itu dibina mengikut kehendak penduduk kampung itu. B) Membentuk kata bilangan kedua : Anak Puan Salimah mendapat tempat kedua dalam pertandingan berpidato itu.
11
AWALAN di- mem- ter- Kata kerja menge- me- beR-
12
Contoh kata kerja terbitan
Awalan kata kerja beR- Bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif. Terdapat 3 bentuk … Bentuk awalan beR- Penggunaan Contoh kata kerja terbitan be- Kata dasar huruf awalan ‘r’ rehat berehat racun beracun bel- Kata dasar ‘ajar’ belajar ber- Semua kata dasar kecuali berhuruf awal ‘r’. ubat berubat oleh beroleh
13
Awalan kata kerja Makna Contoh penggunaan melakukan perbuatan
Awalan beR- bergabung dengan kata dasar boleh menghasilkan beberapa makna… Makna Contoh penggunaan melakukan perbuatan Walaupun sudah berusia empat tahun, kanak – kanak itu belum dapat berjalan. melakukan perbuatan pada diri sendiri Orang tua itu bersandar di sebatang pokok setelah penat berjalan. perbuatan berbalas - balas Dua orang budak itu bertumbuk kerana berebut aiskrim. menggunakan atau menaiki Encik Zul tidak mahu berkereta ke pejabatnya kerana bayaran masuk ke bandar mahal. keadaan sedia berlaku Baju adik yang koyak itu sudah pun berjahit.
14
Awalan kata kerja Makna Contoh penggunaan mempunyai
Amir bercita – cita membuka perniagaan sendiri malangnya, dia tidak bermodal. mengeluarkan atau menghasilkan Pokok rambutan di belakang rumah nenek sudahpun berbuah. mendapat atau memperoleh sesuatu Pasukan ragbi sekolah kami tidak berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan semalam. dalam sesuatu keadaan Seluruh penduduk estet perumahan itu bergelap apabila berlaku kerosakan elektrik semalam.
15
Awalan kata kerja ter- Makna Contoh penggunaan tidak sengaja
Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar kecuali huruf ‘r’ akan digugurkan pada kata dasar tertentu. Contoh : ter + rasa terasa Boleh membawa beberapa maksud …. Makna Contoh penggunaan tidak sengaja Saya terambil buku cerita Ani ketika hendak pulang tadi. keupayaan Kerja rumah yang terlalu banyak itu tidak terbuat oleh Siti.
16
Huruf awal pada kata dasar
Awalan kata kerja meN- Boleh berubah menjadi me-, men-, mem-, meng- dan menge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya. Awalan Huruf awal pada kata dasar Kata dasar Kata nama terbitan me- k(ng),l,m,n,ny, ng,p(m),r,s(ny),t(n), w, kira,layan,minta, nanti,nganga nyanyi, pakai,ramal sikat, tari, wangi mengira, melayan, meminta, menanti, menganga,menyanyi memakai,meramal, menyikat, menari, mewangi
17
Huruf awal pada kata dasar
Awalan kata kerja Awalan Huruf awal pada kata dasar Kata dasar Kata nama terbitan mem- b, f, v, p buat, fatwa, veto, proses membuat, memfatwa, memveto, memproses men- c, d, i, z cuci, dapat, jemur, ziarah mencuci, mendapat, menjemur, menziarah meng- a,e,g,h,i, k,o,u alir, eja, gali, hantar, ikut, kaji, olah, urus mengalir, mengeja, menggali, menghantar, mengikut, mengkaji, mengolah, mengurus menge- satu suku kata bom, cat, had, lap, pam,tin mengebom, mengecat, mengehad, mengelap, mengepam, mengetin
18
Awalan kata kerja MAKNA 1 : Melakukan perbuatan
Contoh : Emak memasak bubur nasi untuk kami hari ini. Polis telah ___________ perompak yang telah memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu. menggari MAKNA 2 : Melakukan kerja menggunakan sesuatu Contoh : Orang itu mengambil upah mencangkul tanah di kebun sayur. Abang membantu ayah _____________ rumah agar kelihatan baru pada hari raya nanti. mengecat
19
Awalan kata kerja MAKNA 3 : Menuju ke arah
Contoh : Pesawat yang berlepas dari Australia malam tadi akan mendarat di Singapura jam enam pagi. Ibu sentiasa mengingatkan adik agar berhati – hati ketika hendak ________________ jalan raya. menyeberang MAKNA 4 : Berlaku seperti atau menyerupai Contoh : Abu membatu kerana tidak dapat menjawab soalan yang diajukan Cikgu Salim. Cikgu Dahlan ___________ apabila salah seorang pelajar tidur semasa dia mengajar. menyinga
20
Awalan kata kerja Bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja pasif yang merujuk kepada orang ketiga. CONTOH : 1. Si Belang terlompat apabila ekornya ____________ Salimah. 2. Kambing peliharaan Pak Amat itu ______________ pada sebatang pokok. 3. Kawasan paya itu telah ______________ sebuah syarikat pembinaan yang ingin menjadikan kawasan itu pusat rekreasi. ditarik ditambat dibeli
21
AWALAN ter- Kata Adjektif se-
22
Awalan kata adjektif ter- paling CONTOH 1:
Bergabung dengan kata adjektif. Tidak mengubah huruf awal kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf ‘r’ akan digugurkan. paling CONTOH 1: Pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam ujian kelas akan mendapat hadiah. CONTOH 2: Lukisan yang tercantik dalam pameran itu dijual dengan harga lima ribu dolar.
23
Awalan kata adjektif se-
Bergabung dengan kata adjektif. Membawa maksud sama. 1. Rumah orang kaya yang dibina di atas bukit itu seindah istana. 2. Alif mampu membeli sebuah kereta mewah sebesar kereta pengurusnya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.