Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme"— Transcript presentasi:

1 Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme
Nilai: Melindungi Hak Kanak-Kanak Definisi: Membela, memberi, naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

2 Hak Asasi Kanak-Kanak

3 Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak- kanak 1989
Ini menandakan kemuncak kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan- kerajaan dunia. Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia.

4 KATEGORI HAK

5 Hak untuk hidup dan berkembang
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.

6 Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas
Hidup dan berkembang Taraf kehidupan yang memadai Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang berkesan

7 Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa lapang dan kebudayaan
Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan bakat, mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi, yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti kebudayaan dan bahasa. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif.

8 Hak kepada perlindungan khusus
Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang. Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh, penyalahgunaan dadah, eksploitasi atau penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan. Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk

9 Hak sivil dan kebebasan
Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama (dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga). Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral). Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan

10 RINGKASAN HAK UTAMA

11 Hak untuk hidup. Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang sihat dan aktif. Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan. Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan, eksploitasi, pengabaian, keganasan dan bahaya. Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut umur dan kedewasaan. Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-kanak.

12 Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi kesejahteraan kanak-kanak itu). Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu, mengikut kemampuan dan keupayaan mereka). Hak untuk berehat dan bermain dan mempunyai peluang yang sama bagi aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian. Hak tidak boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan

13

14


Download ppt "Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google