Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Nuqath Al-I’iraab (نقط الإعراب) Nuqath Al-I’ijaam (نقط الإعجام)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Nuqath Al-I’iraab (نقط الإعراب) Nuqath Al-I’ijaam (نقط الإعجام)"— Transcript presentasi:

1 Nuqath Al-I’iraab (نقط الإعراب) Nuqath Al-I’ijaam (نقط الإعجام)
بسم الله الرّحمـٰن الرحيم Dhobthul-Qur-aan Pengenalan Dhobth Nuqath Al-I’iraab (نقط الإعراب) Nuqath Al-I’ijaam (نقط الإعجام)

2 Pengenalan Dhobth (ضبط) dari segi bahasa bererti: Pencapaian maksud dalam memelihara sesuatu. Dari segi Istilah bererti: Ilmu yang memperkenalkan apa-apa yang berkaitan dengan huruf (sebutan), samada ĥarakah , sukuun , tasydiid, mad, dan sebagainya. Dikenali sebagai Asy-Syakl (الشكل) / baris. Tanda-tanda (النقط); terbahagi kepada DUA(2) bahagian: 1) Tanda-tanda I’iraab. 2) Tanda-tanda I’ijaam. Bermula usaha penandaan huruf-huruf Al-Quraan di zaman Khalifah Mu’aawiyah bin Abi Sufyaan, oleh Al-Imaam Abul-Aswad Ad-Duali (أبو الأسود الدؤلي) . Dan usaha memperbaiki penandaannya berterusan hingga ke hari ini.

3 Ilmu penandaan Al-Quraan berlaku pada DUA(2) perkara
Dhobthul-Qur-aan Ilmu penandaan Al-Quraan berlaku pada DUA(2) perkara Tanda-tanda di dalam Al-Qur-aan (2) Tanda-tanda berkaitan pengasingan sebutan (1) Tanda-tanda berkaitan keterangan² bahasa Arab

4 Tanda-tanda I’iraab Nuqath Al-I’iraab
Iaitu, penandaan mengenai sebutan-sebutan huruf, dari segi ĥarakah, sukuun, tasydid, mad, dsb. Terdapat perbezaan pendapat mengenai siapakah yang memulakan penandaan² ini. Ada yang mengatakan Al-Khaliil bin Aĥmad, atau Nashr bin ‘Aashim dan Yaĥyaa bin Ya’amur, atau ‘Abdullaah bin Abii Ishaaq Al-Ĥadhrami (guru Imam Abu ‘Amr bin Al-’Alaa’). Yang Shaĥiiĥ, pendapat ‘ulamaa’-’Ulamaa’ terkemuka seperti Imaam Abu ‘Amr Ad-Daani, Imaam Abu Daawuud Al-Aswadi dan Imaam Abu Ĥaatim. Iaitu, bahawa Imaam Abul-Aswad Ad-Duali memulakannya dengan perintah Ziyaad bin Abi Ziyaad (gabenor Bashrah) di zaman Khalifah Mu’aawiyah bin Abi Sufyaan.

5 Nuqath Al-I’iraab SEJARAH PENANDAANNYA
Menurut para ‘Ulamaa, Khalifah Mu’aawiyah telah meminta Ziyaad bin Abi Ziyaad agar mengutuskan anaknya ‘Abdullaah bin Ziyaad. Apabila di utuskan Abdullaah kepada Khalifah, hasil dari perbualan mereka, Khalifah mengutus surat kepada Ziyaad yang menyatakan kesalahan² bahasa arab (اللحن) anaknya yang sangat ketara. Maka Ziyaad berjumpa Imaam Abul-Aswad dan menyatakan; “Sesungguhnya orang² asing telah menyebabkan rosaknya bahasa orang² Arab. Kiranya anda dapat letakkan sesuatu (pada setiap sebutan) agar dapat memperbaiki percakapan mereka dan di I’irabkan dengannya firman² Allah”. Mulanya ditolak permintaan tersebut, namun akhirnya dilakukan juga oleh Imaam Abul-Aswad, setelah mendapat kepastian.

6 AWAL PENANDAAN AL-QUR-AAN
Nuqath Al-I’iraab AWAL PENANDAAN AL-QUR-AAN Imaam Abul-Aswad memilih untuk mendatangkan tanda² I’iraab untuk Al-Qur-aan terlebih dahulu iaitu; Fatĥah, Kasrah, Dhammah, Tanwiin. Beliau memilih beberapa orang dari Qabilah ‘Abdul Qais (kaum yang fasih dan peka dalam ilmu bahasa) *ada riwayat mengatakan dari Kaum Quraisy. Dan menyuruh mereka agar meletak titik² mengikut setiap sebutan² yang beliau sendiri bacakan dari ayat² Al-Qur-aan (mengikut gerak bibir) dari awal hingga ke akhir mashaf, dengan menggunakan warna tinta/dakwat yang berbeza dari warna mashaf: 1) Satu titik di atas huruf untuk fatĥah. 2) Satu titik di hadapan huruf untuk dhammah. 3) Satu titik di bawah huruf untuk kasrah. 4) Dua titik untuk tanwiin.

7 Khaliil bin Aĥmad Al-Bashri
Nuqath Al-I’iraab Imaam Khaliil bin Aĥmad Al-Bashri, mengambil kaedah Imaam Abul-Aswad dan memperbaikinya sehingga terjadinya tanda-tanda (syakl) seperti ; (ًٌٍَُِّۡ) dan lain-lain lagi. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tanda-tanda isymaam, imaalah, ikhtilaas, tasydiid, sukuun, hamzah, diletakkan pada zaman pemerintahan ‘Abbaasiyyah (selepas zaman Imaam Khaliil). Dan dimasukkan beberapa pembaikan penandaan hingga kini. Abul-Aswad Ad-Duali ְׂׅׄ֔¨ Khaliil bin Aĥmad Al-Bashri ًٌٍَُِ Daulah ‘Abbaasiyyah ّْٜۡٔ

8 ب،ت،ث،ج،خ،ذ،ز،ش،ض،ظ،غ،ف،ق،ن،ي
Nuqath Al-I’ijaam Tanda-tanda I’ijaam Iaitu, penandaan bagi membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain. Agar tidak terjadi huruf mu’ujam dan muhmal dalam satu bentuk yang sama. Huruf Mu’ujam 15: ب،ت،ث،ج،خ،ذ،ز،ش،ض،ظ،غ،ف،ق،ن،ي Lima (5) keadaan huruf ي yang tidak diletakkan titiknya: Jika huruf ي itu berada di hujung perkataan; مَحْيَاىَ Jika ي itu merupakan samaran ( صورة ) bagi ء ; لِئَلا Jika ي itu sebagai gantian ( عوضًا ) bagi huruf. Samada di tengah-tengah perkataan; هُدَــهُمْ, atau di hujung perkataan; تَهْوَى. Jika ي itu di hilangkan ( محذوفة ) dari penulisan akibat bertemunya 2 huruf yang sama. Samada di pertengahan perkataan; نَبِيِّـــۦنَ, atau di hujung perkataan; يَسْتَحْىِے Jika ي itu sebagai lanjutan ( الصلة ), seperti; فِيهِے

9 Nuqath Al-I’ijaam Titik-titik Huruf
Terdapat banyak pendapat bagi mengatakan siapakah orang yang paling awal meletakkannya. Pendapat yang tepat adalah, ianya mula dilakukan oleh Imaam Nashr bin ‘Aashim dan juga Yaĥyaa bin Ya’amur, dengan arahan Al-Ĥajjaaj bin Yuusuf Ats-Tsaqafi, gabenor Iraq yang dilantik oleh Khaliifah ‘Abdul Maalik bin Marwaan. Imaam Yaĥyaa dan Imaam Nashr dipilih kerana merekalah yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam Ilmu Qiraat dan Bahasa Arab Diletakkan titik-titik pada huruf-huruf mu’ujam dengan warna yang sama dengan warna tulisan mashaf agar tidak terkeliru antara titik huruf dan titik harakah. Ini dilakukan dengan atas dasar memperbaiki penandaan Imaam Abul-Aswad Ad-Duali.

10 5 jenis penandaan pada huruf
Al-Ĥarakah ( ًٌٍَُِ ) As-Sukuun ( ۡ ) As-Syadd ( ّ ) Al-Madd ( ٓ ) Al-Hamz ( ٕٔ ) Kesemua tanda-tanda tersebut berlaku dengan kaedah-kaedah dan kepelbagaian yang tertentu. والله أعلم


Download ppt "Nuqath Al-I’iraab (نقط الإعراب) Nuqath Al-I’ijaam (نقط الإعجام)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google