Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN."— Transcript presentasi:

1 PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN

2 MAKSUD RANGKAP 1 Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna sekiranya tidak pandai menguruskan kerja-kerja di dapur (memasak)

3 MAKSUD RANGKAP 2 Dari kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Apabila orang yang tidak berilmu ingin menunjukkan kemahirannya, pasti pihak yang lain akan ketawa kerana tidak percaya. (Kitab boleh dibaca oleh orang yang memang berilmu berpengahuan dalam bidang tersebut)

4 MAKSUD RANGKAP 3 Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Orang yang pernah berkuasa tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila kuasanya telah hilang walaupun kepada orang yang lemah.

5 MAKSUD RANGKAP 4 Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Perasaan tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak mengikut peraturan alam atau norma masyarakat.

6 MAKSUD RANGKAP 5 Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. Tentunya menjadi kehairanan pada umum apabila melihat orang bawahan berjaya menjatuhkan orang yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh.

7 TEMA Sindiran atau pengajaran melalui peristiwa yang dipaparkan dalam bait-bait pantun tersebut.

8 PERSOALAN Tugas dan peranan seseorang wanita atau isteri
Memupuk minat terhadap budaya ilmu atau mencintai ilmu pengetahuan Kekuasaan atau pengaruh tidak akan kekal lama Sesuatu yang luar biasa itu membawa petanda buruk dan orang yang melihatnya akan berasa bimbang. Keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah, tetapi mampu melakukan perkara yang mengagumkan.

9 NILAI Nasihat-menasihati – golongan wanita mesti mahir dalam urusan rumahtangga Merendah diri – sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada mereka yang lebih arif. Keyakinan diri – kita harun membuktikan kebolehan diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap keupayaan kita dapat dihapuskan.

10 PENGAJARAN Kaum wanita hendaklah belajar tentang urusan-urusan di dapur. Seseorang itu perlu gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Janganlah memperolehi kuasa melalui saluran yang salah. Kita sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh semasa usia muda sebelum datangnya tua. Seseorang yang berpengaruh dan berwibawa seharusnya menggunakan kuasa secara adil dan telus.

11 SOALAN KBKK Nyatakan perlakuan atau tindakan remaja yang tidak mengikut peraturan dan norma-norma masyarakat. Perlakuan vandalisme Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan Kebebasan seks Kegiatan gansterisme Kegiatan jenayah – merompak, meragut, membunuh Penyalahgunaan dadah Tidak menghormati ibu bapa, guru, orang yang lebih tua dan pemimpin Penyalahgunaan internet


Download ppt "PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google