Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati."— Transcript presentasi:

1 BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati di Pulau Jawa antara lain ialah di Sajamerta, Manju-Syrigrha, Dang Pu Hawang Geulis, Gunung Sundoro, Bukateja, Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi dan beberapa tempat lain lagi. Prasasti ini menggunakan tulisan Pallava, Vangki, Jawa Kuno dan Kawi, tetapi bahasanya mirip kepada bahasa Melayu. Kebanyakan prasasti ini bertarikh abad ke-7 M dan selepasnya, iaitu dalam zaman kerajaan Sriwijaya berkuasa di Asia Tenggara dan juga pada zaman kerajaan Syailendra dan kerajaan Sanjaya di Pulau Jawa.

2 Prasasti yang dijumpai di Pulau Sumatera banyak yang berbahasa Melayu Kuno dan bertarikh pada abad ke-7 dan selepasnya, iaitu abad ke-8, ke-9 hingga ke abad ke-13M. Tempat-tempat prasasti ini dijumpai ialah di Palas Pasemah, Bungkuk, Ulu Belu, Bawang, Kedukan Bukit, Telaga Batu, Karang Berahi, Kota Kapur, Muara Jambi, Pagarruyung, Sungai Langsat, Minye Tujuh dll. Di Semenanjung Tanah Melayu ialah di Segenting Kra, Thailand dijumpai prasasti berbahasa Melayu kuno dan di tempat-tempat lain spt di Ligor, Chaiya, si Chon, Takua Pa, Wing Sa, Nakon Si Thammarat, Sathing Phra, Yarong, Yala, dan Lembah Bujang. Prasasti ini bertarikh pada abad ke-8 dan selepasnya.

3 Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu kuno yang mempunyai ciri-ciri yang khusus.
Talang Tuwo, Palembang, Sumatera Selatan (684M)- ditransliterasikan ke rumi oleh Coedes Telaga Batu, Sumatera Selatan (685M)- ditransliterasikan ke rumi oleh de Casparis Kota Kapur, di Pulau Bangka (686M) - ditransliterasikan ke rumi oleh Coedes Karang Berahi, - (686M) - Coedes Tulisan BM kuno seperti yang tertulis pada batu bersurat memperlihatkan betapa BM kuno banyak menggunakan kata-kata pinjaman bahasa Sanskrit.

4 Cth prasasti Karang Berahi (686M)
1.      siddha titam hamvan vari avai kandra kayet ni 2.      paihumpaan namuha uiu lavan tandrun luah makamatai ta. 3.      ndrun luah ninunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa 7 4.      Nai tunai umentem bhakti niuiun haraki unai tunai kita savanakta de. 5.      Vata maha(d)dhika sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi tandrum

5 Vari                 =          beri Kayet              =          kait Makamatai      =          maka   +          matai   =          mati Bhakti             =          bakti Kita                 =          kita Devata             =          dewata Maharddhika   =          merdeka

6 Bentuk-bentuk BM kuno berbeza dan ada persamaan dengan BM moden seperti:
Dalam tulisan tidak terdapat letupan bilabial bersuara; tetapi digunakan vokal bilabial seperti perkataan wulan (wulan), wanyak (banyak) Hurup e pepet juga tidak ada, atau ditulis dengan vocal a contohnya dengan ditulis dngan atau dangan Awalan ber ditulis dalam BM kuno dalam bentuk mar, contoh marlepas (berlepas), marwat (berbuat) Awalan ni dahulu adalah sama dengan awalan di sekarang, contoh niparwuat (diperbuat), nikenai (dikenai). Perkataan yang sama spt : tatkala, rupa, huma, kayu dsb Perkataan yang hampir sama spt: Vulan = bulan Vuat = buat Yam = yang Dnan = dengan Pinam = pinang Awalan nipar- sama dengan diper- spt : niparvuat = diperbuat Akhiran –na sama dengan –nya spt : tatakalana = tatkalanya, vinina = bininya Awalan sa- sama dengan se- spt : savanakna = sebanyaknya, sacaracara = secara-cara Awalan mam- = awalan mem- spt: mamhidupi = menghidupi Awalan ka- = awalan ke- spt: kavuatanna=kebuatannya=perbuatannya

7


Download ppt "BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google