Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

سُوْرَةُ العَادِيَات بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "سُوْرَةُ العَادِيَات بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ"— Transcript presentasi:

1 سُوْرَةُ العَادِيَات بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

2 Surah Al-’Aadiyat Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

3 Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

4 Intisari Surah Al-’Aadiyat
Allah s.w.t. memotivasi untuk zuhud pada dunia dan bersemangat menggapai akhirat. Allah s.w.t. mengingatkan juga apa yang terjadi setelah alam dunia- segala rahsia dan apa yang tersembunyi dalam hati akan ditunjukkkan kelak. Tabiat manusia selalu mengingkari nikmat dan lupa bersyukur pada Allah s.w.t. (yang memberi nikmat) dan sering kali hal itu membawanya tidak tunduk pada syariat Nya serta hukum-hukumNya. Manusia sering mencintai dunia dan berpaling dari akhirat serta lupa pada hak Allah s.w.t. atas apa yang di berikan, sehingga Allah s.w.t. mengancamnya dan menjanjikan siksaan jika dia tidak memperbaiki akhlaqnya.

5 Sebab Turunnya Surah Al-’Aadiyat
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Ibnu Abi Hatim dan al-Hakim dari Ibnu Abbas ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutus sepasukan tentera berkuda. Akan tetapi baginda tidak mendengar khabar berita daripada mereka selama sebulan. Maka turunlah ayat ini sebagai pemberitahuan tentang pasukan tersebut yang sedang bertempur melawan musuh dan juga menceritakan tentang kepahlawanan mereka.


Download ppt "سُوْرَةُ العَادِيَات بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google