Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehFanny Tanuwidjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
MODUL 15 QADA` DAN QADAR Pengertian al-Ash’ari : Qada` ialah kehendak Allah yang azali yang berhubung dengan sesuatu yang berlaku Qadar ialah mengadakan sesuatu mengikut ketentuan yang Allah tetapkan
2
Al-Maturidi Qada` ialah penciptaan Allah yang kembali kepada sifat takwin Qadar ialah penentuan Allah mengikut qadar yang tertentu. Qada dan qadar ialah ketentuan kehendak Allah dalam mengadakan sesuatu mengikut qadar tertentu kemudian mengadakannya mengikut apa yang dikehendaki
3
2. Kewajipan beriman dengan qada dan qadar
Dalil al-Qur’an ذلك تقدير العزيز العليم (يس 38:37) Dalil hadith عن عمر ابن الحطاب رضى الله ان رسول الله ص قال الايمان ان تؤمن بالله ومالائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
4
3. Allah Maha Pencipta dan Maha Berkehendak
Firman Allah وربك يخلق ما يشأ ويختار ما كان لهم الخيرة (القصص 68) وان يمسسك الله بضر فلا كاشف له الا هو وان يردك بخير فلا راد لفضله يصيب به من يشاء من عباده (يونس 107)
5
4. Manusia ada kuasa memilih
Dalam melaksanakan sesuatu perkara, manusia merasa ada kuasa dan kehendak. Ini sebagai bukti bahawa manusia ada kebebasan dalam melaksanakan sesuatu mengikut apa yang Allah berikan kepada manusia dan mengikut taqdir yang Allah tetapkan itu.
6
Firman Allah قل الحق من ربكم فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر (الكهف 29 :18) Allah mencipta manusia dan menyediakan dengan berbagai keupayaan dan persediaan, ini yang mengarah manusia kearah kebaikan dan kejahatan . Firman Allah :
7
انا هديناه السبيل اما شاكرا واما كفورا ( الانسان 76:3)
ونفس وما سواها وما سواها فالهمها فجورها وتقواها (الشمس91: 7-9) وهديناه النجدين (البلد : 10) وما اصابكم من مصيبة فبما كسبت ايديكم (الشورى :30) ظهر الفساد فى البروالبحر بما كسبت ايدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون (الروم : 41) من عمل صالحا فلنفسه ومن اساء فعليها وما ربك بظلام للعبيد (فصلت 46)
8
5 Peraturan sebab dan musabab
Allah menjadikan alam bersamanya peraturan dan undang-undang yang menjadi landasan kepada perjalanan alam. Peraturan itu adalah sebab dan musabab. Firman Allah سنة الله التى قد خلت من قبل ولن تجد لسنة الله تبديلا (الفتح 48:23) Sunnah ini berlaku dalam semua perkara. Allah memberi rezeki kepada mereka yang berusaha
9
Allah masukan kedalam syurga bagi mereka yang beriman dan masukan ke dalam neraka bagi mereka yang kufur Ini adalah sunnah Allah Allah sesatkan mereka yang melakukan kefasikan. يضل به كثيرا ويهدى به كثيرا وما يضل به الا الفاسقين (البقرة : 26) Allah memberi petunjuk bagi mereka yang berusaha kearah itu والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا (العنكبوت 69)
10
6. Hikmah beriman dengan qada`dan qadar
1. menguatkan semangat untuk mengetahui peraturan alam 2. menguatkan semangat untuk berusaha ke arah kehidupan yang positif 3. merapat hubungan dengan pencipta peraturan alam. 4. Apa yang berlaku adalah mengikut ilmu dan hikmah Allah 5. dapat menenangkan jiwa dan hati sesaorang keatas perkara yang tidak baik yang menimpa dirinya atau yang hubungan degannya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.