Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA MARI KITA BELAJAR SAINS….

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA MARI KITA BELAJAR SAINS…."— Transcript presentasi:

1 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA MARI KITA BELAJAR SAINS….

2 KEJADIAN SIANG DAN MALAM

3

4 KEJADIAN SIANG DAN MALAM
Bumi menerima cahaya daripada matahari Pada sebarang masa, hanya sebahagian permukaan bumi menerima cahaya matahari dan sebahagian lagi tidak menerima cahaya matahari Bahagian bumi yang menghadap matahari akan menerima cahaya matahari. Bahagian bumi yang terlindung pula tidak menerima cahaya matahari. Bahagian bumi yang menerima cahaya matahari akan mengalami waktu siang. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya matahari akan mengalami waktu malam.

5 Putaran bumi menyebabkan bahagian yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam.
Bahagian yang mengalami malam akan beransur-ansur menjadi siang pula. Oleh itu, kejadian siang dan malam berlaku secara silih berganti.

6 tempat X mengalami waktu siang tempat Y mengalami waktu malam
matahari tempat X mengalami waktu siang tempat Y mengalami waktu malam

7 tempat X dan Y mengalami waktu malam
matahari tempat X dan Y mengalami waktu malam

8 Bahagian Bumi yang mula-mula menerima cahaya matahari akan mengalami waktu subuh. Bahagian Bumi yang terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari, akan mengalami waktu tengah hari. Bahagian Bumi yang mula kurang menerima cahaya matahari pada waktu petang akan mengalami waktu senja. Di kawasan khatulistiwa, tempoh waktu siang adalah sama dengan tempoh waktu malam. Kawasan khatulistiwa mengalami 12 jam waktu siang dan 12 jam waktu malam. Di bahagian kutub utara atau kutub selatan tempoh waktu siang tidak sama dengan tempoh waktu malam.

9 Pada musim sejuk , waktu siang adalah lebih pendek.
Pada musim panas, waktu siang adalah lebih panjang. Ini adalah kerana Bumi berkeadaan condong pada paksinya. Kejadian siang dan malam dapat di perhatikan dalam eksperimen kejadian siang dan malam. Kawasan yang mendapat cahaya akan mengalami siang (terang) dan kawasan yang tidak mendapat cahaya akan mengalami malam (gelap).

10 Eksperimen kejadian siang dan malam
lampu suluh Glob Eksperimen kejadian siang dan malam

11 LAMPIRAN LATIHAN ARAS 3 - 3
KLIK

12 A3-3 (P) Tugasan Senaraikan kepentingan cahaya matahari kepada hidupan di Bumi-haiwan, manusia dan tumbuhan. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

13 2. Labelkan siang dan malam pada Bumi.

14 A3-3 (G) Jawapan tugasan Senaraikan kepentingan cahaya matahari kepada hidupan di Bumi -haiwan, manusia dan tumbuhan. Bumi akan menjadi gelap jika tiada matahari.  Membolehkan tumbuhan hijau membuat proses fotosintesis.  Mengelakkan lautan membeku.   Kesukaran bagi manusia untuk menjalankan aktiviti kerana tiada cahaya.    Membekalkan tenaga solar

15 2. Labelkan siang dan malam pada Bumi.

16 DISEDIAKAN OLEH ENI ELIZA BT. GHAZALI A 72969
M. WATI BT. ABD. AZIZ A 73241

17 DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH BUAT INOVASI DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
EN. JASMY BIN ABD RAHMAN PENSYARAH GE 2123 INOVASI DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Download ppt "ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA MARI KITA BELAJAR SAINS…."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google