Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita"— Transcript presentasi:

1 UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita

2 CIRI-CIRI BERITA

3 Menurut Kepplinger & Simone (2006), terdapat empat ciri-ciri berita yang menjadikan maklumat itu adalah BERITA iaitu:- a. Penting b. Benar c. Cepat d. Lengkap (PBCL)

4 1. PENTING Konsep penting pada berita diukur melalui:- a. Disampaikan melalui sidang akhbar, wawancara, seminar dan wartawan berusaha mendapat maklumat daripada peristiwa tersebut. b. Maklumat diperolehi melalui penyelidikan, pemerhatian, temubual.

5 2. BENAR Berita itu dianggap benar apabila:- a. Berdasarkan fakta, bukan rekaan b. Kejadian itu disaksikan sendiri oleh wartawan, saksi c. Bersumberkan daripada sumber yang dipercayai.

6 3. CEPAT Berita itu dianggap cepat apabila: wartawan telah mendapat maklumat dan dengan segera menyampaikannya kepada pembaca.

7 Who, What, Where, When, Why, How
4. LENGKAP Berita itu dianggap lengkap apabila mengguna kaedah 5W1H. Who, What, Where, When, Why, How

8 NILAI BERITA Terdapat dua elemen yang memberi nilai kepada sesebuah berita iaitu:- 1. Penentu berita 2. Komponen berita

9 1. PENENTU BERITA Menurut Kepplinger & Ehmig (2006), terdapat lima penentu berita yang menjadikan berita itu bernilai tinggi:- a. Proksimiti / Kedekatan b. Kontroversi c. Pengaruh peribadi / Terkenal d. Lingkungan kesesuaian e. Impak (PKPLI)

10 A. PROKSIMITI / KEDEKATAN
Merujuk kepada jarak di antara tempat berlakunya kejadian dengan tempat berita disebarkan. Semakin hampir jarak tersebut maka semakin bernilai berita itu kepada pembaca. Contoh:- Berita tanah runtuh atau banjir kilat yang berlaku di sekitar kampus IPG.

11 Isu IMDB, MARA Inc, Tabung Haji, FAM, Sukan Takraw
B. KONTROVERSI Merujuk kepada berita yang boleh menjejaskan kepentingan sosial, ekonomi dan politik (S.E.P) negara. Semakin ia menjejaskan S.E.P semakin bernilai beria itu. Contoh:- Isu IMDB, MARA Inc, Tabung Haji, FAM, Sukan Takraw

12 Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan
C. PENGARUH PERIBADI / TERKENAL Merujuk kepada tahap pengaruh individu yang terlibat dalam pemberitaan. Semakin kuat dan luas pengaruh individu tersebut, maka semakin bernilai berita yang disiarkan. Contoh:- Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan

13 Ramai yang terkorban dalam nahas, 1 juta belia berhimpun di Putrajaya
D. LINGKUNGAN KESESUAIAN Merujuk kepada jumlah khalayak yang terlibat dalam pemberitaan. Semakin ramai yang terlibat semakin tinggi nilai berita yang disiarkan. Contoh:- Ramai yang terkorban dalam nahas, 1 juta belia berhimpun di Putrajaya

14 Merujuk kepada kesan fizikal pemberitaan kepada khalayak/rakyat.
E. Impak Merujuk kepada kesan fizikal pemberitaan kepada khalayak/rakyat. Contoh:- Apabila berita melaporkan kenaikan harga barang (kuasa beli pengguna berkurang)

15 2. KOMPONEN BERITA Komponen berita adalah elemen yang mempengaruhi nilai berita. Semakin banyak komponen berita dalam sesebuah penulisan, semakin tinggi nilai berita tersebut.

16 Terdapat 8 komponen berita iaitu:-
Umur Haiwan Jantina Konflik Wang Kanak-kanak Kecantikan Unsur kemanusiaan


Download ppt "UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google