Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuparman Kusnadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka. Menulis juga merupakan kegiatan yang produktif dan ekspresif. Mengikut Awang Sariyan (1992;1), penulisan adalah satu proses pengolahan gagasan atau pemikiran, dan penulisan juga sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan dan pemikiran. MINGGU 13 (SAMB.)
2
Hubungan antara Kemahiran Bahasa dengan Kemahiran Penulisan
Matlamat akhir seseorang mempelajari bahasa ialah untuk memungkinkannya berkomunikasi dengan berkesan, sama ada secara lisan atau tulisan. Hubungan antara kemahiran bahasa dengan kemahiran penulisan dapat digambarkan pada tatatingkat unit bahasa yang berikut: Wacana Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem
3
Proses Penulisan Pada umumnya, proses penulisan bermula dengan pemilihan tajuk atau bidang tajuk, dan diikuti dengan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan tajuk karangan yang mudah ditulis. Seterusnya, seseorang penulis itu perlu pula membentuk kerangka kasar, mengembangkan fakta, menyunting, menyediakan ilustrasi, dan menulis draf akhir (Ismail Ahmad, 1996: 10).
4
Awang Sariyan (1992: 5) pula menyatakan bahawa ada dua tahap dalam proses penulisan, iaitu:
1. Tahap Persiapan/Persediaan a. Mempersiap minda(mental)/psikologi b. Mengenal pasti bidang c. Menentukan skop/tumpuan d. Menentukan judul/tajuk e. Menentukan sasaran/khalayak f Memperoleh maklumat 2. Tahap Penyusunan a. Menyusun/mengatur rangka isi b. Mengembangkan isi dan pemerengganan c. Menjalinkan isi d. Menatakan format e. Mengedit bahasa
5
Proses Penulisan untuk Tujuan Khusus
Penulisan untuk tujuan khusus, seperti menghasilkan karangan dalam peperiksaan melibatkan proses yang berikut: Memilih judul/tajuk atau soalan yang tepat Menentukan kunci soalan Menyusun rangka isi Mengembangkan isi/pemerengganan Menjalinkan idea Menata format Mengedit bahasa
6
Pendekatan Penulisan Mengikut Mohd. Sidin Ahmad (1992), pendekatan penulisan boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: Pendedahan Penerangan Penghujahan Pemujukan Penceritaan Awang Had Salleh (1990) pula membahagikan pendekatan penulisan kepada: Pelukisan Pengisahan Perbahasan Penghuraian
7
Pendekatan Pendedahan (Pemerihalan)
Digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang benda, tempat, seseorang atau proses Bersifat objektif dan tidak menimbulkan ciri kontroversi Pendekatan Penerangan (Penjelasan) Bertujuan untuk memperincikan sesuatu pendedahan atau memberikan maklumat dengan lebih mendalam Digunakan dalam penulisan ilmiah atau teknikal Pendekatan Pemujukan Digunakan untuk mengubah fikiran, kepercayaan, dan perlakuan pembaca Banyak menggunakan penaakulan (reasoning) dan proses minda Boleh dibahagikan kepada pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional
8
Pendekatan Penghujahan
Banyak menggunakan proses mental melalui penaakulan Digunakan dalam penulisan cadangan penyelidikan (research proposal) Pendekatan Penceritaan Paling banyak digunakan oleh ahli sejarah dan penulis kreatif Boleh juga digunakan bersama dengan pendekatan lain, seperti pendekatan pendedahan dan penghuraian Pendekatan Suruhan atau Panduan Pengguna Sangat berguna dalam pengiklanan barangan dan melakukan eksperimen Panduan penggunaan sesuatu barangan dihuraikan dengan jelas
9
Binaan Karangan/Esei Mengikut Awang Sariyan (1992:7), pada dasarnya binaan karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, badan karangan, dan penutup. Pada bahagian Pendahuluan atau Pengenalan perlu memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi karangan atau tema karangan. Badan karangan menjadi wadah untuk memuatkan isi-isi penting yang mendukung atau menunjangi tema atau persoalan pokok dalam karangan. Bahagian penutup pula biasanya berfungsi untuk mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang telah dibincangkan dalam badan karangan.
10
Pembentukan Perenggan
Sesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari segi kesatuan perenggan. Unit asas perenggan ialah ayat. Untuk mewujudkan kesatuan, setiap perenggan mestilah mengandungi ayat yang berkaitan, iaitu yang menyentuh tema atau ayat judul (topik). Untuk membolehkan perenggan berfungsi seperti yang dikehendaki, sesuatu perenggan itu mestilah jelas dan berstruktur. Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat topik dan pengembangannya. Ayat judul biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang difokuskan. Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan, sama ada dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data atau contoh.
11
Jenis-jenis Perenggan
Untuk mewujudkan kepaduan dan penyusunan idea secara lojik, setiap penulis harus mengenal pasti jenis-jenis perenggan yang wujud dalam perenggan atau artikel. Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1992) telah menamakan lima jenis perenggan, iaitu: Perenggan pengenalan Perenggan isi Perenggan transisi Perenggan dialog 5. Perenggan penutup
12
Ciri Penulisan Yang Baik
Penulisan yang baik dicirikan oleh kewujudan dan persembahan fakta yang cukup dan tepat seperti yang digariskan oleh tajuk karangan (Ismail Ahmad, 1992: 66). Antara ciri penulisan yang baik ialah: Jelas dan terbaca (keterbacaan) Koherens Mudah dan langsung Ringkas dan padat kepelbagaian
13
Henry Guntur Tarigan (1985:6-7) pula merumuskan ciri tulisan yang baik ialah:
Mengambarkan kemampuan penulis menggunakan nada yang sesuai. Menggambarkan kemampuan penulis menyusun bahan menjadi satu keseluruhan atau wacana yang utuh. Menerminkan kemampuan penulis untuk menulis dengan jelas, dapat memanfaatkan struktur kalimat, bahasa, dan contoh yang sesuai. Mencerminkan kemampuan penulis untuk menulis secara yang meyakinkan. Selain itu, tulisan yang baik haruslah: Jujur – tidak memalsukan idea. Jelas – tidak mengelirukan atau membingungkan. Singkat – tidak membuang masa pembaca. Mewujudkan variasi – ayat atau kalimat
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.