Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
LAPORAN KOMUNIKASI EFEKTIF
NAMA : PUNG CHUN CHUNG NO. MATRIK : A148455 TAJUK DRAMA : INSAFLAH SAYANG PERANAN : LOUIS (ANAK BONGSU DALAM KELUARGA)
2
PENGENALAN PENGLIBATAN AKTIVITI PENGALAMAN REFLEKSI KESIMPULAN
KANDUNGAN LAPORAN PENGENALAN PENGLIBATAN AKTIVITI PENGALAMAN REFLEKSI KESIMPULAN
3
PENGENALAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Goh Thian Lai, iaitu guru bertugas LMCK 1331 Set73 Komunikasi Efektif kerana beliau memberi peluang kepada saya dan ahli-ahli kumpulan untuk merakamkan suatu drama bersama-sama. Dalam proses merakamkan video, kami dapat mencapai persefahaman dan mengeratkan hubungan intim antara kaum yang berlainan. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memahami cara pertuturan dan berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulan lain pada masa itu. Dengan adanya matlamat yang sehala, kami dapat menyempurnakan drama ini tanpa sebarang pertengkaran atau pergaduhan. Setiap bahagian babak akan kami berbincang dahulu tanpa membuang masa yang begitu berharga. Tanpa mengecewakan guru, kami dapat menyiapkan tugasan kami dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4
PENGLIBATAN AKTIVITI Sepanjang masa menyiapkan video tersebut, kami membuat rakaman video di dalam Kolej Ungku Omar (KUO). Bukti-bukti kami merakamkan video sepanjang masa tersebut adalah yang berikut:
6
dan sebagainya…
7
PENGALAMAN Sebelum memulakan perakaman video, kami pernah berkumpul dan berbincang tentang drama yang akan dipersembahkan. Pada hari kami merakamkan video ini, malangnya hari hujan di separuh jalan kami membuat rakaman. Namun begitu, ia tidak mempengaruhi semangat kami untuk menyelesaikan tugas kami. Kumpulan kami memulakan perakaman video pada pukul petang. Kami dapat menyiapkan setiap babak dengan sekali sahaja kerana kami mempersembahkan apa yang telah dibincangkan sebelum tadi. Kami menggunakan Bahasa Malaysia sepanjang masa kami merakamkan video.
8
Kami dikehendaki bersuara kuat sewaktu perakaman kerana hujan turun lebat dan suara hujan itu akan menjejaskan penampilan video kami. Tidak hairanlah penduduk KUO lain melihat kami dengan rasa pelik apabila kami sedang merakamkan video. Bukan itu sahaja, kami juga dapat belajar mengambil berat kepada ahli kumpulan lain. Sesiapa yang tidak terkandung dalam sesetengah babak video akan tolong menjaga harta barang ahli kumpulan lain. Saya dapat merasai prihatin dan merakamkan video dengan lebih tekun. Akhirnya, kami menyiapkan rakaman video kami pada pukul petang. Segala sukacita dan dukacita telah kami berkongsi pada waktu lapang. Saya berasa amat bangga kerana mengenali ahli-ahli kumpulan yang begitu baik sekali !
9
REFLEKSI Saya berasa amat puas hati kerana dapat menyempurnakan tugas dalam masa yang ditetapkan. Saya berasa sedih atas satu daripada ahli-ahli kumpulan tidak dapat menyertai perakaman video kerana baru menjalani perbedahan dan perlu rehat yang secukupnya. Tugas ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. Sebelum ini, setiap orang daripada kami malu bercakap dan mengeluarkan idea tentang kandungan drama. Tetapi, sekarang kami telah menjadi lebih erat bagai keluarga. Saya dapat meningkatkan kefasihan bertutur Bahasa Malaysia dan kebolehan berkomunikasi dengan kaum lain. Ini bukan sahaja membolehkan saya mengenali lebih banyak kawan bahkan juga dapat menceriakan masa hadapan saya.
10
KESIMPULAN Tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk menambahbaikkan pertuturan dan kebolehan komunikasi dengan orang lain. Ia menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya komunikasi dalam kehidupan seseorang. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana sudi menemani saya untuk mengharungi segala halangan dan kesusahan sepanjang masa menyiapkan tugas ini.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.