Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Latihan Microsoft® Office PowerPoint® 2007

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Latihan Microsoft® Office PowerPoint® 2007"— Transcript presentasi:

1 Latihan Microsoft® Office PowerPoint® 2007
[Nota untuk jurulatih: Untuk bantuan terperinci tentang menyesuaikan templat ini, sila lihat slaid paling akhir. Juga, cari teks pelajaran tambahan dalam anak tetingkap nota sesetengah slaid.] Mencipta persembahan pertama anda

2 Kandungan kursus Gambaran keseluruhan: Bermula dengan asas
Pelajaran 1: Cipta slaid anda Pelajaran 2: Pilih tema, tambah lebih kandungan Pelajaran 3: Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan Setiap pelajaran termasuk satu senarai tugas yang disyorkan dan satu set soalan ujian.

3 Gambaran keseluruhan: Bermula dengan asas
Adakah anda pernah diminta menyusun persembahan PowerPoint, tetapi tidak pasti bagaimana untuk bermula? Kursus ini akan mengajar anda segala yang anda perlu tahu untuk mencipta dan menyampaikan persembahan. Anda akan mengetahui cara mencipta slaid, memasukkan kandungan, dan menjadikannya menarik. Kemudian anda akan pelajari cara menyediakan nota pensyarah dan nota edaran dan penyediaan membuat persembahan.

4 Matlamat kursus Mencipta slaid dan menambah teks.
Menyelit gambar dan kandungan lain. Menggunakan tema untuk penampilan keseluruhan persembahan. Mencetak nota edaran dan nota. Bersedia untuk membuat persembahan.

5 Pelajaran 1 Cipta slaid anda

6 Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah subtajuk
Cipta slaid anda Ini adalah gambaran sepintas lalu tetingkap PowerPoint. Pelajaran ini memperkenalkan anda kepada tetingkap dan membantu anda untuk merasa selesa bekerja di sini. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah subtajuk Klik untuk menambah nota Anda akan melihat cara menambah slaid baru, memilih tataletak slaid, dan menambah teks serta menggunakan semula slaid daripada persembahan yang lain. Akhir sekali, anda akan ketahui cara menyediakan nota sambil anda mencipta persembahan, untuk rujukan semasa persembahan.

7 Mengenali ruang kerja anda
Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal. Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah subtajuk Klik untuk menambah nota Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal. Anak tetingkap slaid adalah kawasan besar di tengah-tengah. Anda bekerja secara terus pada slaid di ruang ini. Pada slaid, kotak dengan sempadan bertitik dipanggil ruang letak. Inilah tempat anda menaip teks, menyelitkan seni, atau menambah kandungan lain.

8 Mengenali ruang kerja anda
Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal. Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah subtajuk Klik untuk menambah nota Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal. Anda boleh klik kuku jari slaid pada tab Slaid untuk menavigasi ke slaid lain. Di sebelah kiri adalah slaid versi kecil atau kuku jari persembahan anda, dengan slaid yang anda sedang kerjakan diserlahkan. Kawasan ini ialah tab Slaid.

9 Mengenali ruang kerja anda
Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal. Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah subtajuk Klik untuk menambah nota Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal. Ada ruang yang lebih besar untuk nota berbanding yang ditayangkan dalam gambar. Di kawasan bawah ialah anak tetingkap nota, di mana anda menaip nota yang anda akan rujuk semasa membuat persembahan.

10 Tambah slaid baru Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan. Anda tambah slaid yang lain. Rumah Rumah Cara yang paling mudah untuk menambah slaid baru ialah dengan menekan Slaid Baru pada tab Rumah, seperti yang ditunjukkan.

11 Tambah slaid baru Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan. Anda tambah slaid yang lain. Rumah Rumah Ada dua cara menggunakan bebutang Slaid Baru: Jika anda klik bahagian atas bebutang, di mana ikon slaid berada, slaid baru akan ditambah serta merta di bawah slaid yang dipilih pada tab Slaid.

12 Tambah slaid baru Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan. Anda tambah slaid yang lain. Rumah Rumah Ada dua cara menggunakan bebutang Slaid Baru: Jika anda klik bahagian bawah bebutang, anda mendapat galeri tataletak untuk slaid. Anda pilih satu tataletak, dan slaid diselitkan dengan tataletak yang dipilih.

13 Tambah slaid baru Jika anda tambah slaid tanpa memilih tataletak, PowerPoint menggunakan satu secara automatik. Rumah Rumah Anda boleh menukarnya jika ingin: Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin gantikan, kemudian tuding ke tataletak. Ini membuka galeri tataletak, dan anda klik satu untuk menggunakannya pada slaid.

14 Memilih tataletak untuk slaid
Tataletak slaid mengatur kandungan slaid anda. Sebagai contoh, anda mungkin inginkan senarai dan gambar pada slaid, atau gambar dan kapsyen. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah teks Klik untuk menambah subtajuk Tataletak mengandungi pelbagai jenis ruang letak dan susunan ruang letak yang berlainan untuk menyokong apa-apa sahaja kandungan anda.

15 Memilih tataletak untuk slaid
Gambar menunjukkan tataletak yang PowerPoint bermula secara automatik. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah teks Klik untuk menambah subtajuk Tataletak Slaid Tajuk, ditunjukkan di sini sebagaimana ia muncul dalam galeri tataletak, digunakan untuk slaid pertama dalam persembahan (slaid yang sedia ada semasa anda bermula). Pada slaid, tataletak Slaid Tajuk mengandungi ruang letak untuk tajuk dan subtajuk.

16 Memilih tataletak untuk slaid
Gambar menunjukkan tataletak yang PowerPoint bermula secara automatik. Klik untuk tambah tajuk Klik untuk tambah tajuk Klik untuk menambah teks Klik untuk menambah subtajuk Tataletak yang mungkin paling kerap anda gunakan untuk slaid lain dipanggil Tajuk dan Kandungan, ditunjukkan sebagaimana ia muncul dalam galeri tataletak. Ruang letak yang ditunjukkan oleh petak bual 4 menyokong sama ada teks atau elemen grafik seperti carta, gambar dan fail wayang. Sesetengah tataletak lain mempunyai dua ruang letak berbilang kegunaan ini, supaya anda boleh letak senarai dalam satu dan gambar atau grafik lain dalam yang lagi satu. Pada slaid, tataletak ini mempunyai ruang letak untuk tajuk slaid, dan ruang letak berbilang kegunaan kedua yang mengandungi teks serta beberapa ikon.

17 Menaip teks anda Di dalam ruang letak berbilang kegunaan yang ditunjukkan sebelum ini, anda boleh menambah unsur grafik atau teks. Mari berbicara tentang teks. Rumah Lorem Ipsum Dolor sit amet Consectetuer adipiscing elit Donec euismod Mattis augue Class aptent Taciti sociosqu Pemformatan lalai bagi teks ialah senarai berbulet. Anda boleh gunakan teks pelbagai aras dalam senarai berbulet untuk membuat poin kecil di bawah poin utama. Pada Reben, gunakan perintah dalam kumpulan Fon untuk menukar pemformatan aksara, seperti warna dan saiz fon.

18 Menaip teks anda Di dalam ruang letak berbilang kegunaan yang ditunjukkan sebelum ini, anda boleh menambah unsur grafik atau teks. Mari berbicara tentang teks. Rumah Lorem Ipsum Dolor sit amet Consectetuer adipiscing elit Donec euismod Mattis augue Class aptent Taciti sociosqu Pemformatan lalai bagi teks ialah senarai berbulet. Nota tentang muatan teks automatik: Jika anda taip lebih banyak teks daripada yang muat dalam ruang letak, PowerPoint mengurangkan saiz fon dan jarak baris untuk memuatkan semua sekali. Anda boleh tutup kelakuan ini jika ingin. Gunakan perintah di dalam kumpulan Perenggan untuk mengubah pemformatan perenggan, seperti pemformatan senarai, indentasi teks, dan jarak baris.

19 Menyelit slaid daripada persembahan lain
Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda. Inilah cara melakukannya. Rumah Gunakan Semula Slaid Selit Slaid dari: C:\Persembahan... Semak lalu Slaid Baru Pendua Slaid Terpilih Slaid dari Rangka Gunakan Semula Slaid Pada tab Rumah, klik anak panah di sebelah Slaid Baru, seakan-akan anda ingin menyelitkan slaid baru dan memilih tataletak untuknya dahulu. Di bawah galeri tataletak, klik Gunakan Semula Slaid.

20 Menyelit slaid daripada persembahan lain
Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda. Inilah cara melakukannya. Rumah Gunakan Semula Slaid Selit Slaid dari: C:\Persembahan... Semak lalu Slaid Baru Pendua Slaid Terpilih Slaid dari Rangka Gunakan Semula Slaid Pada anak tetingkap tugas Gunakan Semula Slaid, di bawah Selit Slaid dari, klik Semak lalu untuk mencari persembahan atau pustaka slaid yang ada slaid yang anda inginkan. Kemudian klik anak panah untuk membuka slaid tersebut dalam anak tetingkap tugas.

21 Menyelit slaid daripada persembahan lain
Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda. Inilah cara melakukannya. Rumah Gunakan Semula Slaid Selit Slaid dari: C:\Persembahan... Semak lalu Slaid Baru Pendua Slaid Terpilih Slaid dari Rangka Gunakan Semula Slaid Apabila anda menemui slaid yang anda inginkan, beri perhatian kepada kotak semak Kekalkan pemformatan sumber di bahagian bawah anak tetingkap. Jika anda ingin kekalkan penampilan slaid yang sama seperti yang anda selitkan, pastikan kotak semak ini dipilih sebelum anda selit slaid. Jika anda tidak pilih Kekalkan pemformatan sumber, slaid yang diselitkan akan mendapat pandangan, atau tema, yang digunakan pada slaid semasa. (Tema adalah yang menetapkan reka bentuk dan warna keseluruhan bagi persembahan; ini akan dijelaskan lebih lanjut dalam pelajaran akan datang.)

22 Menyelit slaid daripada persembahan lain
Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda. Inilah cara melakukannya. Rumah Gunakan Semula Slaid Selit Slaid dari: C:\Persembahan... Semak lalu Slaid Baru Pendua Slaid Terpilih Slaid dari Rangka Gunakan Semula Slaid Klik setiap slaid anda ingin selit. Setiap satu disalin ke dalam persembahan yang dibuka, di bawah slaid semasa yang dipilih atau di bawah kursor anda, jika anda meletakkannya di bawah kuku jari slaid. Untuk maklumat lanjut tentang proses ini, lihat Kad Rujukan Cepat yang dipaut di akhir kursus ini.

23 Cipta nota pensyarah Gunakan nota pensyarah untuk menghuraikan poin pada slaid. Nota yang bagus boleh membantu menarik minat para penonton anda dan menghalang teks berlebihan pada slaid. Lorem ipsum dolor sit amet Fusce suscipit molestie mi Nam eleifend dignissim nisl Sambil anda membangunkan kandungan pada slaid anda, taipkan nota anda dalam anak tetingkap nota, di bawah slaid. Anda boleh besarkan anak tetingkap nota supaya lebih mudah bekerja dengan menyeret bar cerai.

24 Cipta nota pensyarah Gunakan nota pensyarah untuk menghuraikan poin pada slaid. Nota yang bagus boleh membantu menarik minat para pendengar anda dan menghalang teks berlebihan pada slaid. Lorem ipsum dolor sit amet Fusce suscipit molestie mi Nam eleifend dignissim nisl Nota anda disimpan di halaman nota, yang mengandungi salinan slaid selain nota. Inilah halaman yang anda cetak untuk dirujuk semasa anda menyampaikan persembahan. Nota: Terdapat had ruang pada halaman nota. Jika nota anda melebihi ruang dalam halaman nota, ia akan dipotong semasa anda mencetak. Anda akan dapat lihat cara mengelakkan perkara ini dalam pelajaran terakhir, “Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan.”

25 Cadangan untuk latihan
Biasakan diri dengan kawasan tetingkap PowerPoint . Taip teks. Tambah slaid baru. Navigasi dan tambah lebih teks. Gunakan inden dan pemformatan teks. Bekerja dengan muat teks automatik. Taip dan papar nota.

26 Ujian 1, soalan 1 Dalam tetingkap PowerPoint, apakah kawasan utama untuk menambah kandungan slaid? (Pilih satu jawapan.) Tab Slaid, di mana kuku jari slaid berada, di sebelah kiri tetingkap. Anak tetingkap nota. Anak tetingkap slaid, di tengah-tengah tetingkap.

27 Ujian 1, soalan 1: Jawapan Anak tetingkap slaid, di tengah-tengah tetingkap. Bekerja di anak tetingkap slaid untuk menambah teks, gambar, bentuk, fail media, atau kandungan lain kepada slaid anda.

28 Ujian 1, soalan 2 Apabila anda menambah slaid baru, bagaimanakah cara anda memilih tataletak untuknya dahulu? (Pilih satu jawapan.) Pada tab Rumah, klik separuh atas bebutang Slaid Baru. Pada tab Rumah, klik separuh bawah bebutang Slaid Baru, di mana anak panah berada. Klik kanan kuku jari slaid pada tab Slaid, dan klik Slaid Baru.

29 Ujian 1, soalan 2: Jawapan Pada tab Rumah, klik separuh bawah bebutang Slaid Baru, di mana anak panah berada. Mengklik anak panah memaparkan tataletak slaid. Apabila anda pilih satu, slaid diselitkan dengan tataletak itu.

30 Ujian 1, soalan 3 Apakah cara pantas untuk menggantikan tataletak semasa slaid dengan tataletak yang berlainan? (Pilih satu jawapan.) Klik separuh bawah bebutang Slaid Baru pada tab Rumah. Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin ganti, dan tuding ke tataletak.

31 Ujian 1, soalan 3: Jawapan Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin ganti, dan tuding ke tataletak. Ini membuka galeri tataletak. Anda klik satu untuk digunakan pada slaid. Cara lain ialah memilih kuku jari slaid dengan tataletak yang anda ingin ubah, dan klik Tataletak pada tab Rumah. Ini memaparkan galeri, di mana anda pilih tataletak untuk digunakan.

32 Pilih tema, tambah lebih kandungan
Pelajaran 2 Pilih tema, tambah lebih kandungan

33 Pilih tema, tambah lebih kandungan
Sebagai skim warna untuk persembahan anda, warna hitam sudah memadai. Tetapi bagaimana pula jika anda dalam mod untuk reka bentuk yang berwarna-warni dan bertenaga? Lorem ipsum dolor sit amet Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Pergi terus ke galeri tema PowerPoint dan cuba apa yang ada di situ. Memilih tema adalah semudah memetik suis. Anda juga boleh meletakkan unsur lain pada slaid anda, seperti gambar dan kapsyen, kemudian jajarkannya dengan mudah supaya semuanya tersusun kemas. Gambar berbeza berbanding tema lalai, yang digunakan pada slaid di sebelah kiri, dengan salah satu daripada yang banyak tersedia, yang digunakan pada slaid di sebelah kanan.

34 Kehebatan tema Setiap persembahan ada tema.
Ada yang lebih berwarna-warni berbanding yang lain. Lorem ipsum dolor sit amet Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Tema menentukan rupa dan warna slaid anda dan memberikan persembahan anda penampilan yang konsisten. Di sini anda dapat lihat tiga tajuk slaid yang mempunyai kandungan yang sama tetapi menggunakan tema yang berbeza.

35 Kehebatan tema Setiap persembahan ada tema.
Ada yang lebih berwarna-warni berbanding yang lain. Lorem ipsum dolor sit amet Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Sebuah tema termasuk unsur-unsur ini, yang ditawarkan sebagai pakej: Reka bentuk latar Skim warna Jenis dan saiz fon Posisi ruang letak

36 Kehebatan tema Skim warna melibatkan warna latar, warna fon, warna isian untuk bentuk, warna sempadan, hiperpautan, dan unsur slaid seperti jadual dan carta. Lorem ipsum dolor sit amet Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Dan jika anda ada ruang letak, tema berubah mengikut tataletak yang anda pilih; ia memberikan sedikit perubahan yang nyata. Misalnya, pada tiga slaid tertayang, setiap tema meletakkan ruang letak tajuk dan subtajuk pada posisi yang berbeza. Tetapi tataletak Slaid Tajuk asas masih wujud.

37 Memilih tema Setiap persembahan baru bermula dengan tema lalai, dipanggil Tema Pejabat. Untuk mencari dan menggunakan yang lain, mula dengan mengklik tab Reka Bentuk pada Reben. Reka Bentuk Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Sampel tema, dalam bentuk kuku jari yang anda lihat di sini, akan menunjukkan kumpulan Tema. Untuk melihat tema tambahan, klik bebutang Lain di sebelah kanan kumpulan.

38 Memilih tema Setiap persembahan baru bermula dengan tema lalai, dipanggil Tema Pejabat. Untuk mencari dan menggunakan yang lain, mula dengan mengklik tab Reka Bentuk pada Reben. Reka Bentuk Lorem ipsum dolor sit amet Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas Apabila anda menuding ke mana-mana kuku jari tema, pratontonnya ditunjukkan pada slaid. Anda boleh guna tema pada sebarang peringkat semasa mencipta persembahan. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa tema boleh mengubah posisi ruang letak, jadi ada sesetengah tema lebih sesuai untuk kandungan anda berbanding tema yang lain. Klik kuku jari untuk menggunakan tema tersebut kepada semua slaid anda. Anda juga boleh menggunakan tema hanya kepada tema yang anda pilih.

39 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1
Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid. Lukisan Klip Menggelintar: Pergi Gelintar dalam: Hasil mestilah: Kaedah pertama ialah mengklik ikon dalam ruang letak, yang anda telah lihat sekilas lalu dalam pelajaran pertama.

40 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1
Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid. Clip Art Menggelintar: Pergi Gelintar dalam: Hasil mestilah: Gambar menunjukkan cara menyelit satu Clip Art: Klik ikon Clip Art di dalam ruang letak. Anak tetingkap tugas Clip Art dibuka. Di sini, taipkan kata kunci dalam kotak Menggelintar yang mencadangkan jenis klip yang anda inginkan. Kemudian klik Pergi.

41 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1
Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid. Lukisan Klip Menggelintar: Pergi Gelintar dalam: Hasil mestilah: Gambar menunjukkan cara menyelit satu lukisan klip: Klip muncul yang sesuai dengan kata kunci. Klik salah satu untuk selitnya pada slaid. Gambar saiz secara automatik dan diletakkan dalam ruang letak. Benda lain yang anda boleh selit menggunakan kaedah yang diterangkan termasuk jadual, carta, grafik SmartArt™, gambar anda sendiri, dan fail video. Peringatan tentang menyelitkan gambar: Gambar, terutama gambar foto resolusi tinggi, boleh meningkatkan saiz persembahan anda dengan cepat. Jangan lupa cara anda boleh mengoptimumkan gambar tersebut dengan menjadikannya sekecil yang boleh. Untuk maklumat lanjut lihat Kad Rujukan Cepat yang dipaut di akhir kursus ini.

42 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2
Cara lain untuk menyelitkan item slaid ialah menggunakan tab Selit pada Reben. Selit Kotak Teks Teks Semua benda yang anda boleh selit daripada anak tetingkap slaid juga terdapat pada tab Selit, dan banyak lagi—termasuk bentuk, hiperpautan, kotak teks, pengepala dan pengaki, dan klip media seperti bunyi.

43 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2
Gambar menunjukkan tatasusunan bagi benda yang ada pada tab Selit. Selit Kotak Teks Teks Benda tipikal untuk diselitkan ialah kotak teks, seperti ditunjukkan. Kotak teks adalah memudahkan apabila anda ingin menambah teks di sesuatu tempat dan memerlukan ruang letak lain untuknya, seperti untuk kapsyen gambar. Pada tab Selit, klik Kotak Teks. Lukis kotak pada slaid dan taip di dalamnya. Nota: Anda tidak boleh selit kotak teks menggunakan ikon dalam tataletak slaid.

44 Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2
Apakah kaedah yang lebih baik? Selit Kotak Teks Oleh kerana anda ada dua pilihan cara menyelitkan sesetengah benda, cara yang mana satu disyorkan? Teks Ia bergantung pada cara yang anda dapati paling mudah. Satu perkara yang perlu dipertimbangkan ialah bagaimana anda ingin item yang diselitkan berada pada slaid. Sebagai contoh, jika anda guna ikon dalam ruang letak untuk menyelitkan gambar, gambar tersebut akan diletakkan dalam ruang letak. Apabila anda selit gambar menggunakan tab Selit, PowerPoint meneka peletakannya, dengan menempatkannya di ruang letak yang ada atau dalam ruang letak yang anda pilih. Jika ruang letak tiada, PowerPoint menyelitkan gambar di tengah-tengah slaid – dan kadang kala inilah yang anda inginkan.

45 Mengedit unsur slaid Selepas menyelit gambar, anda mungkin ingin membuat penyelarasan seperti saiz semula, memangkas, atau mengubah kecerahan. Gunakan Alat Gambar untuk ini. Alat Gambar Format Bentuk Gambar Bawa ke Hadapan Jajar Sempadan Gambar Hantar ke Belakang Kumpulan Pangkas Kesan Gambar Anak Tetingkap Pemilihan Putar Alat Gambar tersedia apabila gambar dipilih. Pilih gambar. Alat Gambar muncul di atas Reben. Gunakan pilihan pada tab Format untuk bekerja dengan gambar.

46 Mengedit unsur slaid Terdapat alat untuk jenis perkara yang anda boleh selit, daripada jadual, carta dan grafik SmartArt™ kepada kotak teks dan bentuk, bunyi dan video. Alat Gambar Format Bentuk Gambar Bawa ke Hadapan Jajar Sempadan Gambar Hantar ke Belakang Kumpulan Pangkas Kesan Gambar Anak Tetingkap Pemilihan Putar Cuma pilih item terselit untuk melihat tab yang berkaitan pada Reben.

47 Menyusun unsur slaid Selepas anda memasukkan semua yang anda ingin pada slaid, anda perlu menjajarkannya supaya ia kelihatan kemas. Alat Gambar Format Jajarkan Kiri Jajarkan Pusat Jajarkan Kanan Jajarkan Atas Jajarkan Tengah Jajarkan Bawah Sebagai contoh, dalam gambar ini, kotak teks dengan kapsyen akan nampak sempurna apabila ia sejajar dengan gambar – sama ada rapat ke kiri atau berada di tengah-tengah.

48 Menyusun unsur slaid Anda guna perintah Susun untuk menjajarkan unsur slaid. Alat Gambar Format Jajarkan Kiri Jajarkan Pusat Jajarkan Kanan Jajarkan Atas Jajarkan Tengah Jajarkan Bawah Untuk menjajarkan kapsyen supaya ia rapat ke kiri dengan gambar, mula-mula pilih kedua-dua ruang letak. Dalam Alat Gambar, cari kumpulan Susun pada tab Format. Klik bebutang Jajar, kemudian klik Jajarkan Kiri. Perintah Susun juga tersedia dalam kumpulan Lukisan pada tab Rumah.

49 Cadangan untuk latihan
Pilih tema baru. Selit gambar. Saiz semula gambar. Tambah kapsyen. Jajar gambar dan kapsyen. Bonus: Tambah kesan animasi.

50 Ujian 2, soalan 1 Apabila anda guna tema, ia sentiasa melibatkan setiap slaid dalam persembahan. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

51 Ujian 2, soalan 1: Jawapan Salah.
Jika anda ingin tema digunakan kepada hanya satu slaid atau beberapa slaid, pilih slaid tersebut. Kemudian paparkan galeri tema, klik kanan tema yang anda inginkan, dan klik Gunakan untuk Slaid Terpilih.

52 Ujian 2, soalan 2 Anda boleh selit kotak teks daripada ikon dalam sesetengah tataletak slaid. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

53 Ujian 2, soalan 2: Jawapan Salah.
Anda boleh selit gambar, carta, grafik SmartArt, jadual, dan fail media dengan menggunakan ikon dalam tataletak kandungan. Untuk menyelit kotak teks, anda perlu ke tab Selit. Selepas itu klik Kotak Teks, kemudian lukis kotak pada slaid.

54 Ujian 2, soalan 3 Kumpulan Sesuaikan, bebutang Ubah Gambar.
Anda ingin jajar kapsyen dengan gambar pada slaid anda, supaya kapsyen berada di pusat di bawah gambar. Dengan gambar dan kapsyen dipilih, anda klik tab Format, di bawah Alat Gambar pada Reben. Sekarang, di manakah perintah yang akan membuat penyesuaian yang anda inginkan? (Pilih satu jawapan.) Kumpulan Sesuaikan, bebutang Ubah Gambar. Kumpulan Susun, bebutang Jajar. Kumpulan Susun, bebutang Putar.

55 Ujian 2, soalan 3: Jawapan Kumpulan Susun, bebutang Jajar.
Bebutang ini membuka menu yang mengandungi beberapa perintah penjajaran. Perintah Jajarkan Pusat adalah yang anda cari.

56 Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan
Pelajaran 3 Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan

57 Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan
Anda telah belajar asas penting tentang mencipta persembahan slaid. Sekarang bayangkan persembahan anda sudah siap, dan anda ingin bersedia untuk mempersembahkannya. Anda perlu pratonton terlebih dahulu, mendapat input daripada orang lain, dan menyemak nota edaran dan nota anda sebelum mencetak. Kemudian anda boleh guna ciri pakej PowerPoint untuk memasukkan persembahan anda dalam CD atau ke komputer yang anda bakal gunakan semasa persembahan. Berikut adalah senarai semak yang lebih jelas. Pelajaran merangkumi setiap langkah dengan lebih terperinci. Mulakan dengan pratonton persembahan sebagai persembahan slaid pada komputer anda. Dapatkan input daripada orang lain, dan semak nota anda. Gunakan Pratonton Cetakan untuk melihat bagaimana penampilan kertas sebaran dan nota apabila dicetak, dan pilih pilihan cetakan yang sesuai. Apabila sedia, masukkan persembahan anda dalam CD atau komputer yang anda boleh capai semasa persembahan anda. Ciri pakej PowerPoint boleh membantu anda.  

58 Pratonton pada komputer anda
Sambil anda mencipta persembahan, anda boleh melihatnya pada bila-bila masa di paparan Tayangan Slaid. Paparan ini memberikan anda idea bagaimana penampilan dan perilaku slaid semasa persembahan. Tayangan Slaid Dari Permulaan Daripada Slaid Semasa Tayangan Slaid Tersuai Esc Untuk buka paparan Tayangan Slaid, klik tab Tayangan Slaid, dan klik perintah dalam kumpulan Mula Tayangan Slaid—untuk mula pada slaid pertama atau slaid semasa. Paparan Tayangan Slaid memenuhi skrin komputer anda.

59 Pratonton pada komputer anda
Sambil anda mencipta persembahan, anda boleh melihatnya pada bila-bila masa di paparan Tayangan Slaid. Paparan ini memberikan anda idea bagaimana penampilan dan perilaku slaid semasa persembahan. Tayangan Slaid Dari Permulaan Daripada Slaid Semasa Esc Satu cara untuk menavigasi dari satu slaid ke slaid yang lain ialah dengan menggunakan bar alat Tayangan Slaid, di bahagian kiri bawah skrin. Lebih tentang petak bual 3: Bar alat Tayangan Slaid mempunyai anak panah navigasi yang timbul apabila anda meletakkan kursor di kawasan itu. Ambil perhatian bahawa ada cara lain untuk beralih dari satu slaid ke slaid lain: Cuma klik bebutang tetikus. Lebih tentang petak bual 4: Apabila kembali ke paparan asal anda, anda boleh buat perubahan yang perlu terhadap slaid, kemudian pratonton semula tayangan slaid. Untuk keluar daripada paparan Tayangan Slaid pada sebarang masa, tekan ESC. Ini mengembalikan anda ke paparan yang anda tinggalkan, biasanya paparan Normal.

60 Pratonton pada komputer anda
Berikut adalah beberapa cara lain untuk membuka paparan Tayangan Slaid: Tekan F5 untuk mula pada slaid pertama. Tekan SHIFT+F5 untuk mula pada slaid semasa. Klik bebutang Tayangan Slaid di bahagian kanan bawah tetingkap PowerPoint, bersebelahan penggelongsor Zum. Apabila anda melakukan ini, persembahan bermula pada slaid semasa yang terpilih pada tab Slaid. Klik bebutang Tayangan Slaid pada tab Paparan. Persembahan bermula pada slaid pertama tidak kira slaid mana yang terpilih pada masa ini.

61 Mencetak nota edaran Jenis cetakan PowerPoint paling biasa untuk penonton ialah nota edaran. Nota edaran boleh ada satu atau beberapa slaid setiap halaman, sehingga sembilan. Pratonton Cetakan Cetak Apa: Nota Edaran ... Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Halaman Nota Paparan Rangka Amalan yang baik ialah menggunakan Pratonton Cetakan untuk memilih jenis nota edaran yang anda inginkan, seperti yang ditunjukkan di sini. Dengan cara ini anda boleh melihat bagaimana nota edaran kelihatan sebelum mencetak.

62 Mencetak nota edaran Untuk cetak nota edaran, mula dengan mengklik Pratonton Cetakan pada menu terbuka apabila anda mengklik Bebutang Microsoft Office . Pratonton Cetakan Cetak Apa: Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Halaman Nota Paparan Rangka Kemudian ikut langkah tertunjuk dalam gambar. Dalam Pratonton Cetakan, klik anak panah dalam kotak Cetak Apa untuk memaparkan jenis nota edaran. Pilih jenis nota edaran yang anda inginkan.

63 Mencetak nota edaran Untuk cetak nota edaran, mula dengan mengklik Pratonton Cetakan pada menu terbuka apabila anda mengklik Bebutang Microsoft Office . Pratonton Cetakan Cetak Apa: Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Halaman Nota Paparan Rangka Kemudian ikut langkah tertunjuk dalam gambar. Apabila anda klik jenis nota edaran, anda ditunjukkan pratonton bagaimana slaid anda akan kelihatan bila dicetak dalam format tersebut. Anda boleh menavigasi melalui semua halaman nota edaran. Jenis nota edaran dengan pilihan 3 slaid setiap halaman juga termasuk garisan untuk nota penonton. Apabila anda bersedia untuk mencetak, klik Cetak.

64 Mencetak nota pensyarah
Anda telah cetak nota edaran untuk diberikan kepada para penonton. Sekarang cetak nota pensyarah untuk diri anda, yang akan dirujuk semasa anda membuat persembahan. Pratonton Cetakan Cetak Apa: Nota Edaran ... Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Halaman Nota Paparan Rangka Adalah menjadi amalan yang baik untuk melihat nota pensyarah anda sebelum mencetaknya, untuk melihat sama ada ia tampil seperti yang anda jangkakan.

65 Mencetak nota pensyarah
Untuk cetak nota pensyarah, klik Bebutang Microsoft Office, tuding ke Cetak, kemudian klik Pratonton Cetakan. Pratonton Cetakan Cetak Apa: Nota Edaran ... Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Kemudian ikut langkah ditunjukkan dalam gambar. Halaman Nota Paparan Rangka Pilih Halaman Nota dalam senarai Cetak Apa. Halaman nota anda akan ditunjukkan pada tetingkap pratonton, bermula dengan slaid pertama (melainkan anda tentukan sebaliknya).

66 Mencetak nota pensyarah
Untuk cetak nota pensyarah, klik Bebutang Microsoft Office, tuding ke Cetak, kemudian klik Pratonton Cetakan. Pratonton Cetakan Cetak Apa: Nota Edaran ... Slaid... Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman) Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman) Kemudian ikut langkah ditunjukkan dalam gambar. Halaman Nota Paparan Rangka Jika sesuatu tidak diformatkan mengikut hasrat anda, atau jika teks nota terpotong, lakukan penyesuaian yang perlu sama ada dalam paparan Halaman Nota atau dalam paparan Normal. Teks nota akan dipotong jika ia melebihi ruang yang ada dalam ruang letak teks. Selepas anda menyemak nota dan sedia untuk cetak, klik Cetak.

67 Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota
Pratonton Cetakan juga membolehkan anda menambah atau menyesuaikan pengaki dalam nota edaran dan nota anda. Pratonton Cetakan Pengepala dan Pengaki Nota dan Nota Edaran Pilihan Pengepala dan Pengaki ... Pengepala Nombor Halaman Pengaki Secara lalai, nota edaran dan nota tercetak mempunyai nombor halaman. Tetapi mereka boleh menunjukkan perkara lain, seperti teks pengaki.

68 Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota
Ikuti langkah ini jika anda ingin cetakan anda menunjukkan kandungan lain. Pratonton Cetakan Pengepala dan Pengaki Nota dan Nota Edaran Pilihan Pengepala dan Pengaki ... Pengepala Nombor Halaman Pengaki Klik Pilihan, kemudian klik Pengepala dan Pengaki. Untuk menunjukkan teks pengaki, seperti “Draf” atau “Rahsia”, pilih pilihan Pengaki, kemudian taipkan teks yang anda inginkan di dalam kotak. Jika anda inginkan tarikh, anda perlu pilih pilihan Tarikh dan masa dan kemudian tetapkan pilihan di kawasan kotak dialog tersebut.

69 Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota
Ikuti langkah ini jika anda ingin cetakan anda menunjukkan kandungan lain. Pratonton Cetakan Pengepala dan Pengaki Nota dan Nota Edaran Pilihan Pengepala dan Pengaki ... Pengepala Nombor Halaman Pengaki Pilihan yang anda buat pada tab Nota dan Nota Edaran dalam kotak dialog Pengepala dan Pengaki digunakan pada halaman nota edaran dan nota anda. Petua: Anda boleh set pengepala dan pengaki pada bila-bila masa semasa anda mencipta persembahan anda. Gunakan tab Selit pada Reben untuk buka kotak dialog Pengepala dan Pengaki.

70 Pilihan warna untuk cetakan
Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen. Pratonton Cetakan Pilihan Warna/Skala kelabu Warna Skala kelabu Hitam dan Putih Tulen Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak: Skala kelabu terdiri daripada ton warna kelabu yang digabungkan dengan warna hitam dan putih. Hitam dan Putih Tulen menghapuskan kebanyakan warna kelabu dan paling kurang menggunakan dakwat pencetak. Nota untuk langkah 1, jika anda mencetak guna pencetak hitam putih, pilihan Warna menjadi Warna (Pada Pencetak Hitam Putih), dan semua warna slaid dihasilkan menggunakan warna hitam, putih dan pelbagai warna kelabu. Di bawah Pratonton Cetakan, klik Pilihan, dan tuding ke Warna/Skala Kelabu. Kemudian pilih dari menu. Slaid anda akan dipratontonkan dan dicetak mengikut pilihan yang diminta.

71 Pilihan warna untuk cetakan
Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen. Pratonton Cetakan Pilihan Warna/Skala kelabu Warna Skala kelabu Hitam dan Putih Tulen Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak: Walaupun latar dalam contoh pratonton kedua berwarna putih, sesetengah kawasan menampilkan warna, seperti sepanduk mendatar di bawah tajuk dan di sepanjang bahagian bawah slaid. Contoh pratonton pertama menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam warna. Contoh pratonton kedua menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam skala kelabu.

72 Pilihan warna untuk cetakan
Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen. Pratonton Cetakan Pilihan Warna/Skala kelabu Warna Skala kelabu Hitam dan Putih Tulen Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak: Contoh pratonton terakhir menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam hitam dan putih tulen.

73 Mempakejkan persembahan
Ciri Pakej untuk CD PowerPoint mengumpulkan fail persembahan anda dan apa-apa fail lain yang anda perlukan dan menyalinnya ke dalam satu folder atau terus ke CD. Pakej untuk CD Terbit Pakej untuk CD Namakan CD: Fail yang hendak disalin: Tambah Fail… Pilihan... Salin ke Folder… Salin ke CD Tutup Jika anda salin fail anda ke dalam folder, anda boleh menyalin folder ke CD kemudian. Anda juga boleh menyalin fail ke pelayan rangkaian yang anda boleh capai daripada komputer persembahan anda.

74 Mempakejkan persembahan
Gambar menunjukkan cara membuat pakej untuk fail persembahan dan fail berkaitan anda. Pakej untuk CD Terbit Pakej untuk CD Namakan CD: Fail yang hendak disalin: Tambah Fail… Pilihan... Salin ke Folder… Salin ke CD Tutup Klik Bebutang Microsoft Office. Tuding ke Terbit, dan klik Pakej untuk CD. Dalam kotak dialog yang dibuka, buat pemilihan yang anda ingin untuk dimasukkan ke dalam pakej, dan salin fail atau fail-fail anda sama ada ke folder atau CD.

75 Mempakejkan persembahan
Gambar menunjukkan cara membuat pakej untuk fail persembahan dan fail berkaitan anda. Pakej untuk CD Terbit Pakej untuk CD Namakan CD: Fail yang hendak disalin: Tambah Fail… Pilihan... Salin ke Folder… Salin ke CD Tutup Penting: Sentiasa simpan persembahan anda sebelum membuat pakej ke dalam folder atau CD.

76 Mempakejkan persembahan
Keperluan untuk membuat pakej ke dalam CD Untuk menyediakan pakej dan kemudian menyalinnya ke CD daripada PowerPoint, anda perlu menjalankan Microsoft Windows® XP atau yang lebih baru pada komputer anda, dan anda perlukan pembakar CD. Jika anda menjalankan Microsoft Windows 2000, anda masih boleh menggunakan ciri ini untuk membuat pakej fail persembahan ke dalam folder, kemudian menggunakan atur cara pihak ketiga untuk membakar folder ke CD. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang proses pakej dalam seksyen Lihat juga dan Pakej untuk CD atau folder pada Kad Rujukan Cepat, yang dipaut di akhir kursus.

77 Cadangan untuk latihan
Pratonton persembahan pada komputer anda. Hantar persembahan untuk ulasan. Bersedia untuk mencetak nota edaran. Memilih seting warna dan mencetak nota edaran. Menyemak nota anda dalam paparan Halaman Nota. Mempakejkan persembahan.

78 Ujian 3, soalan 1 Kekunci manakah yang anda tekan untuk ke paparan Tayangan Slaid dan bermula pada slaid pertama? (Pilih satu jawapan.) ESC. F5. F7.

79 Ujian 3, soalan 1: Jawapan F5.
Dan untuk bermula pada slaid terpilih, anda perlu tekan SHIFT+F5.

80 Ujian 3, soalan 2 Pilihan nota edaran manakah yang anda pilih jika anda ingin nota edaran untuk memasukkan garisan untuk nota penonton? (Pilih satu jawapan.) Pilihan 3 slaid setiap halaman. Pilihan 1 slaid setiap halaman. Pilihan Halaman Nota.

81 Ujian 3, soalan 2: Jawapan Pilihan 3 slaid setiap halaman.

82 Ujian 3, soalan 3 Betul. Salah.
Anda berada di Pratonton Cetakan mencari halaman nota anda, dan anda dapati sesetengah pemformatan teks untuk nota bukanlah yang anda inginkan. Anda boleh membaiki keadaan ini dalam Pratonton Cetakan. (Pilih satu jawapan.) Betul. Salah.

83 Ujian 3, soalan 3: Jawapan Salah.
Anda perlu tutup Pratonton Cetakan dan buka paparan Halaman Nota untuk membaiki pemformatan.


Download ppt "Latihan Microsoft® Office PowerPoint® 2007"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google