Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
(Penglahiran Bakat Kreatif-Puisi)
PM Dr. Hajah Samsina Abd.Rahman
2
Gaya Bahasa atau Unsur-unsur bahasa dalam Puisi Melayu
Pengenalan Gaya bahasa bermaksud cara,stail atau gaya seseorang pengarang atau penyair menggunakan bahasa iaitu bagaimana seseorang itu memanipulasi (mendayagunakan) bahasa.
3
Rahman Shaari Gaya bahasa adalah cara bahasa di gunakan untuk menimbulkan kesan tertentu seperti kesan puitis atau kesan makna.
4
Dharmawijaya Puisi adalah ekspresi dari pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata atau bahasa. Melalui daya imaginasi penyair, bahasa menghidupkan pelbagai gerak emosi dan mendukung pelbagai peranan. Tegasnya, bahasa memainkan peranan penting dalam sesebuah puisi. Ini kerana melalui bahasa, penyair dapat meluahkan pengalaman, perasaan dan mesej atau pemikirannya.
5
Muhammad Hj. Salleh(SN)
Puisi adalah suatu bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa. Penggunaan bahasa dalam puisi lebih padat, lebih teliti dan kadang-kadang mendekati lagu. Bahasa dalam puisi berbeza dalam genre prosa atau esei ilmiah.
6
Diksi Diksi merujuk kepada pemilihan dan
susunan perkataan serta ketepatan dan keistimewaan perkataan2 itu apabila di- gunakan. Menurut pendapat S.T Coleridge, “Puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik(dikaitkan dengan diksi iaitu bagaimana kata-kata dipilih dan disusun untuk menghasilkan gubahan puisi yg indah, menarik dan berkesan.
7
Diksi dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa asing seperti
bahasa Inggeris, Indonesia, Jawa, Arab, Jepun Hindustan, Parsi dan loghat atau dialek tertentu seperti kelantan, terengganu, negeri sembilan atau kedah. Contoh-contoh boleh dirujuk dalam puisi-puisi karya A. Aziz Deraman dan J.M Aziz. Misalnya dalam kumpulan puisi Penyu Menangis dan Bahtera Madani serta Gapura Diri.
8
Contoh diksi daripada puisi A. Aziz Deraman.
Puok Kito Lagu niilah puok-puok kito Malae siae lain takdok khiijo Malaee ke balasah: semayae Siaeee pakak gi ke baghoh: Buak padi Hok nyo ado musen belako
9
Puisi “Ike darak Ike laut”
Ike darak kohor sihat Ike laut kohor kurus Ike darak sihat sokmo Ike laut sakit sokmo
10
Dialog Kafir(A. Aziz Deraman)
Mu kato kakku kape aku tak samaye ko? aku tak poso ko? aku tak mengucak ko? aku tak berzakak ko? aku toksir gi ke makkah ko?
11
Faktor-faktor yang dikaitkan dengan penggunaan bahasa asing.
a) Kemahiran penyair menguasai pelbagai bahasa. b) Latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga seperti sekolah Arab, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan Jepun. c) Tempat di mana puisi itu dihasilkan(negeri). d) Ada signifikantnya dalam konteks maksud (mesej)puisi yg hendak disampaikan.
12
Simbol(lambang) Penggunaan kata-kata yang melambang kan atau menunjukkan atau menggambar kan sesuatu objek atau hal yg lain dpd makna asalnya. Sesuatu objek atau hal yg dikatakan simbol itu membawa erti lebih daripada apa yang sebenarnya. Dua jenis simbol ialah konvensional(sejagat) dan personal(peribadi).
13
Contoh-contoh simbol sejagat
Bunga melambangkan gadis Kumbang-jejaka/teruna Buaya darat-lelaki jahat Putih-kesucian Hitam-kekotoran Biru-kedamaian/ketenangan Merah-keberanian atau darah Keringat-kegigihan dan usaha kuat
14
Simbol bersifat personal
Hanya difahami oleh penyair sahaja tetapi dapat dikaitkan dengan tema atau konteks puisi. Baca dan analisis keseluruhan puisi untuk menanggapi maksud2 simbol peribadi yang digunakan oleh seseorang penyair. Ada kalanya dapat difahami oleh rakan2 yg akrab dengan penyair.
15
Gaya bahasa perbandingan
Personifikasi(perorangan) Depersonifikasi Metafora Similie Hiperbola Alusi
16
Contoh Personifikasi (Memberikan sifat manusia kpd benda,binatang,tumbuhan, dan idea yang bersifat abstrak) Ada keluh batu-batu- puisi “kematian sebuah bukit” Ada tangis rumput-rumput Ada resah pepohonan Disapa tangan waktu Mentari marah membakar maya Sang camar tersenyum riang Pohon nyior melambai mesra
17
Depersonifikasi Metafora (Memberikan sifat benda kepada manusia)
Aku adalah hutan liar yang terbiar Dia adalah batu tak berperikemanusiaan Dia adalah garuda buas bermaharajalela Metafora Dedaun waktu Sungai kehidupan Pantai zaman Pohon sabar Akar syukur
18
Similie-membandingkan sesuatu, keadaan, suasana, peristiwa atau benda dengan benda yg lain atau
perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi dianggap sama. Ia boleh dikenal dengan penggunaan kata seperti, bak,umpama, laksana, ibarat.
19
Contoh-contoh similie
Bagai airmata sejarah Bagai ikan-ikan kecil Kau umpama merak kayangan Aku laksana gagak di rimba Dirimu bak burung di langit tinggi Aku seperti rumput di bumi Kemerdekaan juga bagai sungai hayat
20
Hiperbola-suatu perbandingan secara berlebih-lebihan daripada keadaan biasa.
Contoh Muara duka tak berteluk tak berpantai Sepi yang menggigit-gigit dan merobek-robek kalbu Matanya yg merah yang marah yg bernyala Yang bersaga dan tak mengenal kemanusiaan
21
Alusi-gaya perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kpd kata2 masyhur dalam peristiwa
Sejarah, kitab suci, tokoh-tokoh, tempat2 Dongeng atau lagenda. Contoh: Di rongga mulutmu Telah kubenamkan Kejujuran Abu Bakar Kecekalan Bilal
22
Gaya bahasa pertentangan (paradoks)
Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan atau kedengaran agak aneh bunyinya, namun pada hakikatnya atau realitinya ia menunjukkan suatu kebenaran fakta dalam kehidupan seharian manusia.
23
Contoh puisi Terasa sunyi dalam keriuhan Rupa tiada terasa hadirnya Tangisan dalam kegembiraan Akrab namun terasing Jauh(di mata) tapi dekat di hati
24
Inversi(pembalikan) Suatu gaya yang membalikkan kalimat atau frasa atau rangkaikata2 tertentu. Tujuannya untuk menjadikan sesebuah puisi menjadi lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu(puitis dan estetik).
25
Contoh baris-baris puisi
Begitu dingin sekali angin Telah terkabul suatu doa yang mendebarkan telah kembali ke dalam diri seorang dia Api sepi membakar diri Begitu sayu diri dimamah rindu Telah terlakar indah pelangi cinta
26
Asindeton-pengguguran kata hubung dalam baris atau kalimat dan diganti dengan tanda baca.
Bicara bisu Menuju, menikam kalbu, termangu Membuat aku rindu, tersendu Membuat aku pilu Membuat aku malukelu Meniti hari berlalu
27
Polisindeton Onomatopia Haplologi
Hybrid Imej dan Imejan Gaya Bahasa Penegasan atau Repetisi Nada Kesan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam puisi Melayu
28
Contoh polisindeton Doaku yang sepi yang sunyi yang pasrah yang menyerah yang redha hanya pada-Mu ya Rabb
29
Unsur Onomatopia Peniruan bunyi asal sesuatu benda atau binatang. Contoh perkataan berikut: Cip,cip,cip,cip gak,gak,gak,gak ring,ring,ring,ringggggg tik tok,tik tok,tik tok
30
Haplologi bermaksud susut bunyi atau kata-kata yang sama
atau sama bunyinya disebut sekali sahaja.Contoh rama-rama jadi rerama, batu-batu jadi bebatu, layang-layang jadi lelayang, rumput-rumput jadi rerumput.
31
Imej(citra)-gambaran atau kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata-kata.
Penggunaan imej adalah untuk membantu pembaca menyelami pengalaman yang diungkapkan oleh penyair. Dua jenis imej iaitu imej terikat dan imej bebas.
32
Citra terikat bersifat perlambangan (sejagat) yang ditafsirkan secara harafiah(literal) dan tidak memungkinkan pelbagai makna. Imej bebas-berupaya menerbitkan makna yang berbeza-beza menurut tafsiran pembaca atau pengkaji. Contoh puisi “lautan di waktu subuh” karya Zaihasra. Imej ini bebas sebab memungkinkan Kesan perasaan yang pelbagai spt perasaan
33
Romantis atau kesan bimbang (isteri nelayan)-mengikut gambaran atau tafsiran seseorang tentang laut.
Imejan adalah kumpulan imej yang Menggambarkan sesuatu yang ditemui dalam sesebuah puisi. Contoh penggunaan dua imej iaitu “pohon-pohon pucat” dan“seekor kucing kurus” yang menimbulkan kesan gambaran kemiskinan atau penderitaan hidup.
34
Gaya Bahasa perulangan(repetisi)
Anafora-perulangan kata di awal baris atau kalimat. Contoh Ikan darat ikan laut Ikan darat sedap mulut Ikan laut sakit perut Perulangan kata ikan.
35
Epifora-perulangan kata di akhir baris atau kalimat
Contoh: Hidupku bak gua Kelam dan gelap Terbiar dan gelap Terasing dan gelap Perulangan kata gelap
36
Responsie(mesodiplosis)-perulangan kata di tengah baris atau kalimat.
Contoh: Serulingku telah patah Kecapiku telah putus Rebanaku telah tembus Pentasku telah roboh Suaraku telah bisu Perulangan kata telah
37
Anadiplosis-perulangan kata di akhir baris pertama menjadi kata pertama dalam baris berikutnya.
Contoh: Kota membentuk hatiku jadi batu Batu membeku dan membisu Membisu dan termangu Termangu tanpa tuju Tuju nan beribu Beribu dan celaru
38
Simploke(Gabungan ARE)
Masa depanku adalah mentari Cerah dan bersinar gemilang
39
Perulangan kata Contoh:
Di kota penuh kemulian ini Yang kucari adalah Allah, Allah, Allah Yang kupohon adalah dari Allah, Allah Yang kupasrahkan diri hanya untuk-Mu Allah, Allah, Allah, Allah, Allah,Allah Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah Maha Suci-Mu Ya Allah
40
Perulangan frasa Contoh:
Dalam meniti kehidupan ini Yang kucari adalah ketenangan Yang kucari adalah keredhaan Yang kucari adalah kesejahteraan Yang kucari adalah keberkatan-Mu Yang kucari adalah kerahmatan-Mu Amin
41
Perulangan kalimat Aku datang menyahut panggilan-Mu
42
Perulangan angka tertentu spt angka 3, 7 atau seribu
Menanti dan mencintaimu Tujuh lautan kan kurenangi Tujuh gunung kan kudaki Tujuh lurah kan kuharungi Bersama seribu doa Bersama seribu pasrah Bersama seribu restu Yang Satu
43
Perulangan angka tertentu ada kaitannya dengan konotasi(makna agama dan pengaruh jampi
Mantera dan serapah. Contohnya 7 hari, 7 Lapis syurga, 7 lapis neraka, 7 tingkat langit 7 lapis bumi, 7 warna pelangi, 7 lautan Dan malam seribu bulan(al-Qadr), 7 pohon, 7 daun, 7 keturunan, 3 kali baca salawat, 33 Kali bertasbih, 33 kali berzikir, 33 kali bertakbir, 99 asmaul husna.
44
Perulangan bunyi vokal (asonansi) dan bunyi konsonan (aliterasi)
Contoh asonansi Hari-hari yang berlari Penuh liku dan duri Menusuk rasa dan hati nubari Mengguris pohon diri Tercalar dan ngeri
45
Contoh aliterasi(bunyi konsonan)
Kerana kau kejam Kau buatku karam Kau buatku muram Kau buatku kering Kau buatku mering
46
Nada-ia dihubungkan dengan tinggi atau rendahnya tekanan suara.
Dalam puisi, nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Jenis-jenis nada Melankolik Patriotik Romantik Sinis
47
Nada Melankolik-menggambarkan suasana hati yg murung merayu2.
Nada begini sesuai untuk puisi yang mengemukakan isi atau persoalan penderitaan, kehambaan dan kerinduan. Contoh sajak-sajak tahun 1930-an dan 1940-an.
48
Nada patriotik-menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat
Nada patriotik-menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Isi atau persoalan perjuangan, cita-cita tinggi serta penuh keberanian. Contoh seperti puisi ttg perang, berjihad dan cintakan tanah air Puisi-puisi menentang penjajah seperti puisi-puisi Usman Awang sewaktu ingin menuntut kemerdekaan tanah air.
49
Nada romantik-menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan
Nada romantik-menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Ia sesuai untuk mengemukakan isi atau persoalan yang berhubung dengan peristiwa indah dan menggembirakan seperti soal cinta dan kasih sayang,harapan dan impian untuk hidup bahagia.
50
Nada sinis-menggambarkan suasana hati yang kurang senang sesuai untuk mengemukakan
persoalan yang tidak digemari atau tidak disukai. Contoh Puisi sindiran atau kritikan sosial kepada individu tertentu(ahli politik/pemimpin) atau kepada sesuatu institusi dalam masyarakat.
51
Kesan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam puisi Melayu.
1.Mendatangkan kesan atau nilai estetik/puitis/indah. 2. Membina kesempurnaan sesebuah puisi dgn penggunaan unsur bahasa yang tepat dan sesuai. 3. Memperjelaskan maksud/mesej puisi yg sekaligus memperjelaskan pemikiran penyairnya.
Presentasi serupa
© 2025 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.