Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Tajuk: Ciri-ciri Haiwan
SEKOLAH KEBANGSAAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 Tajuk: Ciri-ciri Haiwan Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: 1.Menyatakan lima maklumat berkaitan dengan ciri-ciri haiwan secara lisan. 2. Membaca dan menyatakan lima isi penting secara lisan tentang ciri-ciri haiwan. 3.Menulis lima ayat tunggal berdasarkan petikan yang dibaca. INDUKSI SET LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP
2
SET INDUKSI Sila dengar bunyi-bunyi haiwan berikut :
Haiwan apakah yang telah kamu dengar?
3
L1-A1 Sila klik pada kumpulan masing-masing. Sila baca untuk mengenalpasti ciri-ciri haiwan tersebut. Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 4 Kumpulan 3
4
L1-A2 Sila bunyikan mengikut haiwan kumpulan masing-masing.
Berbincanglah dengan rakan-rakan anda tentang ciri-ciri haiwan tersebut. Anda diberi masa selama 10 minit.
5
L1-A3 Sila nyatakan ciri-ciri haiwan yang anda bunyikan tadi.
Dapatkah anda nyatakan jenis haiwan tersebut? Sila berikan jawapan anda dengan menggunakan Power Point.
6
L2-A1 Sila baca petikan ciri-ciri haiwan mengikut kumpulan masing-masing. Baca secara individu dan secara berpasangan. Rakamkan pembacaan anda dengan menggunakan movie maker.
7
L2-A2 Dapatkan lima isi penting tentang ciri-ciri haiwan dalam bahan yang anda baca tadi. Persembahkan hasil perbincangan anda menggunakan Power Point.
8
L2-A3 Setelah anda mengenal pasti lima isi penting, sila buat laporan ringkas dengan menggunakan Power Point. Anda boleh memasukkan animasi yang sesuai sekiranya anda berkebolehan untuk berbuat begitu.
9
L3-A1 Baca sekali lagi petikan yang berkaitan dengan kumpulan anda.
Anda boleh bertanya kepada guru sekiranya anda tidak mengetahui makna perkataan. Anda juga boleh menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan yang berkenaan.
10
L3-A2 Sila kenal pasti ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan yang anda baca. Anda juga boleh mendapatkan ayat tunggal dengan memisahkan ayat berlapis menjadi ayat tunggal. Catatkan dapatan anda dengan menggunakan Power Point.
11
L3-A3 Bina lima ayat tunggal berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam petikan anda tadi. Sila bertanya kepada guru tentang perkataan yang perlu dijadikan ayat tunggal. Persembahkan hasil kerja anda dengan menggunakan Power Point.
12
Penutup Apakah yang anda pelajari pada hari ini?
Sila bertepuk tangan dan ucapkan terima kasih kepada rakan anda kerana telah bekerjasama dalam aktiviti hari ini.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.