Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana"— Transcript presentasi:

1 Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
TOPIK 5 PENULISAN Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana

2 FAKTA tidak memasukkan rasa hati (emosi) ke dalam karangan berbentuk surat kiriman rasmi, memo, apatah lagi esei. Sebaliknya, perlu memasukkan fakta yang menguatkan hujahan atau pendapatnya.

3 GAYA DAN LARAS Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan bahasa menurut keadaan tertentu. Laras bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu. dipengaruhi oleh latar belakang sosial, penutur, peserta, tujuan dan tatabahasa. Contohnya: laras bahasa pembaca berita berlainan daripada laras bahasa ketika dia berbual. Ini bermakna situasi menentukan bentuk bahasa yang digunakan.

4 Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan Ayat yang digunakan ringkas, sederhana dan padat

5 Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

6 Laras Bahasa  Khusus Terdapat beberapa jenis laras bahasa khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan,iaitu: i. Laras Bahasa Perniagaan Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.

7 ii. Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Laras bahasa ini bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada bibliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujung di penghujung setiap bab. Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

8 iii. Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

9 iv. Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. v. Laras Bahasa Agama Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab dan diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

10 vi. Laras Bahasa Media Massa
Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung Tiada istilah teknikal dan khusus

11 STRUKTUR Bermaksud bentuk karangan/penulisan yang akan dihasilkan.
secara amnya, struktur penulisan yang asas adalah seperti adanya pendahuluan,isi dan penutup. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada bentuk karangan sama ada berformat atau tidak berformat.

12 BENTUK WACANA Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu yang boleh berupa satu ayat, sebuah petikan, bab, buku, majalah dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, wacana ialah jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh.

13 Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya - untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya : perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio. Wacana tulisan disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh : rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.


Download ppt "Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google