Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Storan Cakera Magnetik
2
Storan Cakera Magnetik
Terdiri daripada piring bulat yang dibuat daripada logam atau dilapik dengan plastik dengan bahan magnetik. Proses merekod dan membaca data darinya dibuat melalui kepala yang berkonduktor. Data disimpan dalam bentuk blok di dalam sektor yang disusun dalam track tertentu
3
Parameter Prestasi Cakera
Masa Jangkau (Seek Time) Hanya untuk cakera dengan lengan boleh gerak Merujuk kepada masa yang diperlukan untuk menggerakkan lengan cakera ke track yang dikehendaki Masa Lengah (Rotational delay/Rotational latency) Merujuk kepada masa yang diambil untuk piring berputar supaya sektor yang sepatutnya berada dibawah kepala baca tulis Masa Capai (Access Time) Merujuk kepada masa yang diambil untuk kepala baca tulis memulakan operasi baca tulis. Ketiga-tiga di atas adalah kesan daripada pengoperasian unsur-unsur mekanikal yang menyumbang sebanyak 85% kepada prestasi keseluruhan sistem (iaitu berapa cepat pemindahan I/O daripada pemacu cakera keras dapat dilakukan Faktor-faktor lain Melibatkan I/O bus, kelajuan CPU, etc.
4
RAID (Redundant Array of Independent Disc)
Dibangunkan pada 1987 oleh University of Berkeley Menggabungkan beberapa cakera pada satu spindle, dan terdapat beberapa set pemacu cakera yang beroperasi secara serentak dimana sistem pengendalian melihatnya sebagai satu sistem tunggal Strategi RAID menggantikan keperluan untuk cakera dengan kapasiti tinggi kepada beberapa cakera berkapasiti kecil.
5
Kelebihan RAID Dapat meningkatkan prestasi I/O iaitu ia mempercepatkan data kerana RAID membolehkan beberapa permintaan I/O dilaksanakan secara serentak (selari kepada setiap set pemace) dengan syarat meklumat yang hendak dicapai disebarkan kepada cakera yang berasingan pada set yang berasingan. Permintaan I/O tunggal juga boleh dipercepatkan dengan cara meletakkan blok-blok data yang hendak dicapai pada cakera berasingan merentangi beberapa set cakera.
6
Skema RAID Disk Mirroring Striping
Maklumat yang sama disimpan pada cakera yang berasingan. Ini meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan mempercepatkan proses pemulihan sewaktu berlaku kegagalan pada sistem Striping Data diagihkan kepada cakera-cakera tertentu. Ini mempercepatkan masa capaian data terbabit.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.