Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015"— Transcript presentasi:

1 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
EDUP2053 Teknologi dan Media Pengajaran (Instructional Technology and Media) Topik 2: Reka Bentuk Pengajaran Teknologi Dr. Sajap Maswan Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun

2 Pengenalan Topik ini akan membincangkan;
Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran Peranan reka bentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Aplikasi model reka bentuk pengajaran berikut dalam pengajaran dan pembelajaran ASSURE ADDIE

3 Apakah Reka bentuk pengajaran (RP)?

4 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
Reka Bentuk Pengajaran (RP): Reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi menterjemahkan prinsip-prinsip umum suatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

5 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
Reka Bentuk Pengajaran (RP): RP juga adalah proses sistematik dalam membangunkan bahan atau media yang lebih berkesan berdasarkan teori pembelajaran Dalam RP aspek teori pembelajaran, model rekabentuk dan strategi pembelajaran diambil kira.

6 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
Tiga Kategoroi RP: RP sebagai satu proses RP sebagai satu disiplin RP sebagai satu sains

7 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
RP sebagai satu proses Pembinaan perancangan pengajaran yang sistematik dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran Menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran Membina sistem penyampaian Menyediakan bahan dan aktiviti Melaksanakan perancangan Menilai pengajaran & aktiviti yang telah dijalankan.

8 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
RP sebagai satu disiplin Melibatkan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran yang paling sesuai termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran tersebut. Teori RP menentukan apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk memastikan pembelajaran berlaku.

9 Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
RP sebagai satu sains Merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran, samada bersekala kecil atau besar pada semua peringkat. Merangkumi RP bermodelkan bilik darjah, kurikulum atau produk.

10 Apakah peranan reka bentuk pengajaran (RP)?

11 2. Peranan reka bentuk pengajaran
Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran

12 2. Peranan reka bentuk pengajaran
Membangunkan bahan pengajaran memerlukan perancangan yang sistematik agar aplikasi yang dihasilkan berkualiti dan dapat membantu peroses pembelajaran dengan lebih berkesan

13 Apakah model reka bentuk pengajaran (RP)?

14 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Model reka bentuk pengajaran (instruksi) boleh digunakan sebagai panduan bagi membangunkan bahan pengajaran (termasuk persembahan multimedia) dengan lebih sistematik dan berkualiti. Gustafson (1991), membahagikan Model RP kepada tiga kategori; 1. berorientasikan bilik darjah 2. berorientasikan produk 3. berorientasikan system.

15 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran Terdapat banyak model reka bentuk Pengajaran/instructional design (ID) yang boleh digunakan sebagai panduan. Terdapat lebih daripada 40 model ID. Antaranya ialah; Model ADDEI (berorentasikan produk) Model ASSURE (berorentasikan bilik darjah) Model Gagne, Brigs dan Wager (berorentasikankan bilik darjah) Model Dick & Carrey (berorentasikan sistem)

16 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran Langkah-langkah dalam model reka bentuk tidak sama. Namun sekurang-kurangnya melibatkan 4 fasa kerja yang utama iaitu; Fasa menganalisis keperluan aplikasi Fasa perancangan atau merekabentuk aplikasi Fasa pembangunan aplikasi Fasa penilaian aplikasi

17 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran 1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi. Mengenalpasti masalah pengajaran yang ada Senaraikan bahan rujukan yang digunakan Kenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikan Kenalpasti pelajar sasaran Kenalpasti objektif pengajaran aplikasi Kenalpasti kaedah penyampaian Kenalpasti isi kandungan pelajaran Kenalpasti persekitaran penggunaan

18 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran 2. Fasa perancangan/mereka bentuk aplikasi Pemilihan media yang paling sesuai, (contohnya video, audio, grafik, gambar dan sebagainya) Pemilihan perisian /media yang sesuai Dokumen ringkas mengenai bahan/program yang dibangunkan; Buat lakaran dalam bentuk carta alir Buat lakaran papan cerita/storyboard

19 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran 3. Fasa pembangunan aplikasi Memindah kan segala maklumat/bahan yang telah dirancang dalam bentuk lakaran ke dalam komputer. Kumpulkan sumber bahan-bahan yang diperlukan seperti teks, grafik, gambar, audio, animasi, lukisan 3D dan video kedalam folder-folder yang berkaitan

20 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran 3. Fasa pembangunan aplikasi (sambungan) Peringkat prototaip (menyerupai hasil akhir dan boleh diguna dan diuji) Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada pakar dalam bidang tersebut untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya. Segala komen/kelemahan diperbaiki semula.

21 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran 4. Fasa pengujian dan penilaian aplikasi Guna bahan pengajaran yang telah siap(contoh perisian multimedia) dan uji kepada sekumpulan pelajar serta buat penilain. Terdapat dua jenis penilaian; 1. Penilaian formatif – sepanjang proses pembangunan bahan multimedia dan 2. Penilaian sumatif- diuji setelah bahan siap untuk digunakan. Antara kaedah penilaian; 1. pemerhatian ke atas pengguna 2. kumpul data dari latihan, 3. soal-selidik, 4. temubual. 5. ulasan pakar

22 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran MODEL ADDIE Analysis (Analisis) Design (Reka bentuk) Development (Pembangunan Implementation (Perlaksanaan) Evaluation (Penilaian)

23 Model ADDIE Analisis( Analysis )
Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan.

24 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Model ADDIE 2. Rekabentuk ( Design ) Menggariskan cara untuk mencapai matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. 

25 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Model ADDIE 3. Pembangunan (Development) Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini dibangunkan langkah pengajaran, bahan media/perisian yang bakal digunakan dalam pengajaran serta dokumen lain yang diperlukan.

26 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Model ADDIE 4. Pelaksanaan (Implementation) Implemention atau pelaksanaan berperanan untuk membuat ujian rintis terhadap bahan/perisian kursus yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau murid telah dipilih bagi menggunakan perisian kursus tersebut (ujian pilot) Seterusnya digunakan untuk kumpulan yang ramai berdasarkan panduan penggunaan yang disediakan.

27 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Model ADDIE 5. Penilaian (Evaluation) Terdapat dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan bahan bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan yang dihasilkan.

28 Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Model ADDIE 5. Penilaian (Evaluation) Penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan yang telah dihasilkan. Satu kajian perlu dibuat untuk menilai sejauh mana objektif yang telah ditentukan sebelumnay telah tercapai setelah proses penggunaan perisian kursus tersebut selesai digunakan. Sekiranya objektif tercapai teruskan. Sekiranya tidak tercapai bahan perlu diubah suai atau dibangunkan bahan yang baharu.

29 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran MODEL ASSURE A Analyze Learner (Menganalisis Pelajar) S State Objectives (Menyatakan Objektif) Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan) U Utilize Media (Gunakan Media) R Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar) E Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian)

30 Model ASSURE Langkah 1 A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
Analisis dari segi; Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred, tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi, jantina dan budaya) Kompetensi khusus peringkat masuk (contohnya, tahap pengetahuan, kemahiran, perbendaharaan kata dan sikap)

31 Model ASSURE Langkah 1 (sambungan…)
A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar) Analisis dari segi; c) Stail pembelajaran (contohnya suka bergantung, tidak bergantung, verbal dan visual)

32 Model ASSURE Langkah 2 S- State Objectives (Nyatakan Objektif)
Nyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai secara spesifik dan boleh diukur. Fokuskan kepada pencapaian pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari K di

33 Model ASSURE Langkah 3 S- Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan) Memilih kaedah yang sesuai (contoh simulasi, demontrasi, latih tubi dll) Memilih media dan bahan yang sesuai, senang diperolehi serta mudah dibuat pengubahsuaian (contoh, televisyen, radio, gambar foto, video, bahan bercetak berasaskan komputer dan lain-lain) Sekiranya media dan bahan yang sesuai tidak diperoleh perlu bina sendiri. K di

34 Model ASSURE Langkah 4 Utilize Media (Gunakan Media)
Bahan dan media yang baik belum menjamin menghasilkan pembelajaran yang lebih baik jika tidak digunakan dengan betul Cara penggunaannya perlu dirancang dengan baik agar menghasilkan pembeljaran yang lebih berkesan Pribeu bahan sebelum digunakan dalam pengajaran sebenar. K di

35 Model ASSURE Langkah 5 Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar) Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran (contohnya ada kuiz, projek, perbincangan dan sebagainya) Peranan maklum balas dan latihan juga perlu dijelaskan. K di

36 Model ASSURE Langkah 6 Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian) Selepas bahan pengajaran digunakan dalam pengajaran perlu dinilai melalui maklum balas dari pelajar, pemerhatian dan maklum balas pakar. Penilaian bertujuan untuk melihat keberkesanan dari segi kandungan, kaedah, media dan bahan yang telah digunakan. K di

37 Model ASSURE Langkah 6 Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian) sambungan.. c) Sekiranya bahan yang telah digunakan masih boleh diperbaiki maka penambahbaikan perlukan. Sekiranya bahan yang telah digunakan tidak boleh perbaiki untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, maka guru boleh menukar bahan dan kaedah pengajaran dengan yang baru. K di

38 Model ASSURE Sekiranya model ASSURE ini digunakan oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid. Model ini mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. K di

39 Model ASSURE Refleksi….. Cuba bincangkan.
Sediakan satu rancangan pengajaran untuk topik tertentu berdasarkan model ASSURE? Terangkan langkah-langkah yang harus dilalui dalam menghasilkan satu bahan multimedia pengajaran menggunakan model ASSURE K di

40 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran Kepentingan model reka bentuk pengajaran Pengembang pengajaran dan model tidak boleh dipisahkan. Pengembang pengajaran menggunakan model pengajaran sebagai alat berkomunikasi sesama mereka dan pelanggan mereka.

41 3. Model-model reka bentuk pengajaran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015 3. Model-model reka bentuk pengajaran Kepentingan model reka bentuk pengajaran Sebagai garis panduan merancang aktiviti pengurusan. Sebagai algoritma preskriptif bagi membuat keputusan.

42

43 Terima Kasih


Download ppt "Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google