Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 8: PENYELIDIKAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 8: PENYELIDIKAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT"— Transcript presentasi:

1 UNIT 8: PENYELIDIKAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT

2 Tugasan seseorang wartawan amat mencabar dan memerlukan maklumat dengan kadar segera. Maklumat kepada wartawan adalah tidak terbatas. Mereka mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber melalui pelbagai cara seperti kenyataan akhbar, wawancara dengan individu atau tokoh, pembacaan, pemerhatian, perbualan, perpustakaan dan penyelidikan. Penyelidikan berperanan membantu wartawan terhadap sesuatu isu.

3 Mengikut Nicholas dan Martin (1997), pada dasarnya wartawan memerlukan maklumat untuk lima fungsi iaitu: Memeriksa fakta - Seseorang wartawan memerlukan maklumat bagi memeriksa fakta mengenai sesuatu perkara. Mendapatkan maklumat terkini - Wartawan amat menitik beratkan mengenai perkara yang berlaku di seluruh dunia dan mereka biasanya mendapatkan maklumat melalui perkhidmatan atas talian, televisyen, akhbar, Internet, buku, jurnal, perkhidmatan dalam talian dan sebagainya

4 c) Menjalankan penyelidikan - Wartawan juga melakukan penyelidikan sendiri atau dengan bantuan pihak perpustakaan bagi memantapkan laporan mereka mengenai sesuatu isu atau membuat artikel yang berkaitan dengan sesuatu perkara.

5 d) Mendapatkan bahan bagi menyiapkan artikel - Khidmat perpustakaan diperlukan bagi mendapatkan bahan mengenai peristiwa yang telah berlaku terhadap individu atau syarikat yang memerlukan wartawan merujuk kepada keratan akhbar bagi peristiwa tersebut sebagai latar belakang.

6 e) Sesuatu yang mendorong - Maklumat yang tidak dijangka diperolehi juga oleh wartawan semasa mereka mencari maklumat lain. Maklumat ini selalunya tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang dicari

7 Penyelidikan Penyelidikan adalah satu kaedah pengujian untuk menjelaskan realiti bagi meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena. Ia dilakukan dengan merujuk kepada sumber sekunder iaitu sumber kedua seperti fail, rekod, laporan, dokumen.

8 PENYEBARAN MAKLUMAT

9 Maklumat-maklumat yang diperolehi secara penyelidikan harus disebarkan supaya pembaca mengetahui maklumat tentang pembangunan Negara. Terdapat beberapa cara maklumat boleh disebarkan:-

10 Akhbar Akhbar sebagai penyalur informasi kepada pembacanya dan mempunyai pertalian erat dengan masyarakat dan sistem sosialnya.  TV Maklumat disampaikan dengan cukup meluas selama 24 jam 7 hari seminggu Radio Majalah salah satu keunggulan majalah jika dibandingkan dengan media lainnya adalah kemampuannya menjangkau pasaran tertentu dengan membuat segmen tertentu. Media baru Penggunaan blog, laman sosial boleh digunakan kerana golongan muda lebih tertarik pada media baru ini.


Download ppt "UNIT 8: PENYELIDIKAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google