Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu"— Transcript presentasi:

1 Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

2 Kandungan Konsep Pembangunan Bahasa Melayu Bahasa Melayu pra-Islam
Bahasa Melayu pasca-Islam

3 Takrif Pembangunan Bahasa Melayu
Pembangunan bermaksud: perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem; Oleh itu, Pembangunan Bahasa Melayu merangkumi semua kegiatan yang dilakukan untuk memajukan dan mengembangkan bahasa termasuklah mengkaji sejarah perkembangannya, perkembangan semasa dan pendekatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.

4 Asal-usul Bahasa Melayu
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia atau lebih tepat lagi Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera.

5 Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: a. Bahasa Melayu Kuno b. Bahasa Melayu Klasik c. Bahasa Melayu Moden

6 Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Zaman bahasa Melayu kuno digunakan pada zaman pra-Islam.

7 Bahasa Melayu pra-Islam
Bahasa Melayu Zaman Sriwijaya Bahasa Melayu Zaman Majapahit (lihat modul)

8 Bahasa Melayu Pasca-Islam
Bahasa Melayu pada Batu Bersurat Terengganu Bahasa Melayu abad ke-16 hingga awal abad ke-20 (lihat Modul dan nota tambahan)

9 Kesimpulan Pembangunan Bahasa Melayu berlaku serentak dengan kemajuan yang dicapai oleh Bangsa Melayu itu sendiri. Agama memainkan peranan yang besar dalam pembangunan bahasa Melayu.


Download ppt "Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google