Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA

2 FORMAT PENULISAN BERITA

3 Tajuk berita/headline
Nama penulis/byline Baris tanggal/dateline Pendulu/lead Tubuh berita Penutup berita Foto Kapsyen

4 1. TAJUK BERITA / HEADLINE
Tajuk berperanan untuk menarik perhatian pembaca. Melalui tajuk juga pembaca boleh menyimpulkan isi berita. Untuk menghasilkan tajuk berita yang menarik:-

5 1 Bersifat Provokatif/merangsang pemikiran pembaca 2 Mesti ringkas dan padat 3 Relevan/saling berkait 4 Fungsional/menjelaskan isi berita 5 Dalam keadaan informal/tidak mengikut tatabahasa 6 Representatif/ mewakili isi berita

6 Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
CONTOH TAJUK BERITA:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu

7 Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
2. BYLINE / NAMA PENULIS Nama penulis yang menulis berita tersebut. Namun begitu, tidak semua berita yang ditulis mempunyai “byline”.    CONTOH BYLINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI

8 3. BARIS TANGGAL / DATELINE Tempat dan tarikh berita itu dilaporkan
CONTOH DATELINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI KUALA LUMPUR 2 Julai -

9 4. PENDULU / LEAD Pendulu merupakan bahagian yang penting dalam berita, yang akan membantu pembaca mengetahui isi utama sesebuah berita dengan cepat. Menurut Metz (1991), pendulu menonjolkan fakta utama dalam berita itu.

10 Menurut Mansor (2010), bagi menghasilkan pendulu yang baik – kepanjangan ayat mestilah tidak melebihi 25 perkataan. Manakala Mencher (2010), pendulu yang baik- kepanjangan ayat tidak melebihi 35 perkataan.

11 Contoh:- . Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
ILAH HAFIZ AZIZ 
DAN NORAZRIN MARZUKI  . Lead 1 KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands. Lead 2 Pegawai kerajaan itu disyaki antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal.

12 5. Tubuh Berita Tubuh berita merupakan bahagian yang menghurai fakta-fakta yang terdapat pada bahagian pendulu kepada pembaca. Tubuh berita merupakan keseluruhan daripada peristiwa yang diambil menjadi berita.Sekiranya berita itu mempunyai 7 para, maka tubuh berita bermula di para ke-3 hingga 5.

13 Lead 1 KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands. Lead 2 Pegawai kerajaan itu disyaki antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal. Tubuh 1 Sumber berkata, SPRM akan membuat tangkapan susulan berhubung isu ketirisan di Cameron Highlands tidak lama lagi. Tubuh 2 “Jika sebelum ini, kita menangkap pemberi rasuah tetapi selepas ini kita akan melakukan operasi sama memburu mereka yang menerima rasuah pula. Sesiapa sahaja termasuklah pegawai kerajaan dan orang tengah yang membantu melancarkan proses suapan akan kita tangkap. Tubuh 3 “Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun terhadap pihak yang mempunyai kuasa dalam kes pencerobohan tanah di situ,” kata sumber yang terlibat dalam siasatan rasuah di Cameron Highlands di sini hari ini Contoh Tubuh Berita: .

14 6. PENUTUP BERITA Memberikan penekanan terhadap kepentingan fakta yang dilaporkan pada bahagian pendulu dan tubuh berita.

15 Contoh Penutup Berita:
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi jika terdapat sebarang unsur rasuah membabitkan pegawai kerajaan atau penguat kuasa dalam isu terbabit. Penutup 2 “Mereka yang ditangkap itu merupakan pemberi rasuah dan hasil siasatan lanjut kita telah mengenal pasti mereka yang menerima wang suapan. Tindakan selanjutnya akan dilakukan,” ujarnya

16 7. FOTO Imej fotografi boleh menunjukkan dan menentukan sifat kejadian atau menjadi petunjuk hal-hal yang telah dilakukan. Roland Barthes (1980) mengesahkan bahawa imej fotografi telah bertindak sebagai mesej yang berkesan.

17 8. KAPSYEN Maklumat di kapsyen sangat terperinci dan khusus, tetapi pendek dan tepat. Kapsyen tidak menceritakan tentang keseluruhan kisah. Kapsyen mengiringi cerita berpandukan gambar/foto.

18 Kepentingan Kapsyen

19 1. Pembaca melihat tajuk berita dan gambar untuk memutuskan apa yang mereka mahu baca. Jika tidak faham maksud gambar,mereka akan membaca kapsyen. Jika kapsyen menarik, mereka akan membaca artikel.

20 2. Kapsyen adalah satu lagi cara untuk menyampaikan berita.

21 3. Kapsyen menambah warna dan membuat akhbar dan berita tersebut lebih menarik.

22 Contoh Foto & Kapsyen

23 Akibat tidak mendengar nasihat ibu (WHY), Mohd Faizal Ibrahim, 21 (WHO) menunjukkan dua jari tangan kiri yang hilang (WHAT), angkara bermain mercun buatan sendiri (HOW) kira-kira empat tahun lalu (WHEN)

24 LATIHAN 1

25 ALIAS (kiri) menceritakan pengalamannya mendengar bunyi deruman dan dentuman yang kuat dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang di Marang, Terengganu semalam.


Download ppt "UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google