Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN"— Transcript presentasi:

1 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN ISU-ISU PERSEKITARAN JEREBU

2

3 Pengenalan Jerebu yang kelihatan di langit negara kita adalah berasal dari partikulat-partikulat halus yang terampai di atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, bahan partikulat ini boleh menyerap dan menyerakkan cahaya matahari, menyebabkan pengurangan pemandangan ufuk (horizontal) dan mewarnakan atmosfera menjadi kekuningan / keperangan (opalascent). Jerebu bukan hanya boleh terjadi di kawasan perbandaran atau perindustrian, tetapi juga di kawasan luar bandar.

4 Asal Usul Jerebu Bahan partikulat yang menyebabkan jerebu ini boleh berasal dari banyak sumber, ada antaranya semulajadi dan juga buatan manusia. Sumber semulajadi termasuk lautan, hutan dan permukaan tanah. Namun demikian, sumber buatan manusia merupakan penyumbang utama jerebu dan termasuklah aktiviti pembakaran, pembukaan dan pembersihan tanah baru, penggunaan kenderaan dan pembakaran minyak fosil di pemanas-pemanas industri.

5 Keadaan yang Menggalakkan Jerebu
Musim panas yang berpanjangan Atmosfera yang stabil Sumber pencemaran yang banyak dari perbandaran dan luar bandar. Kurangnya pergerakan udara (angin)

6 Di Semenanjung Malaysia, jerebu paling mungkin berlaku dalam bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos (musim pertukaran monsun). Semasa musim monsun Timur Laut, hujan yang banyak meleraikan partikulat, menyebabkan jarang jerebu kelihatan.

7 Apa yang Menyebabkan Jerebu Mula Hilang ?
Proses sedimentasi graviti, di mana partikel-partikel yang berat akan turun ke permukaan bumi akibat tarikan graviti. Partikel yang lebih kecil akan bercantum dengan wap air membentuk molekul partikel yang halus yang menghasilkan titisan air yang akhirnya membentuk awan. Proses ini dipanggil “rainout”.

8 Partikel juga disingkirkan dengan cara perlanggaran dengan titisan air yang jatuh ketika hujan, dan ini dipanggil “washout”. Hujan yang besar dan lebat lebih efisien untuk mengurangkan jerebu dari hujan rintik-rintik / sedikit.

9 Perbezaan antara Jerebu, Embun dan Kabus
Embun dan kabus terbentuk akibat kondensasi wap air ke atas partikulat yang wujud di dalam atmosfera. Kabus ditakfirkan secara meteorologi adalah satu keadaan apabila pemandangan menjadi kurang tanpa kehadiran keadaan cuaca yang lain dan “humiditi” relatif adalah pada kadar 95 %. Apabila pemandangan horizontal kurang daripada 1000 meter, ini dipanggil kabus.

10 Kesan Ke Atas Kesihatan Manusia
Kematian tidak normal Kemasukan ke hospital dengan masalah pernafasan Asma yang menjad-jadi Tanda-tanda penyakit pernafasan yang akut, termasuk batuk yang banyak dan kesakitan apabila bernafas Bronkitis kronik Fungsi paru-paru yang semakin berkurangan – bernafas pendek Tidak hadir ke tempat kerja ataupun sekolah

11 8. Kajian menganggarkan berpuluh ribu orang tua mati secara tidak normal akibat pendedahan kepada takat partikel halus yang tinggi. Ada juga kajian menyatakan pendedahan kepada partikel halus berkait rapat dengan kemasukan beribu-ribu pesakit ke hospital setiap tahun. Kebanyakan kemasukan ke hospital ini adalah di kalangan orang tua yang mengalami sakit paru-paru ataupun jantung. 9. Menyedut udara yang mengandungi partikel halus juga boleh mendatangkan kesan mudarat ke atas individu yang mempunyai penyakit jantung, emphysema dan bronkitis kronik.

12 10. Kanak-kanak yang selalu terdedah dengan partikel halus di dalam udara boleh menyebabkan mereka menjadi sakit semasa kecil, yang menjadi masalah semasa paru-paru mereka sedang membesar. 11. Kesan ke atas kanak-kanak termasuklah pengurangan fungsi paru-paru seperti kerap batuk dan kesakit bila bernafas. 12. Semakin ramai orang didiagnosakan mendapat asma setiap tahun. Menyedut partikel halus, bersama-sama pencemar yang lain, boleh menyebabkan berlakunya episod asma.

13 Apa yang Boleh Kita Lakukan untuk mengurangkan Jerebu ?
Tidak melakukan pembakaran terbuka. Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Pastikan kenderaan diselia dengan baik. Menggunakan bahan api yang tidak mencemarkan alam sekitar.

14 4. Mengelakkan proses penggondolan tanah akibat pembersihan besar-besaran untuk mengelakkan ia menjadi satu sumber partikulat. 5. Tanam lebih banyak pokok dan proses pembersihan tanah hendaklah secara berperingkat-peringkat.

15

16

17

18

19

20 Rujukan : Jamal, H.H. dan Zailina, H., Environmental Health Challenges in Malaysia. Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UPM. 88 ms.


Download ppt "PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google