Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA"— Transcript presentasi:

1 BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA

2 Teori Bahasa dan Teori Linguistik
Teori Linguistik (TL) : seperangkat hipotesis yang digunakan untuk menerangkan data bahasa sama ada bersifat lahiriah (bunyi bahasa) atau bersifat batiniah (makna). TL adalah cabang linguistik yang menumpukan perhatian pada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa. (hal )

3 Teori bahasa : teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta tentang struktur bahasa sejagat yang ada dalam semua bahasa manusia di dunia ini. (hl. 57)

4 Andaian Utama dalam Teori Bahasa
Andaian utama dalam teori bahasa menurut ahli falsafah bahasa bahawa manusia secara sedia jadi (innate) mempunyai kebolehan untuk berbahasa. Kebolehan ini merupakan sifat akal (berlawanan dengan sifat biologis seperti bernafas) yang bertempat di dalam otak. (hal. 65)

5 Nahu akal: kecekapan untuk mengait dan menghubung secara paradigmatik (menegak) dan sintagmatik (mendatar) akan makna kontekstual dalam otak untuk membuat ayat akal. (hal. 66)

6 Ayat akal: ayat yang tidak mempunyai apa-apa lambang atau simbol, tetapi merupakan imejan-imejan atau impressions dalam otak. (hal. 66)

7 Proses Pengeluaran Bentuk Bahasa
Peringkat I : bahasa akal yang dibentuk oleh nahu akal yang ada secara innate dan sejagat di dalam bahagian Wernick. Peringkat II : bahasa linguistik dalaman yang dibentuk oleh nahu linguistik dalaman yang ada secara innate dan sejagat di dalam bahagian Broca. (hal )

8 Peringkat III : Bahasa fonologis luaran dan diterbitkan melalui organ ujaran manusia setelah diterapkan rumus fonologi dalam bahagian Broca. Bahasa tidak lagi sejagat tetapi berbeza antara masyarakat dan antara individu. (hal. 68)

9 Pengertian Ayat: Judul dan Cerita
Judul: bahagian ayat yang diutamakan atau ditegaskan dengan meletakkannya di permulaan ayat. Proses membawa bahagian itu ke permulaan ayat disebut penjudulan. (hal.73)

10 Ayat dan Kebenaran Kebenaran adalah ilmu yang mengatur alam semesta yang dinyatakan secara emik berupa ayat. Kebenaran adalah ayat yang dikenali dalam linguistik terdiri daripada ‘benda’ dan ‘cerita’ atau ‘subjek’ dan ‘predikat’. (hal )

11 Kebenaran dari segi ayat – apabila penegasan/proposisi sesuatu ayat tentang sesuatu situasi, bersifat faktual, iaitu benar dari segi fakta. (hal 89) Proposisi ayat melambangkan beberapa perkara:

12 Makna berfakta: yang tentu boleh benar dan boleh salah.
Makna hal situasi: yang boleh jadi mungkin ada. Makna bukan pernyataan, iaitu ayat soalan, perintah dan seruan. (hal )

13 Ciri-Ciri Ayat Yang Benar
Ayat yang subjeknya memang terdapat di dunia. Ayat yang sedemikian rupa sehingga pengalaman pembaca dan pendengar diperlukan untuk membuktikan bahawa predikatnya adalah sifat nama, perbuatan, atau nama yang boleh dikaitkan dengan subjeknya. Ayat yang predikatnya tidak perlu dibuktikan lagi kebenarannya untuk subjeknya. (hal )

14 Aliran Pemikiran Struktural
Dari segi analisisnya, setiap unit dalam bahasa mempunyai unsur-unsur dalam hubungan mendatar (sintagmatik) dan menegak (paradigmatik). Hubungan sintagmatik itulah yang melahirkan struktur. (hal.96)

15 Perkataan rumah , strukturnya dua suku kata ru + mah, S1 + S2
Perkataan rumah , strukturnya dua suku kata ru + mah, S1 + S2. Struktur fonemnya KVKVK (K = konsonan, V = vokal). Frasa rumah besar, strukturnya KN + KS (KN = kata nama, KS = kata sifat). Dari segi fungsinya terdapat struktur Inti + Keterangan ( Inti = rumah, Keterangan = besar). (hal. 99)

16 Ayat Saya hendak makan, strukturnya KN – KKB – KK (KN = kata nama, KKB = kata kerja bantu, KK = kata kerja).Dari segi fungsinya, saya adalah subjek, dan hendak makan adalah predikat. Oleh itu, terdapat struktur Pelaku – Perbuatan dan Subjek – Predikat. (hal.100)

17 Aliran Linguistik London
Tahun 70-an merupakan dekad perkembangan pesat aliran pemikiran linguistik London dengan tokoh pelopornya J.R.Firth. . Penyelidikan aliran ini ada 4 bidang utama, iaitu sistemik, fungsional, wacana, dan pragmatik. (hal. 101)

18 Kaedah Sistemik Memberi tumpuan kepada makna, penggantian paradigma tidak boleh dilakukan sembarangan. ayat yang dihasilkan sesuai dengan penggunaannya dalam masyarakat dan mempunyai makna yang boleh diterima. (hal. 102)

19 Misalnya, frasa baju merah boleh diterima kerana ada maknanya dan digunakan dalam masyarakat. Sebaliknya frasa baju lazat tidak boleh diterima kerana tidak ada penggunaan baju yang lazat dalam masyarakat penutur. (hal )

20 Analisis Wacana Analisis wacana adalah kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaandalam urutan ujaran. Yang difokuskan ad alah penggunaan bahasa dalam konteks situasi pertuturan yang sebenarnya. (hal )

21 Sejarah Falsafah Bahasa
Plato berpendapat bahasa dikaitkan dengan nama dan realiti dikaitkan dengan benda. Bahasa  Realiti Nama  Benda (hal. 117)

22 Hubungan perkataan dengan benda ada dua jenis:
Perkaitan jernih : kaitan perkataan dengan benda menunjukkan ciri-ciri tabii yang ada pada benda yang dirujuknya. Perkaitan tak jernih : kaitan perkataan dengan benda berdasarkan persetujuan masyarakat. (hal )

23 Aristotle telah memperluas pendapat Plato tentang falsafah bahasa.
Beliau yang mula-mula menganalisis ayat kepada 2 komponen, iaitu nominal subjek dan verbal (rhema) @predikat. (hal. 120)

24 Menurut FB ala Aristotle, bahasa adalah bahagian alam yang boleh dicapai melalui tulisan (kajian nahu). Bahasa adalah alat untuk mewakili apa sahaja di alam ini (kajian ilmu logik). Nahu mengkaji bentuk bahasa, ilmu logik mengkaji peranan bahasa. (hal )

25 Perlambangan Perkataan dan Pentakrifan
Denotasi: melambangkan tiap-tiap benda/perkara, misalnya perkataan rumah melambangkan tiap-tiap bangunan di dalam dunia ini yang dijadikan tempat kediaman manusia. (hal. 11)

26 Designasi : melambangkan sejumlah sifat yang harus ada pada benda/perkara yang dilambangkan oleh perkataan itu, misalnya sifat-sifat yang harus ada pada rumah, sejenis bangunan/binaan yang dijadikan tempat tinggal menetap manusia. (hal. 11)

27 Sifat pentakrif: sejumlah sifat yang penting yang tanpanya benda itu tidak akan dapat dicakupi oleh perkataan yang dilabelkan kepadanya, misalnya rumah adalah satu jenis binaan/bangunan, tempat manusia tinggal menetap. (hal. 12)

28 Sifat pengiring: sifat-sifat lain yang tanpanya perkataan itu masih boleh dilabelkan kepadanya, misalnya rumah boleh mempunyai sifat binaan batu, kayu, satu tingkat, dua tingkat, berderet dan lain-lain. (hal.12)

29 Selamat menduduki peperiksaan, terima kasih.


Download ppt "BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google