Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
DR. HASNAH BINTI MOHAMAD /
2
TATABAHASA
3
TATABAHASA Definisi Tatabahasa – bersinonim dengan nahu
Terjemahan daripada kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah seni bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa. Satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat (Abdullah Hassan 1993: 1) . Ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas atau sistem yang berperaturan. Peraturan sistem pengucapan inilah yang dikenali sebagai tatabahasa (Arbak Othman 1981:1) .
4
Jenis-jenis Tatabahasa
Tatabahasa Sejarawi (historis) Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur, perbendaharaan kata dan ejaan. Juga membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku. Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini. Sesetengah perkataan mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya sahaya - saya, halipan - lipan dan senantiasa - sentiasa. Bunyi-bunyi yang dulunya dieja dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.
5
Punca perubahan bahasa
Dari luar – kemasukan pengaruh-pengaruh asing Dari dalam – perubahan sikap penutur yg mahu membuat perubahan secara sengaja terhadap sst bahasa demi kemajuan bahasa itu sesuai dgn perkembangan zaman Tumpuan kajian linguistik sejarah Tertumpu kepada lebih satu zaman W/bp tiada garis pemisah antara zaman kerana perubahan berlaku secara evolusi (BM zaman kerajaan Melaka, zaman sebelum kedatangan agama Islam, zaman penjajahan)
6
Tatabahasa Tradisional
Jenis tatabahasa yang tertua. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu cirinya - berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words).
7
Tatabahasa Za’ba tergolong dalam tatabahasa tradisional
Tatabahasa Za’ba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Tatabahasa dalam buku Pelita Bahasa Melayu I, Za’ba adalah berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Perkataan BM dibahagikan kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat, dan seruan. Aspek pembentukan kata melibatkan penggunaan penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau struktur. Pendapat ahli bahasa tradisional – umumnya struktur-struktur bahasa ialah hasil sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi drp satu sistem yg berasaskan logik dan rasional yg sama.
8
Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa Deskriptif
Tatabahasa ini muncul pada abad ke-20. Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson. Fokus pengkajian – aspek penghuraian struktur bahasa.
9
Golongan ini berpendapat –
struktur bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa. bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan. setiap bahasa terdiri daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.
10
Bidang Fonologi Bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia . Terbahagi kepada: a. Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ә], dan [u]. Kajian juga dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal dan afrikat. b. Fonemik: bidang yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh bidang fonetik dikelaskan kepada bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / čawan/, /bača/ dll.
11
Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang
Bidang Morfologi Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan 1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2. Mempunyai makna sendiri 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.
12
LATIHAN Berapakah bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut dan jelaskan morfem-morfem berkenaan: i. ber-evolusi ii. terutamanya iii. memperjuangkan iv. kesinambungan v. bebola
13
Bidang Sintaksis Bidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat. (Kakak memasak nasi di dapur)
14
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)
Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.
15
Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah:
a. Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang. b. Perfomance: prestasi seseorang menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.
16
Yang dimaksudkan dengan transformasi
dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain.
17
Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati. Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi.
18
Rumus Struktur Frasa (rumus dasar)
Terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus Transformasi Terdiri daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran, penyusunan semula, dan peluasan.
19
Rumus berdasarkan ciri-ciri bahasa:
Ayat terdiri daripada struktur dalaman dan struktur permukaan Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental Pengetahuan bahasa – sejadi Bahasa adalah sejagat Bahasa adalah kreatif
20
Contoh; i. UPSI menangguhkan kursus Pragmatik. ii. Kursus Pragmatik ditangguhkan UPSI. Struktur dalam sama – yang kena tangguh ialah kursus pragmatik Harimau mengejar kucing. Kucing mengejar harimau. Rumus tatabahasa luar menghasilkan ayat b (gramatis). Wb/p ayat itu tidak diterima oleh rumus tatabahasa dalam dan intuisi – kebenarannya diragukan.
21
SEKIAN TERIMA KASIH “BAHASA JIWA BANGSA”
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.