Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan"— Transcript presentasi:

1 UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan

2 Menurut Mokhtar (2008), penulisan berita penyiasatan adalah laporan yang mendalam untuk mendedahkan tingkah laku awam atau persendirian yang tidak diketahui umum.

3 Berita Penyiasatan ditulis melalui proses penyelidikan, pembongkaran maklumat, temu bual dengan sumber.

4 Sumber mempunyai pengaruh dalam berita penyiasatan dari segi:-
1. Melengkapkan wartawan dengan maklumat yang diperlukan wartawan. 2. Membongkar sesuatu kes. 3. Memaklumkan sesuatu kegiatan agar khalayak mengetahuinya. 4. Sumber tidak mempunyai kuasa untuk menghebahkan maklumat.

5 5. Menegakkan kebenaran jika berlaku kepincangan
6.Memerlukan wartawan menjalankan kajian lanjut bagi mengesahkan maklumat. 7. Masa yang sesuai dengan sumber. 8. Menerangkan sesuatu dengan lebih jelas.

6 Proses Penyiasatan melibatkan:-
1. Wawancara 2. Pemerhatian 3. Penyelidikan

7 1. Wawancara Wawancara adalah teknik asas untuk memanfaatkan sumber berita bagi memperoleh maklumat. Wawancara bertujuan untuk:- 1. Untuk menyelidik pemikiran orang lain 2. Untuk mendapatkan maklumat 3. Dorongan untuk bertindak terhadap sesuatu isu

8 Jenis-jenis wawancara
1. Wawancara pendapat - dibuat untuk mendapat pandangan dan apa yang dipercayai oleh sumber atau orang ramai tentang sesuatu isu. 2. Wawancara maklumat/berita - Berupa wawancara tokoh-tokoh penting bagi maklumat mengenai sesuatu isu dengan lebih tepat. 3. Wawancara personaliti /peribadi untuk memperkenalkan seseorang, latar belakang, pandangannya mengenai dirinya sendiri. 4. Wawancara eksklusif - Wawancara yang dilakukan oleh wartawan dari satu media yang khusus dengan sumber yang penting tentang isu-isu semasa.

9 Syarat-syarat menjalankan wawancara
Mempunyai tujuan yang jelas. Efisien Tiada tekanan bagi kedua belah pihak Persiapan awal (masa, tempat) Melibatkan sumber (sumber arif dengan topik yang dibincangkan) Diselangi Secara spontan

10 Tahap-tahap dalam Proses Wawancara
1. Tahap persiapan - tentukan masalah/isu yang hendak diperkatakan. - tentukan arah permasalahan (apa yang diperlukan) - ketahui sifat sumber - menghubungi sumber - peralatan telah disediakan

11 2. Tahap pelaksanaan - menjaga suasana temubual -bersikap wajar terhadap soalan dan jawapan yang diterima - berfikir secara kritis dalam proses wawancara

12 Menurut Chamil (2008), kemahiran menyoal yang perlu dimiliki oleh wartawan ketika mewancara adalah:-
1. Mengajukan pertanyaan yang penting dahulu. 2. Harus bijak menyesuaikan soalan berbentuk open dan closed ended. 3.Peka dengan waktu dan keadaan untuk bertanyakan soalan berbentuk peribadi. 4. Mempunyai pertanyaan susulan. 5. Tidak bertanyakan soalan yang umum. 6. Mengetahui apa yang ingin ditanya.

13 2. Pemerhatian Pemerhatian adalah satu teknik mendapatkan berita dengan wartawan pergi ke lokasi kejadian agar informasi yang diperolehi benar-benar sahih. Ada dua teknik pemerhatian:- 1. Secara langsung – wartawan akan tinggal bersama dengan sumber dan merasai apa yang dialami oleh sumber. 2. Secara tak langsung – wartawan akan melantik seorang perantara seperti ketua blok dan sebagainya yang akan menyalurkan maklumat kepada wartawan setelah wartawan pergi ke lokasi kejadian.

14 3. Penyelidikan Penyelidikan adalah satu proses mengumpul maklumat, menerangkan perhubungan atau menentukan kesan atau sebab perkara itu disiasat. Ia dilakukan dengan merujuk kepada sumber sekunder iaitu sumber kedua seperti fail, rekod, laporan, dokumen.


Download ppt "UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google